Sunday, September 29, 2013

Agrofest, Sungai Siput, Perak (28 Sept - 1 Okt 2013)



Diadakan bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perak. Taupun sebab nampak banner kat Kuale. Cuba la letak kat kawasan pejabat pos menghala arah sungai siput, barulah ramai yang tahu. Ni letak kat arah highway p Ipoh ngan Taiping. Kalau tak lalu kat situ semalam, memang tak tau la ada event ni.Sampai sana pukul 9 pagi pun dah berbaris kereta, kena park jauh.

Bertempat di Info Ternak Sungai Siput. Ikut jalan lama menghala ke Ipoh. Lepas pekan Sungai Siput tu  nanti nampak lah kawasan pameran di sebelah kiri. Dai 9 pagi sampai 10 malam.

Bagi yang suka orkid


3 bekas boleh tahan 2 tahun katanya. RM10

Tapi banyaknya yang ada awning

Kalau ada pameran-pameran ni paling suka bila ada promosi yang siap satu beg RM10, RM15, RM20. Yang seronok tu adalah barang-barang free yang dia kasi. Tapi sebenornya sebagai pengguna yang bijak, kena kira betul. Misalnya ada beli kerepek tu, satu RM2.70. Siap dia promosi beli empat RM10 dapat beg sekali. Kita pun ingat, alah RM10 je, best tu, memang makan makanan ringan ni. Lepas dah bayar baru kira. Lor jimat 80 sen je. Ingat banyak benor untungnya kekeke. Dahlah tu beg kertas je.

Pelbagai gerai. Ni baru bahagian makanan je. Tak sempat pergi bahagian ternakan lagi. Tak larat dah.


Semangat berkobar nak menyemai benih. Kononnya. Last-last pass kat mak saja.


Minyak burung unta, siapa nak cuba.

Replika Majid Ubudiah

Dodol

Promosi dan Demonstrasi 30 sept 11 pagi Nasi Goreng Seafood Nenas dan Jus Nenas, 2 petang Serunding Daging, 5 petang Rendang Ayam Organik Mardi. 1 Okt 11 pagi Kuih Karas, 2 petang Sandwic Pekasam, 5 petang Pekasam & Pulut

Thursday, September 26, 2013

Doa di dalam kesulitan



Ini merupakan doa Nabi Yunus di dalam perut ikan. Semasa mak saya pergi ke Mekah, Ustaz Daud Che Ngah telah menulis doa ini dan dibaca ketika berada di dalam kesulitan.


لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang  yang zalim.” (Al- Anbiya : 87)

Ketika kita berada di dalam kesulitan / kesukaran pasti hati kita akan merasa gundah gulana. Apabila kita membacanya ia akan memberi ketenangan pada hati. 

 Saya masih teringat lagi ketika kereta rosak di tengah-tengah jalan dalam waktu puncak iaitu ketika orang balik kerja. LDP memang biasanya sesak ketiga-tiga lorong. Kalau dah tersangkut memang tak boleh ke mana-manalah. Memang dah dekat sampai rumah lah juga. Kereta tiba-tiba mati tanpa ada amaran dan betul-betul di lorong tengah.  Buka depan kot-kot la boleh nampak ada kepelikan kat enjin.  Cuba start lagi tak boleh. Terus telefon minta bantuan dari KAPMA. Tapi derang pun tak boleh sampai awal sebab jalan situ sesak dan memang akan sampai lewat. Nak buat camne kan, terpaksa la redha gak menunggu. Masa tu jugak la hujan renyai mulai turun dan memang takdelah orang tolong. Bateri telefon pula dah low masa tu. Susah gak la kalau orang tu nak call semula. Sementara menunggu tu mulalah baca doa ni tanpa henti. Cuba lagi start enjin, Alhamdulillah tiba-tiba boleh start.  Telefon orang KAPMA tu balik, tak payah datang kereta dah boleh start. Terus pergi woksyop yang lebih kurang 2km lagi di depan. Jenuh juga mekanik tu mencari sebab-musabab yang menyebabkan mati tiba-tiba. Tak ingat dah apa nama yang bocor tapi adalah dia betul-betulkan . Servis memang sentiasa mengikut jadual jadi memang tak sangka akan mati tiba-tiba camtu. 

