Chunxi Road ----à
Tianfu Square
(1 stesen)
Tianfu Square |
Set burger |
Set burger ikan dan udang |
Menu yang ada |
Dumpling soup |
Beef noodle dan sebelah kanan tu macam nugget dia punya rasa |
Kami mencuba kedai makan yang lain. Bila dah masuk kedai baru tau kedai makanan segera (fast food). Burger daging, ayam, ikan, air gas, fun fries. Haish takkan dah datang dari Malaysia nak makan fast food je, mestilah nak cari makanan yang bercirikan tempatan. Belek-belek menu, jumpa juga beef noodle dan dumpling soup.
Tak ramai pelanggannya masa tu, 3 meja je yang penuh.
Tetiba ada pak cik ni dan isterinya masuk. Excited tengok sana-sini. Ada
gambar masjid di dinding dan dia tanya pekedai tu ni gambar dekat mana. Pekedai
tu tak tahu dan macam malas je nak layan pak cik tu.
Kalau tak silap gambar Masjid Baiturrahman di Acheh tapi
tak naklah masuk campur, karang banyak cakapnya lagi tak faham pula.
Lepas tu pak cik tu datang meja kami sambil tunjuk mangkuk
saya dan cakap-cakap. "Bla ... bla ... bla."
Hmm … “wo bu mingbai”. Dia masih bercakap.
Orang belakang saya sebut menu.
Oooh dia nak tanya saya makan apa. Mungkin nampak menarik
dan nak order juga.
Waktu zohor sudah hampir. Alang-alang masjid di seberang sahaja, singgah solat di sini sebelum meneruskan perjalanan. Ada lagi 10 minit sebelum masuk waktu. Duduk dulu di kerusi luar. Nak tengok macam mana orang sini azan.
Waktu zohor sudah hampir. Alang-alang masjid di seberang sahaja, singgah solat di sini sebelum meneruskan perjalanan. Ada lagi 10 minit sebelum masuk waktu. Duduk dulu di kerusi luar. Nak tengok macam mana orang sini azan.
Pintu masuk |
"Tiada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah" |
Di ruang legar masjid |
Waktu-waktu solat |
Dalam duk lepak tu, jumpa lagi pak cik mak cik yang sebelum ini di kedai. Riak muka macam, “Eh kita jumpa tadi!”
“Assalammualaikum,” kata pak cik dengan pelat Cina.
“Waalaikumsalam.”
Dah lupa soalan yang dia tanya hihi tapi saya jawab
Malaysia..
“Ha?”
Opps terlupa pulak, derang faham bunyi cina, “Malaxiya.”
Dia macam heran, Malaxiya? Malaxiya? Ada orang lain lalu
dan pakcik beritahu, kami orang Malaxia. Malaxia?. Orang tu balas balik, ”
Malaysia pun tak tahu ke?” Hahaha, sebenarnya saya pun tak tahu biji butirnya
tapi berdasarkan riak muka dan cara cakap tu. Gitulah.
Pak Cik dan mak cik
tu datang dari Guangdong kalau tak silap.
Tak abis lagi pakcik nak bercakap. Akhirnya saya tunjuk
buku ‘15 minute Chinese’ yang ada memuatkan tulisan Cina dan suruh dia tunjuk
perkataan yang mana dia nak cakap. Dia tunjuk ayat ‘Nice to meet you.’
Saya tanya dia boleh cakap Inggeris tak? Dia jawab tak.
Tapi bukan cakap mandarin dia cakap bahasa pasar tapi macam pernah dengar.
Mungkin hokkien.
“Wo bu mingbai putonghoa (Standard mandarin)”, automatik
keluar ayat tu. Dia faham je. Betul la tu agaknya.
Ingatkan dia pun nak tunggu waktu solat. Lepas dia
bersembang dengan kami dan tengok
sekitar masjid, dia balik. Hmm heran
pulak. Dia saja nak singgah nak tengok masjid agaknya. “Assalammualaikum,”
katanya lagi.
Bilal bersedia untuk melaungkan azan. Tanpa mikrofon suaranya didengari di ruang legar masjid. |
Di tengah kawasan masjid, seorang pemuda berjubah berdiri. Sesekali dia tengok jam. “Allahuakbar ! Allahuakbar! Suara pelat cina memenuhi ruang mengajak menuju kejayaan. Walaupun tak nampak orang lalu-lalang masuk masjid tapi nampak ramai jugalah . Entah daripada mana mereka sebelum ini sebab tak nampak pun mereka datang dari pintu utama. Mungkin dah datang awal agaknya. Bilik solat wanita bertirai dan ada diletak telekung.
Ruang solat lelaki |
Sesungguhnya kesemua orang Islam bersaudara walaupun
berbeza warna kulit dan budaya. Kita tetap beriman kepada Allah yang Esa.
No comments:
Post a Comment