Buku ni pinjam
kawan. Sebab-sebab tertarik nak pinjam buku ni, kawan bercerita kisah penulis
ni dengan maknya yang kelakar. Sampai orang yang mendengar ni (saya dan kawan) boleh
terbahak-bahak ketawa. Tapi bila baca, peratus lawak tu ada sikit kureng sebab
penulisan ni memang tulis bahasa yang betul (bukan bahasa pasar). Pandai betul
kawan saya tu bercerita, penglipurlara sungguh. Hahaha.
Tajuk: Madame
Bokary II
Penulis: Fikri
Kacak
Penerbit: Studio
Anai-anai
ISBN: 978-967-13318-3-5
Harga: RM20.00
(Kedai Buku Popular) Cetakan pertama
dan terakhir 2015
M/S: 128 halaman
Sinopsis:
‘Anak emak’ memang manja. Macam Fikri
Kacak. Macam saya. Macam sebahagian kecil ‘anak emak’ di luar sana.
Bukan semua orang sukakan ‘anak emak’.
Tetapi, percayalah kami punyai peminat kami sendiri.
Ada orang beritahu, kalau nak pikat ‘anak
emak’ – kena pikat emaknya dulu. Sebab 100% rahsia diri si anak berada dalam
genggaman si emak. Ini bukanlah buku tentang kami – ‘anak emak’. Ini buku
tulisan Fikri Kacak. Dalam buku ini Fikri Kacak bercerita tentang dia dan
emaknya. Entahlah, semasa saya membaca teks buku ini, tiba-tiba saya rindukan
arwah emak saya.
Komen:
Buku ini menceritakan kisah pendek antara
penulis dan ibunya. Penulis 3 beradik dan dia anak sulung (Along).
Kebanyakan kisah tentang along dan ibunya, kisah zaman kanak-kanak, masuk
sekolah asrama dan sudah bekerja. Gurauan ibunya selalu tentang badannya yang
gemuk dan tiada calon isteri.
Sesetengah cerita memang ada persamaan je,
rasanya semua keluarga pun sama. Contoh kisah makanan sihat. Si emak biasanya ‘terpaksa’
kupas buah siap-siap kalau nak bagi buah tu cepat habis.
“Dah dibelikan, tinggal nak makan pun
masih malas lagi!” Emak tinggikan suara bila buah-buahan yang dia beli minggu
lepas masih di dalam peti sejuk, tidak berusik.
Bila emak mula kupas buah mangga, epal
dan pear yang makin lebam kulitnya, kami mula berkerumun kelilingi emak.
“Ini kalau tak emak yang kupas ni, sampai tumbuh pokok dalam ice box pun belum
tentu ada orang yang kupas.”
Korang sama tak? Haha. Kan. Kalau mak saya,
rambutan tu dikupasnya simpan dalam Tupperware dan letak peti ais. Barulah
luak. Adoi pemalas betul zaman bebudak tu.
Penulis juga menceritakan tentang dia
selalu dipanggil MBJB kerana dia yang selalu kena habiskan makanan. Majlis
Bandaraya Johor Bahru rasanya sebab dia selalu cerita pasal Johor Bahru. Saya
pula biasanya jadi MDKK (Majlis Daerah Kuala Kangsar – kini MPKK- Majlis
Perbandaran Kuala Kangsar). Simbol orang yang akan habiskan makanan-majlis
bandaran mana-manalah agaknya sebab masa di KL saya biasanya jadi Alam Flora.
Habiskan makanan kawan-kawan selagi terdaya untuk elakkan pembaziran.
Penulis bercerita dari zaman kanak-kanak,
remaja dan dewasa. Kita akan terasa zaman yang dilalui itu sama seperti apa
yang pernah dilalui. Kiranya mengenang memori jugalah bila baca buku ni. Contoh, biji getah.
Kalau gesel pada permukaan bersimen ia akan jadi panas. Kemudian kita akan
tekap biji getah tu dekat orang lain biar dia terkejut. Jajan chikedees ha
sapalah yang tak pernah makan, kan.
Cerita-cerita biasa seharian kini
diabadikan menjadi buku dan menjadi memori di kemudian hari. Kini semua orang boleh menulis.
No comments:
Post a Comment