Friday, November 30, 2018

Anshun Bridge. (Chengdu, China 12 Sept – 18 Sept)


Cantik jambatan yang menyeberangi  Sungai Jin ini bila dilihat pada waktu malam dengan hiasan lampu-lampu.
Dekat jambatan ni sebenarnya ada restoran. Hotel Shangri-la  di sebelah kanan.


Landmark yang senang nak cari bersebelahan Hotel Shangri-La. Tempat ni memang agak jauh dari tempat penginapan kami dan tiada Metro yang berdekatan. Tapi dah alang-alang sampai sini, rugi pulak tak pergi sebab ia antara tempat yang jadi tumpuan. 

Terima kasih kepada pelayan restoran ini yang membantu untuk mencari jalan. 

 Masa tengah duduk di kedai Innisfree, tengah tengok-tengok peta, pelayan tu tanya nak pergi mana. Berani dia tanya dalam bahasa Inggeris sedangkan sebelum ni ramai yang kami jumpa mengelak untuk menjawab sebab tak pandai bahasa Inggeris. Kami tunjuk pada dia gambar Anshun Bridge.  Dia pun Google sendiri guna telefon dia.

Dia beritahu naik bas di mana, turun stesen mana …  ooops bateri telefon habis. “Sorry, wait”. Dia masuk ke bahagian belakang. 10 minit kami tunggu, nak balik dah, mencari dia nak ucap terima kasih. Tak nampak-nampak pula. Ok tunggu sekejap. Macam tak sopan je kalau balik terus.  Dia muncul, rupanya dia pergi charge telefon. Terharu la pulak dengan bantuannya yang begitu sekali. “Bus number 3, 3 stop, walk 438 meter, 7 minute.”

“Kamsahamnida”. Ha tetiba thank you dalam Korea. Maklumlah dah dalam kedai Korea.

Banyak juga bas nombor 3 yang lalu. Tambang 2 RMB (RM1.30). Bila dah naik, nak berhenti pula tak tahu macam mana sebab tak tahu pula di mana bus stopnya. Memerhati dahulu keadaan. Ooh rupanya dia berhenti di setiap bus stop. Jadi kita kira je 3 perhentian lepas tu turun. Tak payah tekan loceng.

Bila dah turun, eh macam salah je. Haha. Google arah Shangri-La. Memang jauh le dari tempat kitaorang berhenti tu, janji selamat sampai tempat yang dituju.  Ramai yang tunggu sehingga waktu malam apabila lampu lebih menyerlah sinarnya.  Pelbagai aksi dapat dilihat untuk menangkap gambar yang cantik. 

Kami ambil gambar Anshun Bridge daripada jambatan juga

Anshun Bridge sekitar 6 petang
Dah nampak lampu-lampu
Apabila suasana mulai gelap, baru terserlah sinaran lampu

Bila malam mula menjelma
Kami ambil gambar dari jambatan ini. Bila malam lip lap lip lap ha.

Dah pukul 7 lebih. Masa untuk balik. Nak naik bas nombor 3 dia tak lalu di situ pula. Tengok route bas yang ada di perhentian bas. Tak faham. Semua tulisan Cina. Tanya orang situ pun dia geleng kepala. Akhirnya buat keputusan naik teksi. Teksi pula tak ada yang berhenti sebab ada orang. Hari minggu gamaknya ramai orang. Kami jalan terus ke Shangri-La dengan beranggapan banyak kut teksi di situ.  Hujan mula turun, angin pun mula kuat. Berdoa dalam hati supaya teksi dapat cepat. Alhamdulillah, dapat juga. Kami berhenti di Tai Koo Li, senang sikit sebab tumpuan ramai tentu senang nak pergi. Meter bermula dengan 8 RMB (RM4.80). Sampai di Tai Koo Li, hujan pun dah reda. Tambang 20 RMB (RM12.10). Tak adalah mahal sangat.

