Masa kerja tetap dulu patutnya senang lagi nak buat korban tapi tak pernah terlaksana. Hairan! Mungkin pemahaman tentang korban tu cetek jadi semangat tu kureng.
Hari yang paling gembira bila kira duit dan dah cukup. |
Rasanya yang paling penting, bila niat untuk korban tu dah ada, semuanya akan jadi mudah. Tahun ni pulak dapat rezeki hadiah hari jadi dalam bentuk wang tunai dan dapat duit raya pulak. Alhamdulillah. Jadi, hasil yang terkumpul lebih cepat. Semoga murah rezeki juga kepada yang memberi dana. Peringatan mesra, birthday Disember. Hihi. Betullah kata peribahasa, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bermula dengan RM2 je. Akhirnya dapatlah jumlah untuk 1 bahagian lembu.
Salam Aidil Adha semua. Berakhirnya bulan Zulhijjah bermakna bakal bertemu tahun baru. Azam baru kita. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment