Tuesday, August 25, 2020

Kuih Serikaya Tulang

 Ni resipi orang dulu-dulu jadi tiada ukuran yang tepat dan main agak-agak. Guna ubi keledek yang beli masa pergi Cameron. 

Jadi ikutlah besar mana loyangnya.  Agak-agaklah bancuhannya. 

Bahan-bahannya:

Keledek, gula kabung, telur 2 biji, santan, tepung jagung.

Haritu beli 3 jenis ubi, kulit ungu dan isi ungu, kulit ungu dan isi kuning, kulit kuning dan isi kuning. Dapat 3 jenis kudapan petang, ubi rebus, kuih keria dan serikaya tulang.

Untuk loyang saiz ni saya guna 3 biji ubi. Kupas kulitnya dan potong bentuk macam ni kiranya itulah pasal dipanggil 'tulang'. Tabur-tabur dalam loyang.

Kukus dulu ubi ni bagi empuk sikit. Sementara tu kita buat serikayanya. Dalam periuk lain, cairkan sekeping gula kabung yang bulat tu. Dalam pinggan lain pula, pecahkan telur, kacau dengan santan dan masukkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air supaya dia jadi pekat. Bila gula kabung tadi dah cair, masukkan bancuhan santan tadi dan kacau laju-laju supaya telur tadi idak masak kat dalam tu, nanti nampak dia berketul-ketul pula. Api sederhana perlahan. Bila dah nampak macam pekat sikit, terus masukkan dalam keledek yang dah empuk tadi. 

Bila dah masukkan bancuhan serikaya tadi, sambung kukus tapi sekejap je biar dia pekat sikit.

Ok dah masak. Gambar kelabu sebab baru masak dan berasap. Sedad dimakan dalam keadaan sejuk. Jadi masuklah dalam peti ais sebelum makan. Ceduk je dalam mangkuk. Asasnya sama dengan kuih Lengat Pisang ni.


Friday, August 21, 2020

Cameron Highlands di norma baru (7-8 Ogos 2020) – Bhg 2

 8 Ogos, hari akhir. Merancang macam-macam tempat nak pergi, Kea Farm, Taman Lavender dan lain-lain. Mulakan pagi dengan makan Nasi Lemak yang viral di Taman Sedia. Pukul 7.30 pagi dah keluar, dekat je sebenarnya dari Apartmen tapi tersalah masuk simpang berpusing sikitlah dekat 7.50 sampai. Cuaca mendung. Tak tahu kat mana nak park sebab tak ada nampak petak-petak parkir. Tetiba nampak tanda, RM5 sekali masuk. Ala macam kat rumah orang je, dalam 4 /5  kereta boleh masuk.

Nak pergi Nasi Lemak Abang Strawberry tapi orang dah beratur panjang ya. Hai ada yang keluar lebih awal lagi rupanya.

Hujan pun turun, kat sebelah parkir tu ada nasi lemak juga tapi Opah punya,  Opah pun Opah lah, mesti opah lagi pandai masak dari abang kan. Hihi. Kedai pun tak buka lagi tapi dia bagi je duduk dulu, dalam 8.15 macam tu dah boleh order. Dalam masa 15 minit tu je pun udah ramai yang masuk. Kuasa viral gamaknya, meja penuh dalam waktu yang singkat. Yang datang bukan dua tiga orang tapi 2,3 keluarga. Sedap nasi ni, dengan serundingnya, sambalnya.

Nasi lemak strawberi dengan sambal ikal masin. Teh strawberi.  Banyak. Kenyang sampai tengah hari. 

Kami masuk ikut pintu tepi. Banner ni di hadapan. Masa pilih makan pun idak le tau macam mana nasi lemak tu akan dihidangkan sebab gambar kat menu tiada. Jadi memang tertunggu-tunggu le macam mana rupanya dihidangkan. 

Dalam kedai ni boleh nampak strawberi yang ditanam. Kedai sebelah kepunyaan depa juga boleh petik sendiri strawberry tapi dalam pukul 10 pagi baru mula. (Kalau tak silap, sebab dengar masa ada orang tanya)

Sementara dah parking kereta selesa ni, singgah dulu kedai-kedai berdekatan tengok-tengok barang untuk buah tangan. Jalan makin sesak sebab hujungnya jalan mati jadi orang guna jalan tu sahaja untuk keluar masuk. Sempatlah beli ubi lagi. Ada sayur kobis, banyak sangatlah pulak satu longgok. Tak de membeli.