Isi perut dengan hotpot (air teh, kurma merah, tomato). Bahannya semua sayur, keledek, jagung, akar bunga teratai. Sihat dan kurus ni kalau makan ni selalu.


Bersambung seterusnya:

Kuanzhai Alley

Thursday, November 29, 2018

Bahasa Mandarin ringkas - (Chengdu, China 12 Sept-18 Sept)


Contoh frasa ringkas yang  saya gunakan di sini (Chengdu) mengikut situasi. Bahasa Mandarin ada tone(nada) sebutan. Kadang tak sempat fikir entah betul atau tak.  Belasah je.

You – ada
Mei You – tidak ada
Biasa dalam menu, makanan yang kita minta tu tak ada. “Mei you.” Sila la pilih yang lain

Tapao/ Da Pao – bungkus
Kalau makanan tak habis makan dan nak minta dia bungkuskan . Tapi kedai yang saya pergi tu, bungkus pun kena caj 3RMB (RM1.80) untuk setiap bekas.

Shui – air
Setiap kali di Metro sebelum kita nak masuk tren, ada security yang perlu dilepasi. Kena scan beg dan dia akan suruh keluarkan “Shui” untuk skan/tag. Oleh itu baik pegang botol air tu awal-awal. Kalau letak dalam beg, susah time tu la nak buka beg, orang belakang dah ramai tunggu.

Niu-lembu
Rou-daging
Niu rou –daging lembu
Dekat sini banyak menunya mi dengan daging. Nak tahu inti dalam wantan atau pau pun boleh tanya ni.

Mi-nasi
Fan-cooked rice
Mifan – cooked rice
Kalau tekak dah biasa makan nasi, kadang sesekali nak juga minta nasi setelah makan mi je. Dapat juga nasi cendawan.
Nasi cendawan dan teh


Zuo –kiri
You- kanan
Xiexie (ni) – terima kasih

Wo- Saya
Bu – tak
Mingbai-faham
Wo bu mingbai – saya tak faham
Wo de mingbai – saya faham
Ni bila ada mak cik berbaju kelabu tahan nak minta derma dan bagi kad gambar sami Buddha. Walaupun dah cakap bu yao tapi dia tetap akan suakan. Walaupun saya tak faham bahasa Cina tetapi rasa-rasa macam dia cakap, “Saya dah doakan awak baik (kesihatan) tapi kenapa awak tak nak.” Siap nak bagi gelang dan taruh dekat tangan. Balas dia,“Wo bu mingbai” dan lari dari situ. Hihi.


Yao-nak
Bu –tak
Yao bu yao? – nak ke tak nak
Bila ada orang nak jual gelang (macam sami Buddha) pada kita. Saya beritahu don’t want sambil angkat tangan. Bla bla bla bla. Boleh pula dia tinggi suara tanya yao bu yao? Balas balik, “ Bu yao.”

Shi – 10
Shi er - 12
Nak beli barang atau tiket bas kena tau jugak bilangan ni.

Liang ge
Bila naik lif nak naik tingkat dua.


Bahasa mandarin ni dia macam suku kata suku kata. Dia kena ikut suku kata character (tulisan) Cina tu. Kita tak boleh sebut Malaysia macam biasa kita cakap tu. Sebab dia tak faham. Kena sebut Ma La Xi Ya. Baru dia boleh ‘tangkap’ kita dari negara mana.
Ejaan Malaysia menggunakan Apps Google Translate


Apps Google Translate menjadi penyelamat jika sesuatu tujuan tu tidak dapat dicapai. Kita boleh guna Camera dan tangkap gambar tu, dan akan terus translate kesemuanya. Handwriting, boleh tulis di atasnya character cina. Voice, kita cakap bahasa cina dan akan dialih bahasa inggeris. Ada satu lagi fungsi Conversation yang lupa digunakan semasa di sana. 

 
Semua tulis Cina. Tak tahu nak baca,kan?

