Tuesday, December 18, 2018

Komuter Arah Utara


Bila tambang ETS terasa mahal, marilah kita beralih pada komuter pula.  Saya belum pernah naik lagi walaupun dah mula beroperasi pada hujung 2016.  Stesen Kuala Kangsar hanya ada ETS sahaja jadi kalau nak naik komuter kena naik di Padang Rengas. Tak adalah jauh sangat stesennya, sebelum pekan Padang Rengas sahaja.

Jadual perjalanan komuter (masa saya naik 11 November 2018)

Waktu Pagi                         Tengah hari              Petang                  Malam
5.24                                        12.54                     3.54                        7.54
6.54                                        1.54                       5.24                        9.54
8.54
11.00

Macam komuter di KL juga, beli tiket dan free seating. Destinasi saya Alor Star.  Kalau ETS tambangnya RM44 tapi naik komuter ni RM13 sahaja. Beza sungguhkan harganya. Beli tiket masa tu juga. Naik jam 1.54.
 
Pukul 1.40 dah boleh masuk. Marilah naik tangga ke platform sebelah.
Menyeberangi jejantas ni,

Boleh rehat kejap tengok pemandangan menghijau ni sementara kereta api belum sampai lagi. 


Stesen Padang Rengas tiada lif, kena naik tangga. Banyak pula anak tangganya tu. Kalau jalan di Japan dan Korea memang banyak juga tangga nak naik jadi ia bukanlah masalah yang besar tapi kesian tengok warga emaslah siksa nak naik tangga.
 
Nampak tak jauh lagi tu nak turun. Fuh! Beg berat.
Komuter dah sampai. Pilih je gerabak mana nak naik.
Sekali gini kerusinya, saling berhadap dan bukannya ke arah driver. Tapi saya tak pastilah sama ada keseluruhan gerabak begini atau macam biasa. Masalah juga bila kerusi begini, nak letak beg beroda tapi tak tau nak sandar kat mana jadi kepit je antara kaki takut beg berjalan sendiri nanti. Kalau letak melintang pula makan ruang banyak nanti.
Bila naik di stesen pertama ni  bestnya boleh pilih mana-mana tempat duduk yang disukai sebab tak ramai pun orang naik. Sampai di Taiping dan mula kerusi-kerusi dipenuhi. Laluannya:

Padang Rengas 1.54pm
Taiping
Kamunting
Bagan Serai
Parit Buntar 2.39pm
Nibong Tebal 2.43pm
Simpang Ampat 2.51pm
Bukit Mertajam 3.00 pm

Untuk ke Alor Star (yang menghala ke Padang Besar) kita kena tukar tren dan tukar platform 2. Ada pengumuman dibuat. Kena tunggu di  tingkat atas dulu. Platform 2 belum boleh masuk. Lebih kurang setengah jam iaitu 3.30 baru komuter sampai.

Wah ramainya orang, dengan budak-budak nak balik asrama lagi (gamaknya). Sebab nampak budak-budak remaja berkumpulan dengan beg. Lagipun hari tu Ahad. Memang tak dapat tempat duduk langsung.  Ada ibu dengan 2 orang anaknya dalam lingkungan 4-5 tahun pun tak dapat duduk.  Tak kanlah kita nak berebut tempat pula, tak patut rasanya.  Jadinya dari Bukit Mertajam sampai Alor Star saya berdiri. Ha tulah beza dengan ETS bayar mahal, ada tempat duduk dan tak payah tukar tren. Haha.

Tren baru ni pinjam dari KLjadi jangan terkejut bila masuk tren dan tengok peta laluannya ditulis Seremban, Pantai Dalam, Senawang, Sg Gadut. Siap ada koc wanita lagi tapi untuk komuter arah utara, lelaki pun boleh masuk.

Sambung laluan:
Bukit Mertajam 3.37 pm
Tasuk Gelugor 3.38 pm
Sungai Petani 3.59 pm
Gurun 4.12 pm
Kobah 4.22pm
Alor Star 4.33 pm

Alhamdulillah selamat sampai.



Wednesday, December 12, 2018

Google Keep : Diari Seorang Traveller

Jika dulu saya guna buku nota mini dan pen sebagai peneman dalam perjalanan. Kini zaman telefon pintar. Kita pun kena pintar memaksimumkan penggunaannya. 'Dialah' kamera, jam penggera, buku nota, kalkulator dan macam-macam lagilah dan bukannya hanya bertelefon.

