Friday, November 30, 2018

Anshun Bridge. (Chengdu, China 12 Sept – 18 Sept)


Cantik jambatan yang menyeberangi  Sungai Jin ini bila dilihat pada waktu malam dengan hiasan lampu-lampu.
Dekat jambatan ni sebenarnya ada restoran. Hotel Shangri-la  di sebelah kanan.


Landmark yang senang nak cari bersebelahan Hotel Shangri-La. Tempat ni memang agak jauh dari tempat penginapan kami dan tiada Metro yang berdekatan. Tapi dah alang-alang sampai sini, rugi pulak tak pergi sebab ia antara tempat yang jadi tumpuan. 

Terima kasih kepada pelayan restoran ini yang membantu untuk mencari jalan. 

 Masa tengah duduk di kedai Innisfree, tengah tengok-tengok peta, pelayan tu tanya nak pergi mana. Berani dia tanya dalam bahasa Inggeris sedangkan sebelum ni ramai yang kami jumpa mengelak untuk menjawab sebab tak pandai bahasa Inggeris. Kami tunjuk pada dia gambar Anshun Bridge.  Dia pun Google sendiri guna telefon dia.

Dia beritahu naik bas di mana, turun stesen mana …  ooops bateri telefon habis. “Sorry, wait”. Dia masuk ke bahagian belakang. 10 minit kami tunggu, nak balik dah, mencari dia nak ucap terima kasih. Tak nampak-nampak pula. Ok tunggu sekejap. Macam tak sopan je kalau balik terus.  Dia muncul, rupanya dia pergi charge telefon. Terharu la pulak dengan bantuannya yang begitu sekali. “Bus number 3, 3 stop, walk 438 meter, 7 minute.”

“Kamsahamnida”. Ha tetiba thank you dalam Korea. Maklumlah dah dalam kedai Korea.

Banyak juga bas nombor 3 yang lalu. Tambang 2 RMB (RM1.30). Bila dah naik, nak berhenti pula tak tahu macam mana sebab tak tahu pula di mana bus stopnya. Memerhati dahulu keadaan. Ooh rupanya dia berhenti di setiap bus stop. Jadi kita kira je 3 perhentian lepas tu turun. Tak payah tekan loceng.

Bila dah turun, eh macam salah je. Haha. Google arah Shangri-La. Memang jauh le dari tempat kitaorang berhenti tu, janji selamat sampai tempat yang dituju.  Ramai yang tunggu sehingga waktu malam apabila lampu lebih menyerlah sinarnya.  Pelbagai aksi dapat dilihat untuk menangkap gambar yang cantik. 

Kami ambil gambar Anshun Bridge daripada jambatan juga

Anshun Bridge sekitar 6 petang
Dah nampak lampu-lampu
Apabila suasana mulai gelap, baru terserlah sinaran lampu

Bila malam mula menjelma
Kami ambil gambar dari jambatan ini. Bila malam lip lap lip lap ha.

Dah pukul 7 lebih. Masa untuk balik. Nak naik bas nombor 3 dia tak lalu di situ pula. Tengok route bas yang ada di perhentian bas. Tak faham. Semua tulisan Cina. Tanya orang situ pun dia geleng kepala. Akhirnya buat keputusan naik teksi. Teksi pula tak ada yang berhenti sebab ada orang. Hari minggu gamaknya ramai orang. Kami jalan terus ke Shangri-La dengan beranggapan banyak kut teksi di situ.  Hujan mula turun, angin pun mula kuat. Berdoa dalam hati supaya teksi dapat cepat. Alhamdulillah, dapat juga. Kami berhenti di Tai Koo Li, senang sikit sebab tumpuan ramai tentu senang nak pergi. Meter bermula dengan 8 RMB (RM4.80). Sampai di Tai Koo Li, hujan pun dah reda. Tambang 20 RMB (RM12.10). Tak adalah mahal sangat.

Isi perut dengan hotpot (air teh, kurma merah, tomato). Bahannya semua sayur, keledek, jagung, akar bunga teratai. Sihat dan kurus ni kalau makan ni selalu.


Bersambung seterusnya:

Kuanzhai Alley

No comments: