Bahan:
139 gm cornflakes - ni baki daripada buat biskut choc chip
2 tangkai daun kari (raut daunnya)
12 tangkai cili api - potong kecil
3 biji telur masin - kuning sahaja.
30 gm whipping cream - sebenarnya dalam resipi asal tiada tapi sebab dah tinggal sikit je, masukkan aje dalam ni sekali.
80 gm mentega
Cili api petik belakang rumah dan daun kari juga. |
Mula-mula proses dulu telur masin. Kalau ikut resipi asal dia rebus dulu baru ambil kuningnya. Memandangkan saya rasa rugi nanti bila tak makan bahagian putih, jadi saya tak rebus. Pecahkan je dan ambil kuningnya. Yang putih tu nanti campur dengan telur lain jadi telur dadar le pulak. Tapi pastikan tambah telur lain tu lebih banyak nanti masin benor rasa telur dadar tu. Lecek-lecek telur kuning tu gunalah garpu, ke sudu ke pelecek kentang ke. Jangan biar berbuku, nanti tak rata nak gaul cornflakes.
Ok dah boleh masak. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Masuk kuning telur. Gaul-gaul dan masuk whip cream. Masuk daun kari dan cili api. Kacau sebati dan masukkan cornflakes. Tutup api. Pindah pula dalam dulang pembakar dan set oven 160 C. Bakar 10-15 minit.
Sedia untuk dibakar |
*sebenarnya masa buat ni malas nak bakar sebab macam dah sedap garing. Tapi rupanya esoknya dah lembik. Jangan bimbang. Kita bakor aje. Elok rangupnya. Krup! Krap!
No comments:
Post a Comment