CHENGDU
STORY
Chengdu
is one of the top tourist cities in China, it has many places of interests
including World Heritages, National Key Cultural Relics Protection Units and
State Key Cultural Relics Protection Units. Chengdu is described as ‘Ancient
Shu Culture’, ‘Sichuan Scenery’, ‘Culture of Three Kingdoms’, ‘Panda Protection’,
‘Chengdu Delicacies’ by visitors from all over the world.
-dipetik
daripada pamflet yang dijumpai.
Chengdu ni
rasanya dia tak promote sangat tempat dia untuk pelancong luar datang. Di airport
hanya jumpa dua pamflet iaitu transfer
guide dan traffic guide. Kami download peta subway sendiri
daripada Google. Tak adalah jumpa brosur yang menunjukkan tempat-tempat menarik
di sini. Semuanya google sendiri. Kalau jumpa pun, yang tulis Cina sepenuhnya.
Mudahnya
duduk di area stesen Chunxi Road sebab ianya stesen pertukaran. Jadi, senang
nak tukar Line(laluan) yang mana satu.
Shuangliu
International Airport -àStesen Taipingyuan -àChunxi Road
(5 stesen) (7 stesen)
Laluan Metro
ada 6 Line. Setiap kali masuk akan ada pemeriksaan beg. Dia akan scan botol
air. Kalau botol air dalam beg dia akan cakap “Shui! Shui”. Nasib baiklah kita
ni dah biasa dengan kawan-kawan dan cerita Cina, tahulah dia nak apa
sebenarnya. Saya ada dua botol air dalam beg. Just bawa satu keluar
kemudian dia suruh keluar lagi satu. Malas sebenarnya haha, ingat boleh lepas. Kalau yang bawa termos
pula dia akan suruh buka penutup.
Check in
airbnb pukul 2 tapi boleh tumpang letak beg dulu. Ikut arahan tuan rumah turun
di stesen berdekatan. Peta yang diberi tulisan karakter Cina, nama bangunan pun
Cina. Wah cabaran mencarinya.
urmmm... Garu kepala yang tak gatal bila nengoknya. |
Bertanya
polis yang ada di Metro. Dia tengok peta kemudian menggeleng. Tanya orang awam yang
lain pun tak layan je. Akhirnya cari
sendiri berpandukan satu dua bangunan yang bertulis nama Inggeris. Dahlah tak
cukup tidur semalam, tak berapa cergas berfikir.
Tuan rumah
kata kami dah dekat, dia suruh cari bank. Ha sudah paling kiri paling kanan
tengok atas, semua bangunan tulis Cina.
Ting! Teringat
bawa buku ‘15 Minute Chinese’. Cari dalam buku, bank dalam bahasa mandarin-yinhang.
Ok kita tengok pula character dia. Aha
meh kita cari character yang ni. Dah macam masuk treasure hunt pulak rasa. Yes,
depan kami sahaja bank tu. Suruh cari
hotel pula dan tunggu di lobi. Tanya orang hotel tu mana pintu masuk. Dia suruh
kami ke belakang. Ha tak jumpa juga. Akhirnya tuan rumah tu yang datang. Misi
gagal! Kena ‘diselamatkan’. Hahaha. Tinggalkan beg dekat dia. Barulah kami
jalan. Metro dah mula nak sesak. Orang ramai pergi kerja. Mujur satu stesen sahaja.
Chunxi Road --------> Tianfu Square
(1 stesen)
Dia macam
dataran je. Di tiang-tiang lampu ada bercerita mengenai Chengdu. Tersergam di
hadapan berdiri tegak patung Mao Zedong yang besar. Teringat pula masa tahun 1996
pergi Tiananmen Square di Beijing ada
gambar Mao Zidong dan melawat makam mendiang masa tu.
Patung Mao Zedong tersergam |
Dataran ini
merupakan tempat terbuka yang boleh orang lepak. Masa saya pergi ada polis yang
buat rondaan di kawasan ini. Mungkin sebab ia tempat tumpuan orang ramai.
Mengikut
pembacaan di Google, di waktu malam
orang ramai boleh tengok pertunjukan air pancut dan lampu-lampu berkelipan. Di bawah dataran ni ada kedai-kedai. Bolehlah kalau nak cuci mata.
Bagi
pelancong Muslim, pasti datang ke sini sebab kawasan ni ada masjid. Masjid
Huangcheng namanya. Kalau nak tahu arah mana, tengok arah tangan kanan Mao
Zidong. Hihihi. Tapi bukan sebaris dengan patung tu. Seberangnya.
Masjid Huangcheng |
Beli roti untuk sarapan esoknya. Ok la rasanya. |
Bawah masjid
tu ada minimart. Makanan halal dari seluruh negara ada di sini. Kalau nak beli
untuk jadi sourvenir pun boleh. Ada juga
dijual roti di tepi kedai tu. Siap bayar dengan scan qr code je. Ha kita pun
tak gunakan seluasnya di Malaysia. Macam ketinggalan pulak rasanya.
Ha betul, rupanya produk Malaysia. Alor Setar. Tu ada halal Jakim. |
Masuk kedai
makan berhampiran masjid. Menu di situ bila diminta semua tak ada. Saling
bergoogle translatelah dengan pelayannya. Makan mi dan pau. Banyak juga mi
nya. Tak terhabis. Panggil dia nak suruh
bungkus.
“Ohh tapao!”
Ha biasakan kita guna tu. Tak teringat
pulak nak cakap tu. Bungkus pun kena bayar juga huhu. 3
RMB (RM1.80) untuk setiap bekas.
Bila nak
balik ke Metro ikut jalan lain pulak. Dia tembus ke arah kedai
bawah dataran tadi. Check in penginapan dan qador balik tak cukup tidur tadi.
Malam tu baru keluar semula.
No comments:
Post a Comment