Dah dua bulan lebih melancongnya tapi baru nilah sempat nak tulis di blog. Kalau nak mengharapkan ingatan rasanya dah ingat-ingat lupa juga.

Pilihan saya untuk menulis nota perjalanan, Google Keep.  Saya download apps dari Playstore tapi kalau yang beli telefon baru ni biasanya dah ada dalam tu.

Kini tak perlu risau lagi buku nota letak merata, ada muka surat yang  hilang ataupun tulisan yang cakar ayam sampai diri sendiri pun tak boleh baca.
Google Keeps yang bentuk mentol lampu/lambang idea? dengan latar belakang kuning.

Nota terpaksa dikaburkan. Malu la pulak orang baca haha.
Nota yang ditulis sepanjang perjalanan semuanya ada dalam ni. Idaklah boleh padam-padam selagi tak pindah maklumat tu dalam blog. Nota ni saya tulis yang penting sahaja dulu. Bila ada masa terluang macam ketika menunggu bas atau Metro atau waktu malam selepas habis berjalan baru saya edit balik dengan bahasa yang lebih elok. Jadi bila nak post di blog nanti tak adalah susah sangat nak karang semula.

Teringat kata-kata Ustaz Muhammad bin Abdullah (Ustaz Amin) dalam slot IKIM FM setiap Isnin, 10 pagi, "Sekabur-kabur tulisan, sekuat-kuat ingatan. Para ilmuan terdahulu mereka yang suka mencatat ilmu yang mereka dapat. Di dalam al-Quran sendiri Allah menyatakan bahawa Allah mengajar manusia dengan perantaraan qalam atau pena. Sebab itu mencatat adalah amalan yang mulia dan ia akan tetapi diingati walaupun tulisan itu telah kabur."

Penggunaan Google Keep ini bukan sahaja untuk mencatat nota perjalanan tapi gerak kerja dari awal lagi.  Pertama, To do list - perkara penting yang perlu dilakukan sebelum melancong.

Senaraikan perkara yang perlu dibuat. Apabila telah selesai, 'tick' dalam kotak.

Kita boleh ‘Add Reminder’ juga supaya tak lupa. Nanti dia akan bunyi beep ikut tarikh dan masa yang telah kita pilih. Reminder tu akan tanya ‘Done’ atau ‘Later’. Kalau kita tekan ‘Later’ dia akan bagi pilihan lain sama ada kita hendak diingatkan lagi bila. Esok ke, tulat ke. Kalau kita tak pilih apa-apa tindakan, gambar mentol tu akan ada di skrin telefon bahagian atas sampailah kita ambil tindakan. Oleh kerana ia produk Google, nota reminder tu akan muncul juga di Google Calendar ikut tarikh yang dipilih.
Pilih hari dan masa yang ingin diingatkan.

Kalau kita pilih repeat, dia akan ulang sama ada setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun atau pilih ikut kita. Jadi untuk tidak perlu mengulang banyak kali, pilih does not repeat.

Perkara kedua, checklist barang yang akan dibawa. Biasanya berapa lama anda ambil masa untuk siapkan pakaian yang akan dibawa? Saya biasanya dalam dua minggu tu dah keluar beg, dan akan ambil je baju-baju yang akan dibawa kumpul dalam beg. Esoknya kalau teringat nak ambil lagi, taruhlah lagi. Kiranya takde lah siap terus beg tu. Dalam masa dua hari tarikh nak berjalan, barulah siap beg. Apabila dah kemas baju-baju tu, barulah teringat pulak ada yang tak cukup tapi malas nak ambil terus dalam almari, jadi saya senaraikan dulu di Google Keep.

Apabila telah selelai dimasukkan dalam bag, 'tick' di dalam kotak. Pasti tiada yang tertinggal. Insya-Allah

Perkara ketiga, senarai sourvenir atau orang yang patut diberi souvenir. Apabila melancong sudah pasti mencari souvenir untuk kenangan.  Kadang kita beli je ikut suka, kan. Nanti barulah boleh dibahagi-bahagikan.  Tapi ada orang-orang tertentu yang mesti kena belikan juga sebab biasa derang ingat nak bagi souvenir kat kita jadi masa nilah nak balas balik. Untuk tidak terlupa bolehlah senaraikan nama yang patut. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Kita boleh pilih macam-macam warna juga untuk nota kita ni. Jadi cerialah nampak kat situ. Bila dah beli, tick dalam kotak.