Menggunakan Apps Google Translate, halakan sahaja telefon ke arah info tersebut. Bolehlah faham apa yang dikatakan.

Ni semasa di dalam bas, orang tu cakap Cina sambil tunjuk ke arah satu papan tanda di sebelah driver. Jauh sangat pula nak 'halakan' telefon ke arah tu, jadi guna fungsi 'writing'. Ni maksudnya South. Dia nak terangkan Exit ketika bas sampai nanti tukar di bahagian selatan.


Ada satu restoran ni, tukang masak dia pakai kopiah dan ada orang perempuan yang bertudung.  Saja nak confirmkan kedai ni halal tak? Tanya halal tak tau. Kalau muslim kan biasa je halal...hmmm..
"Assalammualaikum" 
"Waalaikumsalam (tapi pelat Cinalah). Ha dia boleh jawab.  Datang seorang lagi. "Muslim food." Menu yang ada kat situ mi daging je. Beli satu kongsi berdua. Dekat 15 minit nak selesaikan bab makanan je. Haha. 
Menu


Mi daging.  Sedap.


Bersambung seterusnya:

Anshun Bridge

Wednesday, November 28, 2018

Jinli Street (Chengdu, China 12 Sept – 18 Sept)

Sebelum ni ada baca, untuk ke Jinli Street ni tiada Metro terdekat. Paling senang naik bas.
Kami naik bas dari Panda Base memandangkan dah ada bas yang boleh pergi dari sini. Nak berhenti kat mana nanti pun tak pasti lagi.

Kami duduk di seat belakang sekali sebab di situ sahaja seat yang ada. Masalah kalau naik bas ni nak berhenti di mana pun tak tau. Mujur ada orang selepas kami ni pergi tempat yang sama, tengok je dia turun ke tak.  Nasib jugalah driver bas ni akan menjerit nama tempat yang memang dia berhenti. Tapi udah duduk belakang sekali kadang tak berapa tangkap apa yang dia cakap, memang berpandukan orang yang  berhenti tempat sama tu jugalah hihi.  Kalau dia sesat, sesat jugalah nanti.

Nak tangkap gambar pintu gerbangnya, asyik ramai je orang. Tangkap ini sahajalah yang menunjukkan sampai kat Jinli.

Dia berhenti bukan betul-betul depan Jinli Street. Kena jalan sikit. Waduh-waduh ramai sungguh. Bermacam-macam kedai yang menjual tapi paling menarik tengok kedai jual makanan atau desert. Memang tak halal tapi seronok tengok cara penyediaan.

Kedai barang kemas/aksesori
Beg kait
Selain itu ada juga servis korek telinga. Sanggup anda nak korek telinga tengah-tengah orang ramai? Ni amalan tradisi. Siap ada peralatan khas. Bukti ada disebut tentang korek telinga ni sejak zaman Dinasti Ming. Kisahnya, dua orang di kedai teh. Seorang tengah duduk dan seorang lagi tengah berdiri. Ada seorang tanya, tengah buat apa. “Cai er” (korek telinga). Kisah ini direkod dalam cerita terpilih yang dikumpul oleh Zui Yue Zin. Kalau disemak dalam Google, Dinasti Ming tahun 1368-1644. Lama beno dah tu.  Ringkas je ceritanya kan, ha. Sumber dari catatan yang ada kat tempat servis korek telinga tu.

Bunyi-bunyian

Manisan ni macam bihun tapi digulung-gulung.

Manisan lagi. Berwarna-warni.

Aneka cili di dalam setiap mangkuk tu.
Di sepanjang jalan/kedai ada tanglung merah. Cantik je suasana tu.




Tiket masuk ada 3 persembahan.

Kami juga menonton opera chinese face mask changing. Dikatakan popular di sini. Harga tiket ikut tempat duduk yang dipilih. Kami pilih yang paling murah, duduk belakang sekali. Dewannya kecil je, adalah dalam 5 baris. Jadi duduk paling last pun takde la jauh sangat daripada pentas.

