Showing posts with label Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Hantaran. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Telur Coklat

Selalunya sebelum kenduri sibuk nak merebus telur untuk bunga pahar. Kali ni tuan rumah relax je.
Sekali pandang nampak macam telur pindang. Jangan pulak diketuk-ketuk. Buka pembalutnya dan makan terus.

Wednesday, March 30, 2011

Bunga Coklat

Satu-satu kerja tu kadang-kadang tak boleh buat seorang. Ada idea dan barang, tapi tak cukup kreatif nak mengimplementasikannya. So kenalah cari orang lain yang memang pakar. Saya nak buat bunga pahar, tapi ni yang tak payah taruh telur, guna coklat je. Nasib baik kawan sekolah yang juga jiran pandai bab-bab hantaran ni. Ajak dia kerjasama tapi dia ni takut tak boleh komitmen pulak tapi dia ajar macam mana nak buat secara percuma dan kalau nak buat banyak dia tolong je nanti. Siap bagi tip lagi. Thanks Zamila. Itulah gunanya kawan, kan! ke mempergunakan kawan?? erk!! :)


p/s: Carilah 1000 sahabat, kerana 1000 sahaja itu berjumlah banyak. Jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak

Tuesday, December 14, 2010

Hantaran Coklat

Hantaran ni ditempah oleh Faezah untuk pihak lelaki dan pihak perempuan. Temanya biru dan kuning. Terima kasih ya, harap memenuhi permintaan nak tulisan warna marble.

Terima kasih Pak Cik Helmi, 3 minggu bercuti terus dapat tempahan.

Friday, July 2, 2010

Sejambak Ferrero Roche


Dah lama tak menggubah ... memang keras tangan jadinya. Nasib baik jadi gak. Terima kasih Jas kerana menempah untuk kakaknya nak kahwin. Masa dia kahwin dulu saya buat jambangannya tak boleh pegang, letak kat dulang je. Yang ni dia request boleh pegang punya. Nak bawa ke Melaka ni. Selamat Pengantin Baru buat Juli dan Fuad. Jumpa di Melaka esok ya.