Untuk yang sudah bertanda tu (bahagian bawah), kalau tersilap tanda anda boleh tick semula kotak tersebut dan dia akan naik ke atas semula.

Perkara keempat, letak gambar dan guna fungsi pen untuk melukis/mencatat. Contoh di sini laluan Metro dan saya tanda di Chunxi Road supaya boleh nampak ke mana dan dari mana stesen kita. Apabila kita letak semua maklumat berkaitan pelancongan kita di satu tempat mudah sikit nak rujuk semula.
Saya tanda di Chunxi Road sebab itulah stesen yang kami naik tiap-tiap hari.

 Di sini macam post it note yang kita boleh tampal di dinding. Jadi letaklah apa sahaja benda yang kita hendak rujuk. Perkara kelima nilai tukaran mata wang antara RM dan RMB juga formula nak dapat nilai sebenar harga sesuatu barang.

Formula mengira dengan lebih tepat.
Bukan cekap sangat mengira, jadi ringkasan nilai mata wang ni boleh dijadikan panduan.

Jika kita hendak letak nota yang kita rasa penting dan kita akan selalu tengok, boleh tekan pinned (gambar paku tekan) supaya nota ini sentiasa di bahagian atas walaupun ada nota-nota baru yang masuk.
Gambar paku tekan di bahagian atas, kanan

 Apps ini sync dengan gmail. Oleh itu kita boleh buka di PC walau di mana sahaja kita berada.
Buka gmail, dan tekan gambar kotak (atas, kanan) dekat dengan profil kita. Akan keluarlah senarai produk google. Sila tekan 'more'  sebab ada lagi bawah tu.


Tu dia dah ada, yang bertanda bulat. 
Di PC besar sikit dapat lihat segala nota.


Mudah,kan dengan adanya segala macam apps ni? Sila cuba dan aplikasikan dalam hidup anda untuk perkara-perkara lain.




Sunday, December 9, 2018

Debaran di Kaunter Imigresen (Chengdu, China 12 Sept – 18 Sept)


Teksi dari Chunxi Road ke airport 54 RMB (RM34). Kami sampai awal di airport jadi lepak-lepak di situ sambil tengok sourvenir yang boleh dibeli. Flight malam.
 
Bahagian Departure. Panda panda panda

Tempat simpan bagasi, 0-6 jam untuk beg saiz besar (ada ukuran tertentu) 20RMB, Saiz sederhana 12RMB, saiz kecil 8RMB.
Pukul 8 malam dah nampak kaunter Air Asia akan dibuka. Kami jadi orang pertama yang tunggu di barisan dan diikuti orang lain.  Memang kami berdua juga la yang bertudung. Menjadi orang pertama yang selesai check in bagasi dan orang pertama yang menuju ke imigresen.

“Hello, ni hao?” Excited tegur pegawai tu dulu.
Dia belek-belek pasport sambil tanya dalam BI, “Berapa lama tinggal di Chengdu?” Sambil kira dengan tangan, 12,13,14,15,16. 5 days (padahal sampai 18hb. Tak expect dia akan bertanya soalan)
“Tujuan datang ke Chengdu?”
Vacation
“Ha?”
Visiting.”
Tourist?”
Yes.”
Kakak yang berurusan dengan kaunter sebelah boleh lepas je tanpa banyak soal.

Pegawai depan saya tu cakap dengan kaunter sebelah. Cakap mandarin tapi macam gayanya … ni translate ikut rumusan sendiri ya. Biji butir sebenar idaklah tau, “Eh kenapa bagi lepas?”
 “ Habis tu, dah tak ada apa-apa masalah.”

Pegawai tu panggil seorang lagi rakan di belakang. Ketua dia kut. Perempuan.

Ha sudah, dup dap dup dap pulak rasa di hati. Saya syak sebab pasport dah nak mati je. Banyak pula soal ni.

Kedua-duanya cakap Cina sambil belek-belek pasport. Yang saya faham, “ …. tapi, Malaxiya!. Malaysia diulang banyak kali.

