Friday, August 21, 2020

Cameron Highlands di norma baru (7-8 Ogos 2020) – Bhg 2

 8 Ogos, hari akhir. Merancang macam-macam tempat nak pergi, Kea Farm, Taman Lavender dan lain-lain. Mulakan pagi dengan makan Nasi Lemak yang viral di Taman Sedia. Pukul 7.30 pagi dah keluar, dekat je sebenarnya dari Apartmen tapi tersalah masuk simpang berpusing sikitlah dekat 7.50 sampai. Cuaca mendung. Tak tahu kat mana nak park sebab tak ada nampak petak-petak parkir. Tetiba nampak tanda, RM5 sekali masuk. Ala macam kat rumah orang je, dalam 4 /5  kereta boleh masuk.

Nak pergi Nasi Lemak Abang Strawberry tapi orang dah beratur panjang ya. Hai ada yang keluar lebih awal lagi rupanya.

Hujan pun turun, kat sebelah parkir tu ada nasi lemak juga tapi Opah punya,  Opah pun Opah lah, mesti opah lagi pandai masak dari abang kan. Hihi. Kedai pun tak buka lagi tapi dia bagi je duduk dulu, dalam 8.15 macam tu dah boleh order. Dalam masa 15 minit tu je pun udah ramai yang masuk. Kuasa viral gamaknya, meja penuh dalam waktu yang singkat. Yang datang bukan dua tiga orang tapi 2,3 keluarga. Sedap nasi ni, dengan serundingnya, sambalnya.

Nasi lemak strawberi dengan sambal ikal masin. Teh strawberi.  Banyak. Kenyang sampai tengah hari. 

Kami masuk ikut pintu tepi. Banner ni di hadapan. Masa pilih makan pun idak le tau macam mana nasi lemak tu akan dihidangkan sebab gambar kat menu tiada. Jadi memang tertunggu-tunggu le macam mana rupanya dihidangkan. 

Dalam kedai ni boleh nampak strawberi yang ditanam. Kedai sebelah kepunyaan depa juga boleh petik sendiri strawberry tapi dalam pukul 10 pagi baru mula. (Kalau tak silap, sebab dengar masa ada orang tanya)

Sementara dah parking kereta selesa ni, singgah dulu kedai-kedai berdekatan tengok-tengok barang untuk buah tangan. Jalan makin sesak sebab hujungnya jalan mati jadi orang guna jalan tu sahaja untuk keluar masuk. Sempatlah beli ubi lagi. Ada sayur kobis, banyak sangatlah pulak satu longgok. Tak de membeli.


Aiskrim dengan belahan strawberi.

Ambil masa yang lama nak keluar ke simpang jalan, plan nak pergi ke Kea Farm Market tapi dah nampak agak teruk jamnya takut tak sempat balik untuk check out. Jadi balik dulu ke rumah dan check out pukul 10.30 pagi. Kemudian barulah singgah.  Lagipun dah memang laluan jalan nak balik tu.

Banyak kereta naik dari Tapah, akhirnya semua plan batal, tak sanggup le menempuh sesak tu. Dan tukar plan balik ikut Tapah sebab dah memang dekat sangat dengan pintu keluar ke Tapah, kiranya dah keluar tol Tapah, patah balik ke arah Simpang Pulai. Alahai tak sempat nak membeli apa, beli ubi kat pasar malam dan Taman Sedia je mana nak tengok sayur dan bunganya.

Akhirnya apa-apa kedai waima sekecik mana pun singgah aje sebab nak beli oleh-oleh haha. Dapatlah juga sayur dan bunga. 10 bungkus sayur-sayuran (boleh pilih) RM 10. Bungkusan kecil-kecil tapi dekat 2 minggu la idak membeli sayurnya. 

Memang kereta banyak dari Ringlet lagi la bertali arus. Kami yang nak balik ni ok je laluannya. Jalan Tapah ni memang banyak selekoh tajam, lagilah tak berani memotong. Penumpang tak taulah pening ke idak, yang penting pemandu jangan pening bila bawak ikut sini.

Stress bercuti di Cameron Highland sebab saya jadi pemandunya kena hadap kesesakan. Dari lepas Aidilfitri haritu dah dengar khabar orang kata Cameron Highland sesak. Idakle habis-habis lagi kesesakannya weh, dari bercuti nak hilang stress bertambah stress pulak dibuatnya.

Jika dibuat tinjauan secara rawak dari segi dialek dan plat kereta, ramai dari Kelantan, KL/Selangor, Johor, Kedah/Penang dan Perak la yang penuhnya. Ate idakke Majlis Daerah ni buat sesuatu pasal kesesakan ni sekurang-kurangnya bagi trafik tu lancar dengan adanya penguatkuasaan tak boleh letak kereta ikut sesuka hati,  ada yang berhenti di petak kuning (sebab trafik bertali arus jadi yang nak menyeberang simpang dah tunggu lama bantai ajelah duduk petak kuning).

Di Taman Sedia kereta keluar masuk sebab nak makan nasi lemak yang viral, orang yang datang ramai, kereta diletak di kiri dan kanan memang jadi sempitlah sebab jalan di hujung jalan mati dan orang akan keluar jalan sama. Nak pusing pun susah sampai ada satu kereta tu dah termasuk dalam longkang sebab dia nak ngelak kereta yang park di tepi. Mujur sebelah tayar sahaja dan ketika itu ada konvoi motor besar tolong angkat ramai-ramai. Mereka jugalah yang tolong jaga trafik suruh orang berhenti dan bagi orang lain jalan untuk nak keluar supaya tidak berterusan sesak. Kalau nak harap orang yang berkereta ni tolong, memang taklah, nak berhenti tepi pun tak boleh dah.

Eh terpanjang pulak membebel, haritu dah tengok website Majlis Daerah Cameron Highland untuk buat aduan lepas tu macam kena isi butiran peribadi susah pulak nak tulis panjang-panjang guna telefon, terus tak jadi nak kompelin. Ni udah terlambat la pulak udah lebih seminggu. Tapi idaklah serik nak datang lagi, kena tunggu keadaan redalah kalau nak pergi pun lagipun dalam norma baru ni kena biasakan diri dengan segala SOP dan lebih baik duduk rumah je.

No comments: