![]() |
Terminal Bas untuk perjalanan jauh. Gambar: Carian Google |
Di Terminal
Bersepadu Selatan (TBS) kita boleh naik ERL, Komuter dan LRT untuk pergi ke
stesen MRT.
Pilihan di
tangan kita. Nak yang cepat sampai tapi mahal, yang murah tapi lambat atau yang
sedang-sedang sahaja harganya. Kalau saya, pilihannya tengok bawak beg besar ke
tak sebab kena mengangkut dari satu tempat ke satu tempat.
Jika naik
ERL dan Komuter boleh berhenti di stesen KL Sentral dan dari situ boleh naik
MRT di stesen Muzium Negara. Tak payah
tukar-tukar tren tapi masalahnya nak pergi ke stesen MRT tu kena banyak
jalanlah juga, naik eskalator, jalan lagi, naik eskalator lagi rasanya jalan lagi barulah sampai (kira-kira240 m). Tapi
ok je sebenarnya sebab berbumbung so jalan santai-santai tanpa risau dibasahi hujan atau panas.
Tapi saya
pilih LRT sebab saya rasa pertukaran stesen MRT tu tak jauh sangat jalannya.
Cumanya dari TBS tu nak ke stesen LRT kena jalan lebih sikit. Mula-mula dari
TBS tu kita akan jumpa ERL dulu, kemudian Komuter dan barulah LRT.
Stesen LRT
Bandar Tasik Selatan (BTS) akan nampak tren Sentul
Timur dan Ampang. Kita naik tren yang Sentul Timur tapi kalau dah naik yang
Ampang punya pun tak apa cuma kena tukar tren di Chan Sow Lin dan naik tren
yang ke Sentul Timur.
![]() |
Boleh nampak KLCC |
![]() |
Boleh nampak Menara KL |
![]() |
Ok kita dah sampai di stesen Plaza Rakyat. Turun eskalator dah boleh nampak arah MRT Merdeka |
![]() |
Pilih laluan MRT sama ada hendak ke Sungai Buloh atau Kajang. |
Saya berhenti di
hentian akhir MRT Sungai Buloh. Tambang keseluruhan RM5. Eh lupa pulak termasuk feeder bus ke tidak
ya. Lupa. Tapi feeder bus RM1 je.Guna Touch n Go senang je tak payah nak beli tiket.
Ringkasan laluan:
LRT Bandar Tasik Selatan ---> LRT Plaza Rakyat----> MRT Merdeka ---> Destinasi anda
![]() |
Feeder Bus MRT. Boleh tengok laluan feeder bus di bus stop. Guna Touch n Go dan 'tap' di mesin? dekat driver dan bila nak turun, 'tap' sekali lagi di mesin pintu keluar. |
30 comments:
Terima kasih share ilmu berguna :)
Dari damansara ke tbs macam mana ya
boleh cuba macam ni
https://jomlah-zarina.blogspot.com/2017/11/terminal-bersepadu.html
Dari damansara naik MRT --> Stesen Muzium Negara tukar monorel ke Hang Tuah dan tukar LRT ke TBS
atau dari damansara naik MRT berhenti Pasar Seni dan tukar LRT ke Masjid Jamek dan tukar LRT ke arah TBS.
tq
tq
tq
tq
suka
suka
Terima kasih shre info
Mcm mana kalau nak terus dari Tbs ke Sungai buloh terus? Kena naik yg mana?
Dari TBS untuk ke sungai buloh:
1. Naik komuter dari TBS ke KL Sentral dan naik MRT terus ke Sg Buloh.
2. Naik LRT dari TBS ke stesen Hang Tuah dan tukar monorel ke KL Sentral dan naik MRT
3. Naik LRT dari TBS hingga stesen masjid Jamek dan tukar tren naik ke Pasar Seni dan dari situ boleh ambil MRT.
Sebenarnya macam-macam cara boleh pergi cuma kena tahu di mana laluan stesen MRT. Boleh rujuk myrapid.com.my
kalau dr tbs. sy nak ke mrt kajang. pakai cara sama mcm awk tulis tu ok la kan? budak kg baru nak naik kl. hehe
Macam mana pula kalau saya dari tbs nak ke port klang naik ktm??first time nak ke port klang naik ktm��
Pokmat87 : Boleh, tapi saya ke MRT sungai buloh jika saudara hendak ke Kajang, dari MRT Merdeka tu kena cari laluan ke MRT Kajang ya. Bertentangan dengan Sg Buloh.
ALiia: Saya tak berapa pasti laluan komuternya sama ada boleh beli tiket terus ke Pelabuhan Klang atau berhenti di KL sentral dan tukar tren. Boleh rujuk ke kaunter KTM ya.
Dari tbs nk ke kajang mcmna
Igt nk bwa ank merasa naik mrt cuti sklh ni.Saya dari Ipoh nk ke Semenyih umah adik
Kalau dari TBS nak ke Kajang menaiki MRT saya rasa jauh pulak sebab kalau di TBS tu dah ada komuter hala ke Kajang. Tapi kalau nak jalan-jalan nak merasa apa salahnya kan? Boleh naik LRT ke Plaza Rakyat dan nampak sign MRT Merdeka dan pilihlah arah ke Kajang.
Terima kasih kerana share ilmu ini.
Dr tbs nak ke Tmn tun Dr ismail mcmana
ikut cara macam saya ni pun boleh sebab laluan taman tun dr ismail ni dalam laluan ke hentian akhir sungai buloh.
kalau naik lrt, dari LRT bandar tasik selatan ke stesen plaza rakyat dan tukar naik MRT di stesen Merdeka dan naik MRT arah Sungai Buloh. Ada beberapa stesenlaah nak ke arah Taman Tun Dr Ismail tu, tengok peta ya sebelum naik :)
Kalau dari tbs nak ke Ampang macam mana ye??
Dari TBS tu boleh naik lrt dan naik tren ke Ampang
Kalau saya nak bergerak dari TBS ke Kajang.. macam mna ye?
mcm mne nak pergi bookxcess tamarind square kalau dr mrt sungai buloh
amik erl turun kl cent amik ktm
salah rep sorry
Maaf, saya tak pernah pergi bookxcess tu, kalau sesipa yang tau, bolehlah tolong jawabkan di ruangan komen.
Kalau dari tbs ke plaza rakyat, nk ke mrt merdeka utk ke pasar seni, saya hanya perlu pakai token yg sama juga ke atau tidak?
Post a Comment