Kali ni pegawai perempuan tu pula tanya.
“Di Chengdu pergi mana?”
“Tengok panda.” Derang senyum je. Sudahnya lupa dah nama tempat lain yang pergi. Pegawai seorang tu masih belek-belek pasport. Saya perasan dia berhenti di muka surat yang ada cop imigresen warna hitam.
“Awak boleh cakap mandarin?”
Little. Ni hao?”
“Datang seorang?”
“With my sister. Over there,” Kakak yang dah lepas tadi patah balik belakang dan tanya pada pegawai tu, “Any problem?”
No! Chengdu tinggal di mana?”  Bla bla airbnb bla bla.
Lepas tu baru pegawai lelaki tu cop pasport.
“Xie xie.” Fuh.
Kaunter security pula. Letak beg. Pastu derang “bla bla bla ” cakap mandarin sambil sebut-sebut Malaysia.
Adoi la siap kena berhenti lagi screen seluruh badan. Orang lain yang sebelum ni tak kena pun. Ikut sahajalah arahan. 

Alhamdulillah lepas. Cepat-cepat saya buka pasport muka surat yang ada cop hitam. Saudi Arabia!.’Woit derang ingat saya ni terrorist ke apa?  Punya la banyak dalam tu cop Jepun, Thailand, Vietnam. Dia boleh perasan Saudi Arabia sebab visa umrah yang melekat dalam tu satu kertas A4 yang dilipat. So memang jelas sangat terus buka di halaman yang tu.

Tak apalah, derang buat kerja untuk negara. Kita pun tak ada buat perkara yang salah. Chill. Ya begitulah pengakhiran pasport saya. Akan renew bila ada keperluan nanti.

Mengimbas semula tabiat orang sana. Agak kasar dan tak layan orang. Tapi ehh jangan buat kesimpulan begitu untuk semuanya. Ada satu teksi ni dia menunggu di tepi jalan. Kami memang nak cari teksi sebab tukar tempat penginapan. Tunjuk dekat dia nama jalan. Dia geleng kepala maksud tak pergi.  Jadi kami tunggu je la disitu dengan tenang dan sabar dalam cuaca yang mendung menanti teksi yang lain. Dalam 10 minit kemudian dia keluar dari teksi dan tanya,”Fei? (to fly) sebab kami bawa bagasi dia ingat nak pergi airport. Geleng kepala dan tunjuk dekat dia alamat. Dia cakap mandarin berserta isyarat tangan, “terus, kiri, daoda (sampai). Haha dekat beno, 1 blok je. Xie Xie ni.

Seorang pekerja kedai vegetarian ni pula tolong panggilkan teksi. Sebenarnya cuma nak tanya tunggu teksi arah mana tapi dia suruh ikut dia hingga ke jalan utama. Tak payah tunggu dekat taxi stand pun, lambai teksi ikut dan (ikut sempat/ikut suka) je. Teksi tu mulanya di lorong tengah macam laju je, dilambainya, terus teksi tadi belok ke arah kami. Ohh gitulah cara panggil teksi di sini agaknya.Hihi.
 “Welcome to Chengdu again," kata orang yang tolong kami tadi.
“Xie xie."

Cuma tak berapa tahan bila kat sini, derang biasa meludah. Di dalam kapal terbang lagi, mak cik ni batuk  teruk. Punya le nak tarik kahak tu, kuat suaranya pastu “Ptui”. Beberapa kali juga dia buat tarik kahak tu sepanjang perjalanan dari Malaysia lagi. Dari dalam kereta pun boleh je "ptui". Masa tengah berjalan pula, tetiba “ptui” dekat dengan kita. Tu yang tak tahan tu.

Menu durian dan mangga banyak di sini. Manggis kat tempat kita musimnya dah habis, kalau teringin makan la kat sini. Cantik pula, berkilat-kilat kulit. Adakah taruh lilin sama macam apple?? Ha entahlah hihi.
Longgokan durian tu.



Friday, December 7, 2018

Huanglongxi Ancient Town(Chengdu, China 12 Sept – 18 Sept)


Di Chengdu banyak kawasan-kawasan yang rupa ala-ala bandar sejarah. Tapi tak sempat nak membaca haha, bergambar ajelah. Yang penting, masuk pun free.

Oleh kerana tempat ni jauh dari bandar. Memang kena naik bas. Ini merupakan hari terakhir. Flight malam nanti. Kena check out pukul 12 tengah hari. Memikirkan kalau check out awal, jenuh pula nak bawa bagasi turun naik Metro time orang pergi kerja ni. Akhirnya buat keputusan keluar awal pagi dan balik semula sebelum pukul 12.

