Seperti yang
kita tahu, Chef Wan terkenal dengan kelantangannya. Tak kiralah orang komen dia
pun. Ada dia kisah? Ha gitulah.
Masih teringat
lagi rancangan Kuali yang diacarakannya bersama Laila Johari. Masa tu saluran
TV tak banyak, memang rancangan ini sahajalah rancangan masakan yang menarik ditonton.
Di dalam buku ini kita dapat lihat sisi lain Chef Wan.
Tajuk: Ada Aku
Kesah?
Penulis: Chef
Wan
Penerbit: Buku
Pojok PLT, Kelana Jaya, PJ.
ISBN:
978-967-2018-13-1
Harga: RM25.00
(Kedai Buku Popular) Cetakan pertama
2018
M/S: 166 halaman
Sinopsis:
Ada aku kesah? Kalau ada yang terasa. Ada
aku kesah? Kalau ada yang melenting. Ada aku kesah? Kalau ada yang membenci.
Ada manusia memang sukar menerima teguran.
Sentiasa menganggap diri betul. Malah ada yang sanggup menindas manusia lain
kerana merasakan diri mereka berkuasa dan mempunyai segalanya.
That’s why muncul orang seperti saya yang
akan membawa golongan ini kembali berpijak di bumi nyata dengan kritikan pedas
dan telus. Jangan risau, semua tidak akan terlepas daripada bebelan saya.
Komen:
Colourful buku ni. Menarik. Tengok sahaja
muka depannya dengan warna merah terang. Dalamnya bermacam-macam warna lagi
ditambah dengan gambar-gambar Chef Wan yang pelbagai aksi.
Di bahagian awal banyak cerita tentang
kehidupan keluarganya yang susah dan pernah tidak cukup makan tapi Chef Wan
memang rajin bekerja. Macam-macam dibuatnya. Masa dia masih seorang akauntan di
sebuah bank dia juga buat bisnes Amway, Avon, Tupperware, Niko sampailah
menjual kain batik Indonesia dan baju kurung.
Hujung minggu buat party
Tupperware. Kerana gigih dan rajin bekerja selalunya dia mendapat pendapatan RM25
ribu sebulan. Kadang lebih daripada itu pun ada. Gaji kerja bank memang tak
usik langsung. Fuyoo, saya ni minat juga Tupperware. Tapi pakai sendiri.
Bukannya bertambah duit, makin kurang duit lagi adalah sebab membeli. Adoii.
Kerajinannya memang kena diikut. Memang layaklah kalau selama ni dia
membebel macam –macam perkara yang tidak memuaskan hati. Namun begitu walaupun mulutnya becok, bila
dia menceritakan kisah ibunya nampak kasih sayangnya. Kebanyakan cerita pasti
terselit kisah ibunya sehinggakan bila
kita baca tu, tertanya-tanya jugalah kenapa
dia tak cerita pasal bapanya. Jeng jeng jeng kenapa?. Sila baca sendiri.
No comments:
Post a Comment