Ok apa beza duduk baris depan dengan baris belakang? Sebelum persembahan bermula, teh dihidangkan kepada para penonton. Orang duduk di depan, pelayan tu tuang air di setiap cawan. Orang yang duduk di belakang, dibaginya teko, pandai-pandai sendiri tuang. Hihihi.

Persembahan dimulakan dengan seni membancuh dan menghidang teh. Bukannya macam yang kita buat tu. Taruh teh, taruh air pastu minum je. Ada seninya. Penerangan bahasa mandarin sepenuhnya.  Cuma boleh buat rumusan, teh yang disediakan begitu ada kebaikannya.  Kemudian teh tersebut dihidangkan kepada penonton. Orang depan dapatlah dulu.

Persembahan kedua, seni akrobatik dengan teko muncung panjang. Dia akan menuang air di dalam setiap mangkuk gaya akbotik dari jarak jauh dan tidak tumpah. Untuk memeriahkan keadaan dia memanggil penonton yang ingin mencuba menuangnya. Haa tepuk!

Persembahan terakhir face mask changing. Dia boleh tukar topeng muka dengan sekelip mata. Jenuh perhati macam mana dia boleh tukar, ada spare topeng kat topi dia tu ke, ha tidak dapat dikesan. Wau! Bertukar-tukar topeng dan sehinggalah yang akhirnya muka sendiri. Sebelum balik dia promote patung yang boleh tukar-tukar topeng muka tu. Harganya 25 RMB  (RM15.10). Tapi saya tak beli pun.


Contoh macam ni:




Semasa google sebelum ini memang banyak maklumat lebih senang naik bas. Cuma ada satu yang terjumpa dia kata stesen Metro yang boleh dinaiki Gaoshengqiao. Tanya seorang ni arah stesen, ditunjuknya seberang jalan. Bila dah seberang jalan, tanya pula dekat kedai pakej pelancongan ni, dia kata seberang jalan yang tadi.  Dah pulak. Jalan-jalan dekat 1km lebih tiada signboard yang nampak. Tanya orang lain yang lalu-lalang, eh boleh dia buat tak nampak je saya tahan dia. Haish. Jalan ajelah. Lagipun ramai orang jalan. Akhirnya baru nampak nama Gaoshengqiao. Jumpa juga dekat bangunan yang ada KFC. Oh patutlah ramai yang suggest naik bas sebab metro terdekatnya lebih 2 km kut.

Bersambung seterusnya:

Nak cakap apa eh

Monday, November 26, 2018

Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding(Chengdu, China 12 Sept – 18 Sept)


Ikut perancangan nak bergerak awal pagi sebab biasanya ramai orang tapi akhirnya pukul  7 baru nak gerak. Selamat sikit bila tiket masuk dah beli siap-siap daripada Klook.

Chunxi Road ------> Panda Avanue
                   (8 stesen)

Tambang 4 RMB (RM2.45)

Ada tunjuk exit panda 3.5 km lagi.

Keluar sahaja dari situ ada kedai di tepi yang boleh beli tiket masuk dan tiket bas. Memandangkan kami dah beli tiket masuk, kami beli tiket bas sahaja 2 RMB (RM1.30). Dalam bas ada seorang perempuan yang bagi penerangan mengenai panda … gamaknya la,udah cakap cina sepenuhnya. Perjalanan dalam 15 minit. Di tepi-tepi jalan boleh nampak pokok-pokok buluh. Panda, kan makan buluh.
 
Pintu masuk berupa panda juga
Sightseeing bus

Luas kawasan ni. Ada pilihan boleh jalan kaki atau naik sightseeing bus. Yang ni kena bayar. Barisan menunggunya pun punyalah panjang. Pagi-pagi kita jalan kaki je. Udara segar melintasi rumpun pokok buluh. 
Melalui swan lake
Ada angsa hitam di sebalik rumpun tu.
Tengah berjalan-jalan ada rombongan orang putih. Ambil kesempatan beriringan dengan mereka sebab boleh dengar tour guide cerita apa.