Chunxi Road ------> Xinanmen
                 (1 stesen)

Untung duduk di area Chunxi ni jimat sikit duit tambang dan masa sebab stesen-stesen yang nak pergi hanya satu atau dua stesen sahaja.  Kami nak pergi Stesen Bas Xinanmen.

Stesen Bas Xinanmen. Di sini ada service tempat simpan barang/bagasi. Yang papan tanda warna biru tu. 
Ada exit yang memang betul dekat dengan stesen bas ni, tapi kami keluar salah exit. Kena pusing satu blok. Stesen bas ni ada 2 tingkat. Beli tiket bas di tingkat atas. Mujurlah orangnya boleh berbahasa Inggeris. Jadual bas macam sejam satu. Kami ambil yang pukul 8.40 pagi. Kena beri pasport untuk dia catat maklumat. Tiket 16 RMB (RM9.60). Tunggu bas di tingkat bawah. Digital board yang boleh dibaca hanya bahagian waktu dan platform. Yang lain tulis Cina. Scan tiket sendiri dan cari bas. 

Nama tempat dalam character Cina (yang atas angka 16.00 tu). Tengok tulisannya sama dengan gambar di bawah.

Bandingkan tulisan Cina tu dengan tiket. Untuk nak confirmkan, tanya dengan driver yang sudah sedia menunggu. Betul. Dia suruh naik.

Ada 6 orang penumpang dalam tu. Siap kena pakai tali pinggang. Ada orang yang check. Bagus. Jaga keselamatan betul.

Sampai pukul 9.40 lebih kurang. Konon nak beli tiket balik siap-siap. Tanya di kaunter ada pukul berapa. Punyalah jenuh nak tanya sebab dia tak faham. Dia bagi satu kertas yang tulis skrip English.

1)Pukul berapa

2) Berapa orang.

Masalahnya saya cuma nak tanya bas yang ada pukul berapa. Dia bagi juga kertas skrip tu. Buang masa pula bersoal jawab dahlah nak mengejar masa ni. Pergi tengok tempat tu dulu, nanti baru fikir. Kalau di stesen bas tadi dalam sejam satu, maybe yang balik pun sama.

Keluar dari stesen tu ke kanan dan terus. Tak adalah apa-apa panduan papan tanda. Ikut gerak hati, jalan terus je dan tengok arah orang ramai. Dalam 700 meter, nampak pintu gerbang. Ah betul dah ni. Fuh lega.
 
Pintu gerbang
Seni bina tradisional

Yang ni tak tau ciri tradisional ke idak
Air pancut
Mangkuk besar tu memang gaya lama, kan
Katak dan kura-kura gergasi zaman dulu. Hehe hiasan je untuk naik seri kawasan ni. Terdapat tanda amaran yang diletak untuk tidak bergambar di batu-batu yang melintasi kawasan ini. Memang bahaya takut licin.
Ada bot di sini yang boleh dinaiki dan dikenakan bayaran.
Kincir air kayu
Cantik tempat ni ada kincir air, tali air, sungai. Kat sini pun banyak kedai-kedai jual makanan dan sourvenir tapi tak adalah nak membeli sangat. Bergambar je.

Patutnya tempat ni pergi awal-awal lagi, tapi keputusan pun baru buat sehari sebelum sebab tempat yang dirancang semua dah pergi. Ni saja nak isi waktu sebelum nak balik.

Masa berlalu dengan pantas dan dah pukul 10.30 pagi takut pula terlepas bas nanti terlewat check out.

Sampai situ lagi 5 minit pukul 11. Terus minta tiket pukul 11. “Eleven. Two tickets.” Ha senang je. Faham dia. Orang yang sama di kaunter tadi. Mujur bas jalan 11.05. Sama ada memang bas tu jalan lambat atau memang tunggu kami. Hihi. Walaupun terkejar-kejar, jadilah melawat sekejap sahaja.

Masa kami datang tadi (dengan Metro), keluar Exit D, sekali bila balik dekat dengan Exit C. Naik metro ni memang senang, cumanya bila keluar tu kena tahu Exit yang mana. Silap Exit, boleh pusing lagi jauh jadinya.