Pengajaran selepas tu:

 1.Sentiasa memandu di lorong kiri sebab takut tiba-tiba mati lagi tengah jalan senanglah nak berhenti di tepi, tapi adalah dalam 2 minggu je, mana boleh tahan asyik duduk kiri je hehe.

2.Sentiasa bawa bateri telefon spare
 
3. Sentiasa simpan nombor telefon highway yang biasa lalu.

Doa ini sentiasa terpahat di dalam hati bukan sahaja ketika dalam kesulitan.

Wednesday, September 18, 2013

Muzium Arkeologi Lenggong

 
Gambar tahun lepas ni. Kawan datang dari KL dan Ipoh derang membuat kembara tempat bersejarah arah utara. Bermula di Kuala Kangsar, derang nak melawat ke Lenggong tengok Perak Man. 

 


Lembah Lenggong tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Ini merupakan kali kedua saya datang ke sini selepas bertahun-tahun jugalah, nampaknya ruang pameran lebih teratur. Dah namanya muzium arkeologi jadi sudah semestinya banyak menceritakan tentang kaji purba, kesan-kesan tinggalan lama berkaitan gua-gua, penggalian, sejarah Paleolitik, Mesolitik & Neolitik

Masalah vandalisme yang menyukarkan ahli antropologi untuk mengkaji tinggalan purba.

74,000 tahun dahulu, migrasi manusia Homo sapiens. Setelah membuat perjalanan keluar ke Yemen, mereka merantau sedunia. Ada yang mengembara ke arah timur. Melalui bukti yang ditemui oleh ahli antropologi abu letupan Gunung Berapi Toba didapati di atas alat-alat batu yang telah dibuat dan ditinggalkan oleh manusia moden awal Homo sapiens pada 74,000 tahun dahulu di Kota Tampan. Bukti ini menunjukkan kehadiran awal Homo sapiens di Asia Tenggara. Tambahan pula dari analisis DNA kaum Semang tertua di kawasan ini menunjukkan bahawa mereka berasal dari orang yang mula-mula meninggalkan Afrika 80,000 tahun dahulu.

Debu Gunung Berapi di Toba, Sumatera setebal lebih kurang 10 meter telah ditemui di Lenggong, Perak. Kajian juga mendapati debu ini bukan sahaja sampai ke Malaysia malah sehingga ke India.


Tarikan utama sudah tentu Perak Man iaitu rangka manusia lelaki tertua yang pernah ditemui di Malaysia.
Manusia Perak merupakan di antara rangka manusia Paleolitik yang terlengkap ditemui di Asia Tenggara. Ia dilahirkan dengan kecacatan fizikal Brachymesophalinga Type A2. Manusia Perak hidup lebih kurang 10,000 hingga 11,000 tahun dahulu. Ia telah dikebumikan dengan penuh adat resam di mana kedua-dua kakinya terlipat ke dada seperti anak dalam kandungan. Mayatnya dilapik dengan lapisan siput sedut dan dikelilingnya terletak alat batu dan daging. Beliau mati kerana sakit tua pada umur 40-45 tahun, yang agak tua sekali kerana pada masa itu manusia hanya hidup 20-30 tahun sahaja.


Perak Man pun ada MyKad

Antara tempat yang telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia di Malaysia

Taman Geologi Hulu Perak terletak di luar muzium.

Kalau naik ke atas lagi ada anjung tinjau, dapat tengok kawasan sekitar yang mendamaikan.
Pemandangan dari anjung tinjau.
Kawan suruh tunjuk tempat Al-Maunah, saya pun tak tau jadi cuma bawa ke pekan Sauk tunjuk suasana di situ.

Tempat wajib tangkap gambar, ciri-ciri sejarah penjajah gak la ni, London hehe

Masjid Ubudiah Bukit Chandan juga ada sejarah tersendiri dari segi pembinaannya.



MCKK. Kalau nak tengok kejohanan ragbi, di padang inilah selalu diadakan.