Tengah breakfast.

 Ikut sahaja papan tanda pasti tidak sesat. Panda ni bebas berkeliaran dalam kawasan dia. Kami sampai pukul 8 pagi dan pandanya masih cergas, sama ada makan atau bermain sesama sendiri.
 
Setiap tempat tu ada profil panda. 

Ingatkan panda ni cari sendiri makan memandangkan banyak je pokok buluh dalam ni tapi tak rupanya ada pekerja yang datang selambak dia bagi. Dah siap proses. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Kiut je semua.
 
Setiap tempat(kandang) ada seekor hingga 3 ekor panda.
Kiut-kiut pun dia masih spesies beruang. Maksudnya ganas. Sudah ditulis di situ jangan diacah-acah dengan ranting, makanan atau apa sahaja di dalam kandangnya. Kena senyap. Tapi ada je yang tak ikut arahan. Tepuk-tepuk tangan panggil dia datang.

Kawasan tu punyalah luas, mungkin ada juga yang terlepas pandang dan tak masuk. Kena bawa bekal air dan snack. Penat juga dibuatnya.
 
Budak-budak. Biasalah bangun lambat.
Yang  ditunggu-tunggu nak tengok anak panda. Diletak di bilik yang berkaca. Ramai yang dah berbaris.  Sabar menunggu giliran. Apabila giliran nak sampai, kamera sudah sedia on. Kat sini tak boleh lama-lama, tengok dalam beberapa saat dan terus jalan.  Kalau kita berhenti lama sedikit, mulalah guard di situ suruh jalan.  Hehe tergolek-golek anak panda tidur. Memang macam nursery je. Ada satu tempat lagi besar sikit, dah pandai merangkak. Ish dah terbayang macam dekat taska je..hihi.
Berselimut dan bertoto bagai. Comel sangat ni.

 Perkembangan tumbesaran panda:
·         1 atau 2 minggu selepas lahir dah nampak tanda hitam.
·         Dalam masa sebulan dah ada tompokan hitam di telinga, sekeliling mata, kaki dan bahu.
·         6 hingga 8 minggu mata akan terbuka.
·         Dalam 3 bulan, gigi pertama akan mula nampak.
·         100 hari, akan mula merangkak.
·         4 hingga 6 bulan jadi lebih kuat dan aktif.
·         1 tahun dah mula makan buluh.
·         1 ½ tahun semua gigi dah penuh.
·         Masa ni berat dah mula bertambah.

Sumber:  Banner yang ada di situ.
 
Nak dapat gambar red panda yang betul-betul berdepan punyalah susah. Jadilah gambar di balik pokok.

Berbeza dengan panda yang biasanya malas nak bergerak je. Red panda ni sangat aktif bergerak ke sini sana.
Wajah red panda. Saiznya lebih kurang besar musang.
Satu lagi keistimewaan di pusat ini. Ada red panda. Memang berbeza sangat lah dengan Giant panda ni walaupun namanya panda juga. Macam Si Kuntum je rupanya. Oh siapa si Kuntum tu? Kucing saya. Hihihi.  Kat sini juga ada ‘hospital’ ibu mengandung untuk red panda. Dia diasingkan dengan red panda yang lain. Red panda ni boleh memanjat. Jadi kalau nak tengok dia, cer tengok juga kat dahan pokok.
 
Ni sebenarnya anak panda yang tengah belajar merangkak. Tak berapa nampak sebab nak kena berebut tempat depan pula dengan orang lain.
Panda ni baring di atas timbunan buluh (makanannya). Heaven la ni. Baring sambil makan
Semasa mencari toilet, di situ ada ruang sofa  dan tv sedang tayang rencana tentang panda ni.  Bagaimana sejarah panda ni jadi simbol diplomatik dengan negara lain sejak dari dulu lagi. Malah diterangkan juga kenapa pusat ini diwujudkan dan ditunjukkan bagaimana mereka membiakkan panda ni dengan cara permanian beradas. Panda jantan ada sikit je.