Bersambung seterusnya:
Debaran di kaunter imigresen

Wednesday, December 5, 2018

Tai Koo Li dan sekitarnya (Chengdu, China 12 Sept – 18 Sept).


Adanya airbnb sekarang ni dapatlah merasa pengalaman seperti orang tempatan. Ada satu rumah tu kawasan macam rumah PPR kita je tapi bila masuk dalam, "Wow!". Hiasan dalamannya stylo. Tiada tv, tapi pakai projector dengan layar yang besar macam tengok wayang. Satu rumah lagi hiasannya barang-barang daripada Ikea kebanyakannya. Hiasan pun memang menenangkan jiwa. Wayar aircond yang biasa kelihatan tu pun dia boleh taruh bunga-bunga hiasan yang terjuntai dan terus nampak cantik je dinding. Di ruang tamu ada buku dan dalam toilet pun ada buku. Sayangnya kebanyakan buku tulis Cina je. Tengok gambar je la.

Kedua-dua airbnb ni berhampiran dengan Tai Koo Li, jadi memang lalu sini setiap hari sebab nak pergi stesen Chunxi.

Di Sino-Ocean Tai Koo Li, terdapat 300 buah kedai fesyen, hiburan dan makanan yang berjenama. Window shopping tiap-tiap hari jadinya.


1st day sampai, jalan-jalan di sekitar waktu malam. Ramai juga orang.

Kedai Apple
Kedai Innisfree dua tingkat.


Antara kedainya seperti Tesla, Gucci, Hermes, Versace, Jimmy Choo, Cartier, Omega, Hugo Boss, Estee Lauder, Lancome, Muji, ZARA, Apple, Lulu Lemon, Sephora, Innisfree, Michael Kors, Levi’s. Converse, Adidas, Nike, Mango Six dan banyak lagi. Yang saya nyatakan tu sebab itu yang saya kenal. Banyak lagi yang tak pernah didengar. Siang malam pun ramai je yang orang jalan-jalan di sini.

Jalan-jalan waktu siang pula. Kat dalam kawasan ni ada tokong. 

Kedai Cartier
Di kawasan sini juga ada hiasan reka bentuk seni. Saya nak tangkap gambar satu model bapak dan anak yang diperbuat daripada besi tapi ditergur oleh guard di sini. 'Can't take picture'. Eh, tak tulis pun kat situ. Hmm. berkenaan hak cipta agaknya. Ada , 3 atau 4 karya seni di sini yang diletak berasingan.
Agaknya patutlah mercu?  yang ada nama Tai Koo Li ni pun macam special je bentuknya. Art agaknya.
Setiap kedai mempunyai reka bentuk sendiri.
Mall berdekatan ialah Chengdu International Finance Square (IFS). Iabersambung dengan Metro. Ada exit tertentu boleh tembus ke IFS ni.


Bas gambar panda ni terletak di luar IFS.  Boleh beli tiket nak pergi Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding di sini.

Cer tengok kat atas bangunan tu, nampak Giant Panda tengah nak memanjat. 

'Gigih' Panda ni memanjat
Baru lepas hujan. Kawasan ni memang happening la untuk nak window shopping.

Special, kan?. Punya besar pasar raya ni,tarikannya dekat patung Panda yang memanjat tu. 
Basikal-basikal untuk disewa.

Walaupun tempat ni macam barang mewah dan moden je kan tapi sebenarnya ada tempat-tempat yang tradisional di celah-celah bangunan. Berjalan ikut langkah kaki, tiba-tiba je jumpa spot menarik.


Tak tau siapa punya basikal. Pinjam buat prop.


Dinding bangunan ni nampak cantik. Di Chunxi Road.
.
Bersambung seterusnya:
Huangloxi Ancient Town



Tuesday, December 4, 2018

Masjid Huang Cheng (Chengdu, China 12 Sept – 18 Sept)

Mencari makan halal yang senang sudah semestinya di area Masjid.

Chunxi Road ----à Tianfu Square
                    (1 stesen)

Tianfu Square

Exit ke arah Tianfu Square dulu. Anda berdiri berdepan dengan tugu Mao Zedong. Masjid berdiri di kiri anda. Sebelah bangunan yang besar tu. (Hall ke apa? Entah tak ingat)


Set burger
Set burger ikan dan udang
Menu yang ada
Dumpling soup
Beef noodle dan sebelah kanan tu macam nugget dia punya rasa

Kami mencuba kedai makan yang lain. Bila dah masuk kedai baru tau kedai makanan segera (fast food). Burger daging, ayam, ikan, air gas, fun fries. Haish takkan dah datang dari Malaysia nak makan fast food je, mestilah nak cari makanan yang bercirikan tempatan. Belek-belek menu, jumpa juga beef noodle dan dumpling soup.

