Wednesday, January 16, 2019

Koleksi eBook Perpustakaan Negara Malaysia

Masa belajar dulu rajin juga datang ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk pinjam buku. Masa tu bas Intrakota namanya.. uish lama tu.  Turun di Kampung Baru / Jalan Raja Muda Abd Aziz dan melintas tapak binaan (kini dah ada bangunan kat situ, lupa nama) untuk naik jejantas ke PNM.

Dah bertahun jugalah tak pergi. Kini, anda boleh pinjam buku dengan lebih mudah dengan hanya buka portal PNM atau download apps PNM eReader melalui playstore. Sebenarnya saya dah lama daftar, sama ada setahun atau dua tahun lepas tapi buku yang pinjam mungkin dua je. Sebabnya, buku yang menarik tak ada.  Bila ada yang menarik, orang lain pinjam dan kena tunggu. Akhirnya jadi malas dan terus tak ingat nak buka lagi.

Tahun baru ni dapat emel dari PNM yang memaklumkan lebih banyak kategori buku untuk dipilih. Barulah teringat nak buka semula. Mari kita tengok.

Saya dah daftar sebelum ini jadi LOGIN sahaja tapi sebab dah lama, lupa password. Minta tukar password.
Bagi pengguna baru boleh pilih REGISTER

Buku ni dah ada orang pinjam. Jadi saya kena tunggu.

Pilih RESERVE. Nanti dia akan e-mel dan beritahu bila buku ni sudah sedia untuk dipinjam.

Saya pergi ke muka depan untuk cari buku yang lain, 4 buku yang dipilih pun dah ada orang pinjam. Pilih ikut kategori, ada buku yang belum boleh dipinjam dan kena tunggu 22 Jan. Ada kategori yang hanya 3 atau 4 buku je.  Tak ada yang menarik. Tension pulak jadinya.  Akhirnya pinjam sahaja buku apa-apa.

Ok Hilal Asyraf dikenali. Saya pinjam buku ni.



Kita akan diberi pilihan nak baca bagaimana. Saya pilih untuk baca di awan. Cloud haha.


Buku telah berjaya dipinjam untuk 7 hari. 

BTS ni popular kan? Reserve lah buku ni.

Jom kita membaca. Walaupun PNM jauh di mata tapi dekat di hati.

2 comments:

afza said...

Ebook Kena queue utk baca? Macam tak betul je system ebook PNM. The reason org moved to electronic book adalah utk elak masalah limitation of physicality of the book and mobility. Bila dah ebook, boleh ada multiple copy at one time.
Unless system ni utk book reservation of the physical book.

zarina said...

Tu la tak berapa faham juga tu. You are on queue number 3/5 katanya. Ada buku yang 10 unit pun kadang kena reserve juga.