Penerbangan
dari KLIA 6.10 petang. Majoriti penumpang Cina dari China dan Malaysia. Yang
bertudung kami berdua dan ada seorang lagi travel sendirian. Kita dapat beza
yang mana dari Malaysia atau China walaupun tanpa tengok pasport. Kalau dari
China memang kasar sikit caranya dan cakap pun kuat. Satu flight boleh dengar.
Alhamdulillah,
10.40 kami sampai. Mara menuju imigresen. Tiba-tiba ditahan seorang pegawai
wanita, “Excuse Me,”dan dia suruh ke tepi. “Pasport please.”
Cuak weh,
orang lain yang jalan depan kami tak kena tahan pun. Sebab pakai tudung? Islam?
Hmmm…
Dia pegang
pasport dan letak di mesin sebelah saya. Terdengar suara daripada mesin, “Sila
letak 4 jari kiri anda.” Hahaha saspen, check biometrik rupanya.
Aiseh tadi dalam flight memang ada pengumuman kena check/scan biometrik
masa dah sampai. Lebih kurang gitulah
bunyi pengumumannya. Dengar tak dengar je.
“Sila letak
4 jari kanan anda.” Disambut dengan Bahasa Melayu di Chengdu Shuangliu
International Airport hihi. Setelah selesai
scan jari, keluar resit.
Teruskan
perjalanan ke kaunter imigresen di laluan foreigners. Di depan dah ramai orang
sebab kami je yang ditahan tadi.
Pegawai
wanita yang sama bertanya orang kat situ dah scan jari ke. Ramai yang belum dan
mereka berpatah balik. Yeay clear sikit barisan. Dalam flight tadi memang
majoritinya Cina dari Malaysia dan China.
Yang bertudung 3 orang sahaja, memang dia nampak kami aje la foreigners.
Baru je
beratur, pegawai tu lambai lagi pada kami.
Adoi cuak
lagi. Dia suruh baris di kaunter special lane yang memang tak ada orang. Hahaha. Mesti orang lain yang pegang pasport Malaysia di sebelah bengkek je
tengok. Punyalah lama derang baris, kitaorang dapat jalan dulu. Kesimpulannya, sila bersangka baik ya, jangan
cuak sokmo deh!
Sudah jam 11 lebih malam. Malam ni tidur di airport dulu. Esok baru check in airbnb. Cari port sesuai. Ada kerusi kosong dan berhadapan dengan toilet. Sebelahnya McDonald.Ok dah ni. Bahaya
kalau pergi tempat tersorok at least sebelah McD ni ada orang lalu-lalang.
Dari saya sampai hinggalah pukul 3 pagi. Orang berbaris tunggu teksi. Memang ramai. |
Akhirnya
dapat juga lelapkan mata walaupun hanya sejam dua. Mudahnya di sini, waktu sama
dengan Malaysia. Begitu juga waktu solat beza beberapa minit je jadi senanglah
dah tau time. Tak ada surau di sini. Cari je tempat-tempat yang sesuai di situ.
Dekat je nak naik Metro. Keluar dari aiport dah boleh nampak signboard. Stesen Shuangliu International Airport. |
Pukul 6 pagi
Metro dah mula beroperasi. Ayuh kita mulakan perjalanan kita. Yuk.
Pagi-pagi selesa naik sebab tak ramai orang lagi. |
No comments:
Post a Comment