Aiskrim dengan belahan strawberi.

Ambil masa yang lama nak keluar ke simpang jalan, plan nak pergi ke Kea Farm Market tapi dah nampak agak teruk jamnya takut tak sempat balik untuk check out. Jadi balik dulu ke rumah dan check out pukul 10.30 pagi. Kemudian barulah singgah.  Lagipun dah memang laluan jalan nak balik tu.

Banyak kereta naik dari Tapah, akhirnya semua plan batal, tak sanggup le menempuh sesak tu. Dan tukar plan balik ikut Tapah sebab dah memang dekat sangat dengan pintu keluar ke Tapah, kiranya dah keluar tol Tapah, patah balik ke arah Simpang Pulai. Alahai tak sempat nak membeli apa, beli ubi kat pasar malam dan Taman Sedia je mana nak tengok sayur dan bunganya.

Akhirnya apa-apa kedai waima sekecik mana pun singgah aje sebab nak beli oleh-oleh haha. Dapatlah juga sayur dan bunga. 10 bungkus sayur-sayuran (boleh pilih) RM 10. Bungkusan kecil-kecil tapi dekat 2 minggu la idak membeli sayurnya. 

Memang kereta banyak dari Ringlet lagi la bertali arus. Kami yang nak balik ni ok je laluannya. Jalan Tapah ni memang banyak selekoh tajam, lagilah tak berani memotong. Penumpang tak taulah pening ke idak, yang penting pemandu jangan pening bila bawak ikut sini.

Stress bercuti di Cameron Highland sebab saya jadi pemandunya kena hadap kesesakan. Dari lepas Aidilfitri haritu dah dengar khabar orang kata Cameron Highland sesak. Idakle habis-habis lagi kesesakannya weh, dari bercuti nak hilang stress bertambah stress pulak dibuatnya.

Jika dibuat tinjauan secara rawak dari segi dialek dan plat kereta, ramai dari Kelantan, KL/Selangor, Johor, Kedah/Penang dan Perak la yang penuhnya. Ate idakke Majlis Daerah ni buat sesuatu pasal kesesakan ni sekurang-kurangnya bagi trafik tu lancar dengan adanya penguatkuasaan tak boleh letak kereta ikut sesuka hati,  ada yang berhenti di petak kuning (sebab trafik bertali arus jadi yang nak menyeberang simpang dah tunggu lama bantai ajelah duduk petak kuning).

Di Taman Sedia kereta keluar masuk sebab nak makan nasi lemak yang viral, orang yang datang ramai, kereta diletak di kiri dan kanan memang jadi sempitlah sebab jalan di hujung jalan mati dan orang akan keluar jalan sama. Nak pusing pun susah sampai ada satu kereta tu dah termasuk dalam longkang sebab dia nak ngelak kereta yang park di tepi. Mujur sebelah tayar sahaja dan ketika itu ada konvoi motor besar tolong angkat ramai-ramai. Mereka jugalah yang tolong jaga trafik suruh orang berhenti dan bagi orang lain jalan untuk nak keluar supaya tidak berterusan sesak. Kalau nak harap orang yang berkereta ni tolong, memang taklah, nak berhenti tepi pun tak boleh dah.

Eh terpanjang pulak membebel, haritu dah tengok website Majlis Daerah Cameron Highland untuk buat aduan lepas tu macam kena isi butiran peribadi susah pulak nak tulis panjang-panjang guna telefon, terus tak jadi nak kompelin. Ni udah terlambat la pulak udah lebih seminggu. Tapi idaklah serik nak datang lagi, kena tunggu keadaan redalah kalau nak pergi pun lagipun dalam norma baru ni kena biasakan diri dengan segala SOP dan lebih baik duduk rumah je.

Tuesday, August 18, 2020

Cameron Highlands di norma baru (7-8 Ogos 2020) – Bhg 1.

Setelah boleh merentas negeri, ramai yang biasa bercuti ke luar negara dah tak boleh makan angin ke luar, jadi pilihan yang ada untuk merasai suasana sejuk di luar negara mana lagi kalau bukan Cameron Highlands atau Genting Highlands. Walaupun tak sejuk mana seperti zaman sekolah dulu-dulu, dinginnya masih terasa.