Paling banyak panda ni melahirkan anak, 2 ekor tapi ada kemungkinan seekor tu akan mati sebab maknya akan tumpu pada yang seekor sahaja. Jadi petugas di pusat ini akan tukar ganti anaknya untuk menyusu. Bila satu diberi pada maknya, satu lagi letak dalam inkubator. Jadi keberangkalian untuk kedua-duanya hidup lebih tinggi. 

Lawaknya bila dikenang semula, pergi tempat panda patutnya baca maklumat dekat pusat pameran tapi yang ni kami dapat info daripada tv yang diletak di toilet. Hahaha, dari mula sampai akhir tu tunggu. Dekat setengah jam duduk situ.

Kenapa kita selalu nampak giant panda ni selalu makan dan tidur.
 
Because the nutritional values of bamboo is so low. Giant panda must spend over 50% of their time eating and the rest of their time digesting and resting. The work of consuming bamboo is extensive, so resting after eating is critical to retain as much of the caloric value of bamboo as posibble. They are not lazy, they are energy efficient!
Setelah habis pusing, kami bergerak pulang memandangkan hujan pun dah mula turun. Di luar pintu masuk ada orang menjual tiket-tiket bas untuk ke tempat-tempat popular seperti Jin Li Street, Chunxi Road dan lain-lain. Tambang 10 RMB (RM6.40) untuk ke Jinli Street.

Bersambung seterusnya:

Jinli Street

Sunday, November 25, 2018

Tianfu Square (Chengdu, China 12 Sept – 18 Sept)


CHENGDU STORY
Chengdu is one of the top tourist cities in China, it has many places of interests including World Heritages, National Key Cultural Relics Protection Units and State Key Cultural Relics Protection Units. Chengdu is described as ‘Ancient Shu Culture’, ‘Sichuan Scenery’, ‘Culture of Three Kingdoms’, ‘Panda Protection’, ‘Chengdu Delicacies’ by visitors from all over the world.
-dipetik daripada pamflet yang dijumpai. 



Chengdu ni rasanya dia tak promote sangat tempat dia untuk  pelancong luar datang. Di airport hanya jumpa dua pamflet  iaitu transfer guide dan traffic guide. Kami download peta subway sendiri daripada Google. Tak adalah jumpa brosur yang menunjukkan tempat-tempat menarik di sini. Semuanya google sendiri. Kalau jumpa pun, yang tulis Cina sepenuhnya.
 
Ada faham ka?
Mudahnya duduk di area stesen Chunxi Road sebab ianya stesen pertukaran. Jadi, senang nak tukar Line(laluan) yang mana satu.

Shuangliu International Airport  -àStesen Taipingyuan -àChunxi Road
                                                      (5 stesen)                     (7 stesen)

Laluan Metro ada 6 Line. Setiap kali masuk akan ada pemeriksaan beg. Dia akan scan botol air. Kalau botol air dalam beg dia akan cakap “Shui! Shui”. Nasib baiklah kita ni dah biasa dengan kawan-kawan dan cerita Cina, tahulah dia nak apa sebenarnya. Saya ada dua botol air dalam beg. Just bawa satu keluar kemudian dia suruh keluar lagi satu. Malas sebenarnya haha,  ingat boleh lepas. Kalau yang bawa termos pula dia akan suruh buka penutup.

Check in airbnb pukul 2 tapi boleh tumpang letak beg dulu. Ikut arahan tuan rumah turun di stesen berdekatan. Peta yang diberi tulisan karakter Cina, nama bangunan pun Cina. Wah cabaran mencarinya.
urmmm... Garu kepala yang tak gatal bila nengoknya.