Tak ramai pelanggannya masa tu, 3 meja je yang penuh. Tetiba ada pak cik ni dan isterinya masuk. Excited tengok sana-sini. Ada gambar masjid di dinding dan dia tanya pekedai tu ni gambar dekat mana. Pekedai tu tak tahu dan macam malas je nak layan pak cik tu.

Kalau tak silap gambar Masjid Baiturrahman di Acheh tapi tak naklah masuk campur, karang banyak cakapnya lagi tak faham pula.

Lepas tu pak cik tu datang meja kami sambil tunjuk mangkuk saya dan cakap-cakap. "Bla ... bla ... bla."
Hmm … “wo bu mingbai”. Dia masih bercakap.
Orang belakang saya sebut menu.
Oooh dia nak tanya saya makan apa. Mungkin nampak menarik dan nak order juga.

Waktu zohor sudah hampir. Alang-alang  masjid di seberang sahaja,  singgah solat di sini sebelum meneruskan  perjalanan. Ada lagi 10 minit sebelum masuk waktu. Duduk dulu di kerusi luar. Nak tengok macam mana orang sini azan.

Pintu masuk

"Tiada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah"
Di ruang legar masjid

Waktu-waktu solat


Dalam duk lepak tu, jumpa lagi pak cik mak cik yang sebelum ini di kedai. Riak muka macam, “Eh kita jumpa tadi!”
“Assalammualaikum,” kata pak cik dengan pelat Cina.
“Waalaikumsalam.”
Dah lupa soalan yang dia tanya hihi tapi saya jawab Malaysia..
“Ha?”
Opps terlupa pulak, derang faham bunyi cina, “Malaxiya.”
Dia macam heran, Malaxiya? Malaxiya? Ada orang lain lalu dan pakcik beritahu, kami orang Malaxia. Malaxia?. Orang tu balas balik, ” Malaysia pun tak tahu ke?” Hahaha, sebenarnya saya pun tak tahu biji butirnya tapi berdasarkan riak muka dan cara cakap tu. Gitulah.
 Pak Cik dan mak cik tu datang dari Guangdong kalau tak silap.

Tak abis lagi pakcik nak bercakap. Akhirnya saya tunjuk buku ‘15 minute Chinese’ yang ada memuatkan tulisan Cina dan suruh dia tunjuk perkataan yang mana dia nak cakap. Dia tunjuk ayat ‘Nice to meet you.’

Saya tanya dia boleh cakap Inggeris tak? Dia jawab tak. Tapi bukan cakap mandarin dia cakap bahasa pasar tapi macam pernah dengar. Mungkin hokkien.
“Wo bu mingbai putonghoa (Standard mandarin)”, automatik keluar ayat tu. Dia faham je. Betul la tu agaknya. 

Ingatkan dia pun nak tunggu waktu solat. Lepas dia bersembang dengan kami  dan tengok sekitar masjid,  dia balik. Hmm heran pulak. Dia saja nak singgah nak tengok masjid agaknya. “Assalammualaikum,” katanya lagi.


Bilal bersedia untuk melaungkan azan. Tanpa mikrofon suaranya didengari di ruang legar masjid.

Di tengah kawasan masjid, seorang pemuda berjubah berdiri. Sesekali dia tengok jam. “Allahuakbar ! Allahuakbar! Suara pelat cina memenuhi ruang mengajak menuju kejayaan.  Walaupun tak nampak orang lalu-lalang masuk masjid tapi nampak ramai jugalah . Entah daripada mana mereka sebelum ini sebab tak nampak pun mereka datang dari pintu utama. Mungkin dah datang awal agaknya.  Bilik solat wanita bertirai dan ada diletak telekung.

Ruang solat lelaki

Sesungguhnya kesemua orang Islam bersaudara walaupun berbeza warna kulit dan budaya. Kita tetap beriman kepada Allah yang Esa.


Bersambung seterusnya:
Tai Koo Li