Percutian ditaja oleh Cik Le'a. Terima kasih.

Nak ke Cameron ni boleh ikut dua jalan iaitu dari Simpang Pulai atau Tapah. Memandangkan saya dari Kuala Kangsar, lebih dekat ikut Simpang Pulai sebab jumpa Simpang Pulai dulu. Lagipun jalannya kurang selekoh tajam dan ada ruang kenderaan memotong berbanding jalan dari Tapah. Perjalanan hari Jumaat, kenderaan tak banyak. Sabar je walaupun lori ada di depan sebab keadaan jalan berbukit dan banyak selekoh. Ada je lori yang bagi kita memotong, dia ke tepi sikit dan ada juga yang lori ni laju tak hingat dunia. Kita yang seram. Tunggu sahaja ruang memotong.

Dalam itinerary tapi masa ni ramai orang dan kereta banyak di kiri kanan jalan.

Dalam 2 jam lebih dah sampai. Mula nampak kereta dah banyak. Ikut je signboard. Destinasi pertama melawat ladang teh. Dalam fikiran terbayang ladang teh yang pernah pergi sebelum ni di tepi jalan utama, tapi …  rupa-rupanyanya penaja nak pergi ladang teh Boh Tea Centre Sg Palas yang memang saya pun tak pernah pergi. Ikut Google Maps. Ada sesetengah tempat,  talian telefon takde line ya. Celcom dan Maxis ok. 

Masuk jalan kecik wei, satu kereta je muat, udahlah bengkang bengkok. Tolak ansurlah siapa yang nak jalan dulu siapa yang nak ketepi. Ada jalan yang boleh dua hala tapi berdebar-debar dibuatnya udahlah dengan membawa kereta besar sedangkan biasanya bawa Kancil. Nak pulak ramai menderu-deru yang melawat haritu. Keindahan pemandangan ladang teh tidak dapat menenangkan hati memandangkan udah saya yang memegang stering, teruskan jugalah, nak patah balik pun tak boleh tiada ruang nak pusing. Nak ngundur pun kereta lain banyak di belakang. Tetiba ada orang suruh berhenti tepi, rupa-rupanya nak bagi laluan kereta keluar. Orang kerja Boh ni pakai walkie talkie hubungi orang di bawah. Dalam 10 minit kut baru laluan kami pula jalan. Kalau tiada yang jaga mau bertembung. 

Disuruh ke tepi dahulu untuk bagi laluan pada kereta yang nak balik.

Cari-cari parkir

Alahai memang ramai bebeno bila dah makin menghampiri tempat parkir. Penuh! Pandai-pandai sendiri cari. Sesak dengan orang. Pelbagai bangsa dan umur yang datang.  Dengan budak-budak kecil, baby lagi. Mujur dapat juga parkir sebab ada yang keluar  dan tak perlu memusing lama.

Kita nak pergi yang nun jauh di sana. Menapak. Nyaris suasana dingin. Pakai mask di mulut je, udah lemas kalau pakai sempurna naik sampai ke atas. Ni kira sama situasi dengan berjoging gak le. 

Ramai dah kat atas.

Kami menapak naik ke anjung tinjau untuk dapatkan pemandangan keseluruhan ladang teh. Boleh naik bukit atau tangga. Di situ ada kafe, kilang ( untuk lawatan agaknya tapi ditutup ketika saya pergi), galeri, kedai cenderahati yang penuh dengan barang BOH. 

Ikut SOP pakai mask, ambik suhu, tulis nama atau scan My Sejahtera, penjarakan fizikal bila baris di kaunter dan duduk di meja … tapi … bila dah ramai gini, semua nak ambil gambar di tempat yang sama, ke laut jugaklah kesemua SOP penjarakan tu. So kita sendirilah kena patuh atau cepat-cepat ambil gambar, tak boleh harapkan pengurusan nak jaga.

Dah sampai.

Untunglah yang dapat duduk tepi, boleh tengok pemandangan. Tapi memang meja semua penuh. Tunggu giliran.
Di Cameron Highland memang jumpa scone la banyaknya. Alas perut sambil menikmati teh panas.

Ni pemandangan dari anjung tinjau.


Cenderahati yang boleh dibeli di kedai Boh.