Bertanya polis yang ada di Metro. Dia tengok peta kemudian menggeleng. Tanya orang awam yang lain pun tak layan je.  Akhirnya cari sendiri berpandukan satu dua bangunan yang bertulis nama Inggeris. Dahlah tak cukup tidur semalam, tak berapa cergas berfikir.

Tuan rumah kata kami dah dekat, dia suruh cari bank. Ha sudah paling kiri paling kanan tengok atas, semua bangunan tulis Cina.

Ting! Teringat bawa buku ‘15 Minute Chinese’. Cari dalam buku, bank dalam bahasa mandarin-yinhang. Ok kita tengok pula character dia.  Aha meh kita cari character yang ni. Dah macam masuk treasure hunt pulak rasa. Yes, depan kami sahaja bank tu.  Suruh cari hotel pula dan tunggu di lobi. Tanya orang hotel tu mana pintu masuk. Dia suruh kami ke belakang. Ha tak jumpa juga. Akhirnya tuan rumah tu yang datang. Misi gagal! Kena ‘diselamatkan’. Hahaha. Tinggalkan beg dekat dia. Barulah kami jalan. Metro dah mula nak sesak. Orang ramai pergi kerja.  Mujur satu stesen sahaja.

Antara survival kit

Chunxi  Road --------> Tianfu Square
                    (1 stesen)
 
Di setiap tiang ada cerita
Dia macam dataran je. Di tiang-tiang lampu ada bercerita mengenai Chengdu. Tersergam di hadapan berdiri tegak patung Mao Zedong yang besar. Teringat pula masa tahun 1996 pergi Tiananmen Square di Beijing  ada gambar Mao Zidong dan melawat makam mendiang masa tu.

Patung Mao Zedong tersergam

Dataran ini merupakan tempat terbuka yang boleh orang lepak. Masa saya pergi ada polis yang buat rondaan di kawasan ini. Mungkin sebab ia tempat tumpuan orang ramai.

Mengikut pembacaan  di Google, di waktu malam orang ramai boleh tengok pertunjukan air pancut dan lampu-lampu berkelipan.  Di bawah dataran ni ada kedai-kedai. Bolehlah kalau nak cuci mata.

Bagi pelancong Muslim, pasti datang ke sini sebab kawasan ni ada masjid. Masjid Huangcheng namanya. Kalau nak tahu arah mana, tengok arah tangan kanan Mao Zidong. Hihihi. Tapi bukan sebaris dengan patung tu. Seberangnya.
Masjid Huangcheng


Beli roti untuk sarapan esoknya. Ok la rasanya.

Bawah masjid tu ada minimart. Makanan halal dari seluruh negara ada di sini. Kalau nak beli untuk jadi sourvenir pun boleh.  Ada juga dijual roti di tepi kedai tu. Siap bayar dengan scan qr code je. Ha kita pun tak gunakan seluasnya di Malaysia. Macam ketinggalan pulak rasanya.
 
Menarik perhatian sebab macam Alor Setar. Snack RM12
Ha betul, rupanya produk Malaysia. Alor Setar. Tu ada halal Jakim.

Masuk kedai makan berhampiran masjid. Menu di situ bila diminta semua tak ada. Saling bergoogle translatelah dengan pelayannya. Makan mi dan pau. Banyak juga mi nya.  Tak terhabis. Panggil dia nak suruh bungkus.

 “Ohh tapao!”
 Ha biasakan kita guna tu. Tak teringat pulak nak cakap tu.  Bungkus pun kena bayar juga huhu. 3 RMB (RM1.80) untuk setiap bekas.

Bila nak balik ke Metro ikut jalan lain pulak. Dia tembus ke arah kedai bawah dataran tadi. Check in penginapan dan qador balik tak cukup tidur tadi. Malam tu baru keluar semula.


Bersambung seterusnya:

Panda