Bila tambang
ETS terasa mahal, marilah kita beralih pada komuter pula. Saya belum pernah naik lagi walaupun dah mula
beroperasi pada hujung 2016. Stesen
Kuala Kangsar hanya ada ETS sahaja jadi kalau nak naik komuter kena naik di
Padang Rengas. Tak adalah jauh sangat stesennya, sebelum pekan Padang Rengas
sahaja.
Jadual
perjalanan komuter (masa saya naik 11 November 2018)
Waktu Pagi Tengah hari Petang Malam
5.24 12.54 3.54 7.54
6.54 1.54 5.24 9.54
8.54
11.00
Macam
komuter di KL juga, beli tiket dan free seating. Destinasi saya Alor Star. Kalau ETS tambangnya RM44 tapi naik komuter
ni RM13 sahaja. Beza sungguhkan harganya. Beli tiket masa tu juga. Naik jam
1.54.
Boleh rehat kejap tengok pemandangan menghijau ni sementara kereta api belum sampai lagi. |
Stesen
Padang Rengas tiada lif, kena naik tangga. Banyak pula anak tangganya tu. Kalau
jalan di Japan dan Korea memang banyak juga tangga nak naik jadi ia bukanlah
masalah yang besar tapi kesian tengok warga emaslah siksa nak naik tangga.
Komuter dah sampai. Pilih je gerabak mana nak naik. |
Bila naik di
stesen pertama ni bestnya boleh pilih
mana-mana tempat duduk yang disukai sebab tak ramai pun orang naik. Sampai di
Taiping dan mula kerusi-kerusi dipenuhi. Laluannya:
Padang Rengas
1.54pm
Taiping
Kamunting
Bagan Serai
Parit Buntar
2.39pm
Nibong Tebal
2.43pm
Simpang
Ampat 2.51pm
Bukit
Mertajam 3.00 pm
Untuk ke
Alor Star (yang menghala ke Padang Besar) kita kena tukar tren dan tukar platform
2. Ada pengumuman dibuat. Kena tunggu di tingkat atas dulu. Platform 2 belum boleh
masuk. Lebih kurang setengah jam iaitu 3.30 baru komuter sampai.
Wah ramainya
orang, dengan budak-budak nak balik asrama lagi (gamaknya). Sebab nampak
budak-budak remaja berkumpulan dengan beg. Lagipun hari tu Ahad. Memang tak
dapat tempat duduk langsung. Ada ibu
dengan 2 orang anaknya dalam lingkungan 4-5 tahun pun tak dapat duduk. Tak kanlah kita nak berebut tempat pula, tak
patut rasanya. Jadinya dari Bukit
Mertajam sampai Alor Star saya berdiri. Ha tulah beza dengan ETS bayar mahal,
ada tempat duduk dan tak payah tukar tren. Haha.
Tren baru ni
pinjam dari KLjadi jangan terkejut bila masuk tren dan tengok peta laluannya
ditulis Seremban, Pantai Dalam, Senawang, Sg Gadut. Siap ada koc wanita lagi
tapi untuk komuter arah utara, lelaki pun boleh masuk.
Sambung
laluan:
Bukit
Mertajam 3.37 pm
Tasuk
Gelugor 3.38 pm
Sungai
Petani 3.59 pm
Gurun 4.12
pm
Kobah 4.22pm
Alor Star
4.33 pm
Alhamdulillah
selamat sampai.
No comments:
Post a Comment