Hotel Darulaman merupakan hotel milik Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah |
Sebelum ini nama hotelnya, Hotel Koperasi. Bagi yang berkursus dengan Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Utara, biasanya penempatan untuk peserta adalah di sini. Namun begitu bukan semua peserta yang dapat, hanya peserta yang tinggal melebihi 40 km dari tempat kediaman ke tempat kursus sahaja.
Sebelum ini
saya pergi hotel dengan teksi (dari stesen keretapi) tambangnya RM12. Tapi masa
kursus yang lepas saya macam dah nampak tak jauh sangat kalau jalan.
Keluar sahaja dari stesen keretapi, jalan terus je. Ikut arah orang ramai. Malas nak tanya orang, sahaja tengok persekitaran dahulu. “Yes!” Saya dah nampak mercu tanda bangunan warna-warni yang memang saya tahu agak dekat juga dengan hotel ni.
Saya ikut orang yang jalan ke arah bangunan MARA (yang nampak dalam gambar) |
Toleh belakang sat. Nanti senang nak ingat bila nak balik ke stesen keretapi semula |
Mesti ada
yang tengah baca ni cakap, “Hek eleh ikut ajelah Google Map/Waze. Ketinggalan
sungguh.” Ha ada tak tu? Saya memang tak
suka guna sangat jadinya tak pandai nak kendali. Hanya akan pakai bila
terdesak. Cara lama je. Ikut pandangan, pengetahuan dan gerak hati. Saya ikut
sahaja panduan bangunan tu. Melalui bangunan MARA di sebelah kiri, jalan terus dan masih
ikut bangunan warna-warni tu sebagai panduan.
Ada dua, tiga warung di tepi jalan. Singgah beli dinner dulu. Di hotel,
hanya disediakan sarapan.
Ada nampak Bank Rakyat. Ha saya jadikan bangunan yang warna bendera Kedah kat belakang tu sebagai panduan. |
Boleh jalan terus. Walaupun ada zebra line tu, kereta banyak dan laju je. Seram pulak. Jadi saya terus ke kiri. |
Teruskan perjalanan
lagi melalui kedai-kedai dan kena seberang jalan. Lebih kurang 20 minit
perjalanannya sebab saya jalan santai-santai sahaja. Tambahan kena menunggu nak
seberang jalan je yang lamanya sebab lampu isyarat tak berfungsi atau memang dah tak pakai tak tahulah (empat hari di sana macam tak pakai je). Laluan di situ one way dan bagi
pemandu kereta memang mudahlah tak payah berhenti sebab lampu isyaratnya tak berfungsi. Kita yang pejalan
kakilah susah sebab kereta banyak dan laju. Untuk lebih selamat, saya jalan ke arah Pekan
Rabu dan naik jejantas untuk seberang. Cuma jalan jauh sikitlah. Jimat RM12
duit teksi. Tapi kalau malam, saya naik teksilah kut sebab nampak sunyi je kalau jalan situ.
Dari gambar yang sebelum ini tadi akan nampaklah bangunan Pekan Rabu yang telah dibaik pulih ni. |
Kita naik jejantas. Maktab Koperasi terletak di sebelah kiri dan hanya dipisahkan oleh jejantas sahaja. |
Bagi yang 1st time datang, cari je arah Pekan
Rabu. Lintas jejantas dah nampak kawasan bangunan Maktab Koperasi tempat yang akan
kita kursus dan hotel terletak di hujung bangunan ini. Check in hotel pukul 2
petang.
Alang-alang
dah jalan ke negeri orang, mari kita lihat apa yang menarik untuk dibuat di
sini selepas habis kelas. Biasanya kelas habis 4.30 petang. Jom jalan-jalan cari makan.
Pekan Rabu
Memang
betul-betul depan MKM. Cuma kena seberang sahaja.
Kebanyakan kedai jual barang yang sama je sampai susah nak buat pilihan. Sudahnya saya beli jajan di luar Pekan Rabu ni. Haha. |
Nak cari baju, telekung, makanan tradisi, belacan ke barang makanan dari Siam/Padang Besar ke bolehlah. |
Food Court pun ada untuk peserta kursus yang duduk di hotel kerana tiada disediakan dinner. |
Mi Derga
Ambil
kesempatan ziarah bapa saudara. Langkah lebih panjanglah. Pekena mi goreng di
sini. Sedap.
Teringat mi yang ada di Kuala Kangsar. Malangnya orang tu dah meninggal, kedai tak buka dah. Akhirnya dapat kembali rasa itu di sini. |
Kuetiau Iman
Ni pun
terbaiklah rasanya, dengan telur mata kerbau dan cili kicap. Rasa macam makan
char kueytiau (berkuah) padahal dia kering je. Ramai orang yang datang.
Kuetiau telur atas. |
Popia Jamal
Yang ni tak
sempat ambil gambar, bapa saudara bekalkan untuk bawak balik rumah. Terus ngap
je. Rasanya macam ada masuk dalam tv sebelum ni.
Ketiga-ketiga
kedai ni kenalah ada kenderaan kalau nak pergi. Kalau yang betul-betul dekat MKM dan hanya
jalan kaki ada Nasi Lemak Royale, Mi Daun Pisang dan ada lagi kedai-kedai di
kawasan sekitar.
Setakat ni
setiap tahun ada la sekali pergi kursus di Kedah ni. Menanti kursus seterusnya untuk 2019.
Baca di sini juga:
No comments:
Post a Comment