Gambar tahun lepas ni. Kawan datang dari KL dan Ipoh derang
membuat kembara tempat bersejarah arah utara. Bermula di Kuala Kangsar, derang
nak melawat ke Lenggong tengok Perak Man.
Lembah Lenggong tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia oleh
UNESCO. Ini merupakan kali kedua saya datang ke sini selepas bertahun-tahun
jugalah, nampaknya ruang pameran lebih teratur. Dah namanya muzium arkeologi
jadi sudah semestinya banyak menceritakan tentang kaji purba, kesan-kesan
tinggalan lama berkaitan gua-gua, penggalian, sejarah Paleolitik, Mesolitik
& Neolitik
|
Masalah vandalisme yang menyukarkan ahli antropologi untuk
mengkaji tinggalan purba. |
|
74,000 tahun dahulu, migrasi manusia Homo sapiens. Setelah
membuat perjalanan keluar ke Yemen, mereka merantau sedunia. Ada yang
mengembara ke arah timur. Melalui bukti yang ditemui oleh ahli antropologi abu
letupan Gunung Berapi Toba didapati di atas alat-alat batu yang telah dibuat
dan ditinggalkan oleh manusia moden awal Homo sapiens pada 74,000 tahun dahulu
di Kota Tampan. Bukti ini menunjukkan kehadiran awal Homo sapiens di Asia
Tenggara. Tambahan pula dari analisis DNA kaum Semang tertua di kawasan ini
menunjukkan bahawa mereka berasal dari orang yang mula-mula meninggalkan Afrika
80,000 tahun dahulu. |
|
Debu Gunung Berapi di Toba, Sumatera setebal lebih kurang 10
meter telah ditemui di Lenggong, Perak. Kajian juga mendapati debu ini bukan
sahaja sampai ke Malaysia malah sehingga ke India. |
|
Tarikan utama sudah tentu Perak Man iaitu rangka manusia
lelaki tertua yang pernah ditemui di Malaysia.
Manusia Perak merupakan di antara rangka manusia Paleolitik
yang terlengkap ditemui di Asia Tenggara. Ia dilahirkan dengan kecacatan
fizikal Brachymesophalinga Type A2. Manusia Perak hidup lebih kurang 10,000
hingga 11,000 tahun dahulu. Ia telah dikebumikan dengan penuh adat resam di
mana kedua-dua kakinya terlipat ke dada seperti anak dalam kandungan. Mayatnya
dilapik dengan lapisan siput sedut dan dikelilingnya terletak alat batu dan
daging. Beliau mati kerana sakit tua pada umur 40-45 tahun, yang agak tua
sekali kerana pada masa itu manusia hanya hidup 20-30 tahun sahaja.
|
|
Perak Man pun ada MyKad |
|
Antara tempat yang telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia di Malaysia |
|
Taman Geologi Hulu Perak terletak di luar muzium. |
|
Kalau naik ke atas lagi ada anjung tinjau, dapat tengok
kawasan sekitar yang mendamaikan. |
Pemandangan dari anjung tinjau.
Kawan suruh tunjuk tempat Al-Maunah, saya pun tak tau jadi
cuma bawa ke pekan Sauk tunjuk suasana di situ.
|
|
|
Tempat wajib tangkap gambar, ciri-ciri sejarah penjajah gak la ni, London hehe |
|
Masjid Ubudiah Bukit Chandan juga ada sejarah tersendiri dari segi pembinaannya. |
|
MCKK. Kalau nak tengok kejohanan ragbi, di padang inilah selalu diadakan. |
|
Pavilion, tempat sultan berehat lepas main polo. Dululah sekarang bangunan ni tidak lagi digunakan. Tinggalan sejarah |
2 comments:
ante idok singgah tasek raban ker..
Idak la BSB oi, tapi gerai tasik raban yang kat ipoh tu ada gak menyinggah makan tengah hari
Post a Comment