Hujung 2015
dah tahu kewujudannya bila main tekan-tekan apa yang ada di telefon. “Eh apa
pula gambar logo kincir angin ni?”. Tapi masa tu tak tahu sangat pasal Google
Photos ni.
Tahun 2018
lah baru saya explore pasal Google Photos ni setelah 6 sebab ni:
1)Storage telefon kecil
Telefon yang
ada sekarang ni storage 16gb je. Dah lah nak taruh apps macam-macam, simpan
gambar, video dan dokumen lagi. Dari masalah kita cari penyelesaiannya.
2)Back up
Bila main
tekan-tekan Photos ni dan belek-belek, “Eh ni gambar dari telefon lama yang dah
rosak dan tak boleh buka tu dah.” Tak
kisahlah telefon lama tak pakai dah ke, ada dua nombor ke, janji akaun gmail
anda sama, gambar-gambarnya semua akan tersimpan di situ. Gambar atau video yang kita tangkap sync dengan
akaun Google kita tu.Cuba bayangkan kalau orang curi telefon anda dan dia
selfie. Ha anda dapat tengok muka pencuri tu.
3)Boleh buka di laptop
Kita boleh
buka di laptop selagi masih guna akaun gmail tu. Log in untuk tengok.
4)Penyimpanan
gambar secara teratur
Anak saudara
suka main phone. Dia ingat ada games dalam tu. Takdenya. Untuk tidak
mengecewakan mereka, tunjuk gambar/video derang masa kecil, gambar kucing,
gambar atuk dan opah dll. Tengok beberapa kali pun derang enjoy je. Photos ni
simpan gambar ikut bulan dan album juga. Kita boleh simpan ikut tema dengan
menamakan fail tersebut.
5)Rujukan
semula gambar yang dirasa tidak penting.
Ada sekali
tu waktu malam elektrik tak ada tapi bila tengok jiran sebelah ada pula. Sudah
pastilah kita punya rumah yang bermasalah. Buat aduan di TNB dan TNB perlukan
nombor tiang. Masalahnya,tiang dekat rumah jiran hadapan dan perlu menempuhi
jalan yang semak-samun. Memang ada tulis tapi tulah orang lain yang simpan. Tak
ingat letak mana. ‘Rasa-rasa macam ada tangkap gambar tiang sebelum ni.’ Belek
punya belek dalam gallery telefon, tak ada. Cari dalam Photos, ada rupanya. Dalam gallery telefon dah
delete. Ye lah gambar tiang je, rasa macam tak penting nak memenuhkan dalam
telefon, tu yang padam.
Situasi
kedua, bapa masuk wad. Doktor perlukan maklumat perubatan dia, berapa kali buat
rawatan radioterapi, nama ubat yang diambil sebelum ni. Kadang saya ni ambil
gambar random sahaja sebab nak hantar dekat whatsapp group family.
Belek punya belek dalam Photos rupanya memang ada pun saya tangkap gambar jadual
rawatan dan nama ubat, akhirnya dapat tunjuk dekat doktor jawapan yang lebih
tepat. Sebenarnya jarang sekali saya tangkap gambar nama ubat, tetapi masa tu
senarai ubatnya banyak sangat, saja-saja tangkap. Dan rupanya ia menjadi satu
gambar yang penting untuk keadaan masa tu.
Mari kita
tengok Google Photos ni.
Yang dibulatkan itu. |
Telefon ni autosync jadi apa yang dari Camera memang ada terus dalam Photos ni. Gambar-gambar buruk (tidak bersedia) walaupun kita dah delete di phone tiba-tiba tengok ada kat dalam Photos ni hihi.
Bila buka Photos, paparan ditunjukkan secara bulan. |
Kita juga
boleh upload apa yang ada dalam phone kita ni seperti image dan video dari
Whatsapps. Pilih tiga garis bertindih ni dan pilih device folder, nanti pilih
untuk back up dan sync atau upload. Cuba-cuba je tekan mana yang nampak tu.
Kita boleh
simpan gambar-gambar ni ikut folder album. Jadi semua gambar yang berkaitan ada
dalam tu. Biasanya dia automatik je dan boleh je pilih gambar-gambar untuk
upload dalam satu fail tu.
Dia simpan automatik mengikut turutan gambar yang sama dan kita namakan album kita itu. |
Ada fungsi assistant yang membolehkan kita edit dalam tu tanpa guna aplikasi yang lain.
Boleh buat
movie, collage atau animasi. Ikut je arahan.
Saya guna fungsi black and white yang terdapat dalam ni. |
Aha boleh buat video anak kucing yang comel sangat ni. Namanya Kentang. Akan diceritakan kisah Kentang ni di waktu yang lain. |
Video dia dah siap pilih lagu tapi kalau kita rasa tak best, boleh je pilih music lain. |
Boleh kongsi
gambar dengan orang lain melalui copy link. Jadi kalau kita pergi trip
ramai-ramai dan nak kongsi gambar dengan orang yang sama pergi trip tu
bolehlah. Dulu-dulu kita pakai Dropbox untuk share fail-fail yang besar ni.
Kadang kala
kita akan terima notification daripada Google yang beritahu gambar ni setahun yang lalu.
Mengimbas kenangan. Dan ada juga notification yang mencadangkan kita buat Style pada mana-mana gambar.
Memandangkan
ini produk google, kita boleh buka di PC asalkan ada akaun gmail untuk log
masuk. Macam saya buka di PC ni boleh download gambar yang rasa nak letak di
dalam blog. Kalau dulu pakai kamera, perlu sambung kabel usb ke PC untuk pindah
gambar, sekarang ni dari phone terus ke PC.
Log in gmail dan pilih 9 kota kecik yang di atas kanan tu. Cari di situ
gambar kincir angin berwarna-warni.
Paparan di PC. Sama cara seperti post Google Keep sebelum ini. |
Mungkin ada
yang tak pernah buka pun apa yang ada di phone tu dalam folder Google. Biasanya
ada Google, Gmail, Maps, You Tube, Drive, Play Music, Play Movies & TV,
Hangouts, Photos, Calendar dan Play Store. Cer tengok sekarang.
Masa beli telefon biasanya semua ini dah ada dalam satu folder. Kalau kita uninstall salah satu ni, biasanya bingung telefon kita tu nanti. Ada istilah dalam English, lupa pula sekarang ni. |
No comments:
Post a Comment