Pelbagai produk teh. Jangan pulak yang nak cari kopi kat sini.

Gelato

Disebabkan SOP, jalan kena satu hala dan tak boleh keluar di pintu masuk tadi jadi ikut sahaja anak panah dan ni pameran terbuka boleh tengok sambil-sambil tu.
Karung guni yang digunakan untuk daun teh.

Masa nak balik tu kira-kira pukul dua, adalah nampak berkurang sikit orang di tempat parkir. Stress bila nak fikir jalan balik kena lalu macam tadi tapi mujur bukan kita yang di depan jadi ngikut ajalah kereta depan kita. Tak adalah rasa berdebar sangat perasaan tu. Ha kalau yang ni jangan buat penjarakan sosial, nanti terlepas rantaian kereta tu. Kita jadi ketua di hadapan pulak. Stress. Haha.

Destinasi seterusnya, check in apartmen di Golden Hills. Sementara menuju ke sana, semua tempat untuk nak membeli-belah memang penuh lah, idak le sempat nak singgah tengok-tengok sayur ke bunga ke, tangguh keesokan harinya sahaja dengan harapan kalau pagi-pagi esok, takkan ramai orang kut?.

Menginap di sini memang hadapan tapak pasar malam, jadi memang eloklah check in awal takut susah nak lalu pulak. Apartmen ni tempat parkirnya boleh masuk dalam (Basement) gunakan access card untuk masuk parkir di hujung bangunan

Pemandangan di sekitar apartmen.

Dah pukul 3, terasa lapar sebab di Boh tadi makan skon, pie, cake dan teh BOH je. Beli lunch di kedai bawah. Kalau ada yang nak beli barang keperluan, ada My News, Speedmart 99, 7 Eleven dan kedai runcit di situ. Masa ni dah nampak pasar malam bersiap-siap. 

Pasar malam pukul 3  tengah bersiap-siap. 
 
Rancangannya nak turun pasar malam pukul 6 nanti. Tup-tup sebab dah bersiap awal 5.30 turun ajelah.
 

Ya Allah, udah berbaris panjang beratur nak masuk. Lambat tu sebab nak tulis nama/scan lagi dan tak nak bagi ramai-ramai sekali masuk. Memandangkan tak ada nak pergi mana, lagipun memang lama sangatlah tak pergi pasar malam ni sejak PKP, baris ajelah sebab nak beli dinner.

Masing-masing main telefon sementara menunggu.

Ok dah mula nampak pintu masuk pasar malam. Dekat 20 minit juga berbaris.

 Kebanyakan peniaga jual jagung, ubi, strawberry, coklat, nasi ayam, piza, kebab. Alah tak meriah pun, tak banyak peniaga. Mungkin sebab covid ni / pasar malam terkawal le kot. Tali diletak di tengah-tengah supaya perjalanan dua hala. Jadi sambil lalu di kiri tu, tengok kanan juga supaya dapat buat keputusan bila dah pusing satu pusingan. Pengurusan dah buat ikut SOP tapi ada yang angkat tali dan pergi ke sana ke sini.

Banyak jual jagung mutiara ni, Rebus dan bakar.

Dalam kata tak meriah tu, banyak juga membeli haha, pelbagai ubi, pelbagai jagung .. .siap rebut ubi ungu yang sedap buat rebus. Udah orang tu lambat sangat fikir, saya ambil dulu sebab tinggal satu
bungkus saja.

 Ni hasil belian daripada dua orang untuk 5 orang makan. Strawberry sudah semestinya. Bayam goreng cendawan goreng tu sedapnya rangup. Apam balik untuk mengenyangkan perut, Nak beli piza udah kena nunggu lama.

Pelbagai rupa jagung, tapi saya tetap suka jagung yang biasa, ni rasa rangup. 


Idaklah henti-henti orang berbaris, memang panjang sentiasa. Sampai pukul 9 lebih pun baris panjang jugak. Ramainya manusia nak pergi pasar malam.

Mula-mula sampai apartmen siap buka kipas lagi. Panas. Makin lama duduk, mula terasa sejuk . Ambil wuduk pun ngetor, apatah lagi mandi. Air panasnya lambat berfungsi. Lantai pun sejuk sangat, mujur tuan rumah sediakan selipar. Kelengkapan lengkap. Alhamdulillah selesa.


Kredit gambar: Yong & Le'a