Pavilion, tempat sultan berehat lepas main polo. Dululah sekarang bangunan ni tidak lagi digunakan. Tinggalan sejarah

Monday, September 16, 2013

16 September




Di dalam satu temu duga sebelum ini, saya pernah ditanya;

Penemu duga: Pernah pergi Sabah, Sarawak?

Saya: Saya pernah pergi Sabah.

Penemu duga: Kenapa kalau kita ke Sabah kita kena tunjuk kad pengenalan atau pasport di bahagian 
imigresen sedangkan Sabah juga dalam Malaysia.

Saya: (Ting! Pernah baca ni dalam paper) Walaupun Sabah di dalam Malaysia, kerajaan negeri diberi hak untuk mengawal keluar masuk orang yang datang ke sana.

Penemu duga: Kenapa?

Saya: (La tak terjawab rupanya soalan tu, Ting! Ting! Nampak tanda soal je atas kepala hehe) Urm urm aaa

Penemu duga: Bila Malaysia ditubuhkan?

Saya: 16 September 1963 

Penemu duga: Haa semasa itulah 20 fasal perjanjian telah ditandatangani.

Hmmm baru tau. Bacaan lanjut boleh baca kat sini.

Wednesday, September 11, 2013

Aroma Antara Benua

Dah lama buku ni ada di depan mata, tapi ni lah baru habis baca. Bukannya tak best tapi ‘zaman membaca secara terus-menerus’ tu dah hilang.  Baca sikit, sambung kemudian dan kemudian sehingga berbulan-bulan lamanya.




Tajuk: Aroma Antara Benua
Penulis: Roza Roslan
Penerbit: Galeri Ilmu, Petaling Jaya, Selangor       Cetakan Pertama 2013
ISBN: 978-983-097-407-1
Harga: RM48 (Semenanjung Malaysia), Sabah/Sarawak (RM50) beli di Pesta Buku Antarabangsa ada potongan harga.
Halaman: 425 m/s

Blurb:
“Puan makan cili kering rupa-rupanya. Maaf saya terlupa menerangkan yang sesetengah bahan seperti cili kering, halia dan bawang besar di dalam ayam ini tidak perlu dimakan jika tidak suka. Lada ini semacam bom. Amat bahaya. Halia dan bawang besar ini memang enak sekali dimakan bersama ayam bergajus.
Allahu Akbar!

Kami mempelajari sesuatu tentang budi bahasa orang Inggeris. Mereka mahu menjaga air muka tuan rumah sehingga langsung tidak mencebik walaupun makanan yang disuap ke mulut tidak kena dengan selera mereka. Hatta kepedasan yang amat sangat mahu ditahannya.

Komen: 
Istimewanya  ia bukan sekadar resipi malah setiap kejadian di sebalik makanan yang terhidang itu ada tanda kebesaran Allah yang perlu difikirkan. Kadang-kadang bila kita baca buku motivasi, masa tulah semangat membuak-membuak lepas tu biasanya hilang. Tapi buku ini juga boleh dikatakan memberi motivasi kepada saya dan ia terkesan di hati kerana mengajar supaya berfikir tentang apa yang telah Allah kurniakan.

Di dalam Resipi 39 Kabsah Madinah diceritakan tentang banyak pandangan negatif yang diberikan oleh kebanyakan orang tentang sikap orang  Arab Saudi yang dikatakan pemalas, teruk dan macam-macam lagi. Tetapi suami beliau menyatakan, “… tidak semua orang Arab begitu. Bukankah kita sentiasa berdoa supaya Allah temukan dengan orang baik-baik dalam hidup kita. Fikiran saya mudah. Jika ada seratus orang, sembilan puluh orang jahat dan sepuluh orang baik, biarlah kita bertemu dengan yang sepuluh itu. Awak ingat semua orang Melayu baik? Paling penting kita bergantung pada Allah. Mohon pada-Nya.”

Sifir yang mudah. Bersangka baik dan bila kita berbuat baik orang tersebut juga akan terasa malu pada kita dan tanpa disedari mereka akan menghormati kita dan dari situ terjalin persahabatan.