Showing posts with label Australia. Show all posts
Showing posts with label Australia. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

Tip Jalan Sendiri (Melbourne) – Bahagian Akhir

Selain daripada pengangkutan awam seperti tram, teksi atau bas, kita juga boleh naik basikal yang boleh disewa. Tapi yang warna biru ni saja.

Begini cara nak sewa basikal ni.

Dekat sana memang senang nak cari maklumat, cari sahaja yang ada tanda  'i' . Ni di Federation Square. Pelbagai pamflet yang boleh didapati di situ. Tapi sampai pukul 6ptg sahaja tau.

Selain itu ada sukarelawan yang pakai baju merah dan bertanda 'i' yang akan membantu.

Peminat majalah jahit atau kraf mesti nak cari ni. 3 majalah AUS$10. Ada satu kedai ni yang memang jual majalah je.
Untuk pelancong, boleh juga cuba menaiki kereta kuda untuk keliling bandar. Bayaran tak pasti. 

Tip Jalan Sendiri (Melbourne) – Bahagian 5

Stesen kereta api Flinders

Federation Square hari Sabtu ada jual buku second hand. Sesiapa yang minat kesusasteraan Inggeris boleh cari buku kat sini

Ada banyak cawangan, dan setiap cawangan tu pulak mesti ada je buku yang berbeza-beza.

1.Kat sana barang-barang murah je $1, $2, $5 opps janganlah convert, potong stim nak membeli barang tu. Kan kita dah bajet dari awal nak bawa duit berapa so belilah apa yang suka. Kedai buku ni semua buku separuh harga untuk minggu tu saja. Rugi kalau tak beli.

Kedai yang ni paling kemas dan teratur berbanding kedai yang pernah masuk sebelum ni.
2.Hari tu takut nak bawa barang-barang makan bila baca banyak benar larangannya. Masa jalan-jalan nak cari roti (rumah ada toaster) terjumpa Asian Shop. Dekat je dengan apartmen. Kat sini pun ada 3 kedai macam ni. Barang dikategorikan mengikut negara seperti Jepun, Korea, Malaysia, Indonesia, Singapore dan dijual makanan-makanan biasa yang ada kat negara tu. Akhirnya jumpa Maggi. Memandangkan itu yang boleh dikira murah AUS$0.69 satu (RM2.30) akhirnya beli tu dan biskut. Fuh mahal giler. Makan nasi kenyang-kenyang tengah hari, malam boleh la makan biskut, roti, maggi atau buah je. Belanja kena berhemah.


Kongsi-kongsi ni

Beria tu beli pan, belum cuba lagi, tengah tunggu mood datang. Tengok yang merah tu.. macaroon weh..hehe cutenya  timer. Sukanya tengok gajet-gajet ni. Tu yang hijau, tempat letak teh jadi takde la terkeluar serbuk-serbuk teh tu, kiranya macam uncang yang besar. Merepek je kan? selama ni pakai tapis teh no hal je. Comel, tak boleh tahan.

3.Setiap orang mempunyai minat berbeza. Jadi walaupun datang berkumpulan tapi akhirnya kami shopping sendirian. Antara kelebihan duduk di tengah-tengah bandar, senang. Saya menuju ke kedai barang-barang kuih. Seronok tengok benda-benda baru. Mulalah nak beli benda-benda mengarut yang sebenarnya tak guna pun tapi sebab barang tu comel. Ini pun ada dua kedai yang tahu tapi tak pergi. Kopak.


4.Pejalan kaki dihormati. Kadang-kadang walaupun lampu isyarat hijau, lampu isyarat pejalan kaki juga hijau tapi memang pemandu biar  pejalan kaki lepas dahulu. Yang kita ni punyalah berlari-lari bila nampak trafik light pejalan kaki tetiba tukar warna merah tapi derang relax je tunggu. Oh kita tak perlu guna power of hand untuk stopkan kereta tu ya..hehe

5.Masa pergi ni panas tapi boleh jadi sejuk sangat waktu pagi dan malam bila angin bertiup tu. Bawa sun block, krim dan lip balm. Kulit jadi kering dan mengelupas.

Tuesday, March 12, 2013

Tip Jalan Sendiri (Melbourne) – Bahagian 4

Prayer Room di Southern Cross. Macam kl sentral la kat sini. Tunggu bas, tren  dan kalau dari airport  memang bas turun kat sini

1.Prayer Room ada di Southern Cross dan Airport tapi jangan haraplah keadaannya sama macam surau kat tempat kita. Dari pembacaan sebelum-sebelum ni ada juga tempat untuk solat di bandar tetapi memandangkan kami pun duduk di kawasan bandar, senang saja, balik ke rumah

Naik bas ni dari Southern Cross

2.Ni bas yang kami naiki pergi ke Cowes di Philip Island. Tak ramai orang pun naik, tapi driver bas peramah sehingga terasa nak ucap terima kasih. Bas selesa dan tepat pada masanya. Kalau naik kereta bila duduk di belakang tu mesti malas nak pakai tali pinggang keledar, memandangkan bas kita tak de tali pinggang keledar, punyalah berdisplin, belum jalan pun dah siap-siap pakai hehe

Waktu operasi Queen Victoria Market

3.Waktu siang yang panjang. Kita ingat selalu bila terang kedai-kedai banyak buka lagi tapi rupanya pukul 4pm pun dah tutup. Kebanyakannya tutup pukul 5pm tapi kalau hari minggu ada yang tutup pukul 3pm. Jadi kenalah rajin-rajin tengok waktu operasi supaya kita dapat aturkan jadual tempat mana yang patut pergi dulu sebelum ditutup.

Kalau dah letih berjalan tu, lepak-lepak dulu kat taman
4.Banyak taman-taman di dalam bandar. Dengan pokok-pokok yang rendang memang menenangkan. Naik je tram atau bas free kalau nak singgah.



5.Tanda S berpalang ini membuatkan tertanya-tanya apa ke bendanya, no sleeping? haha teka secara rambang. Rupa-rupanya no standing. Tanda parkir 2P bermakna kita boleh park kat situ 2 jam je lepas tu kena cari tempat lain. Ada 3P dan 1P. Tiket parkir AUS$3.50 (RM11) untuk satu jam.


6.Grafiti di celah bangunan-bangunan yang mempunyai seni bina lama dan seni bina pelik-pelik


Awas ! Gerak langkah mu oooh

Tram

7. Bila kita naik tram biasanya dia akan berhenti di setiap stesen tapi kalau malam dan bila sikit sahaja penumpangnnya, kita kena tekan locen atau tarik tali yang merentang atas pemegang tu untuk beritahu pemandu supaya berhenti. Boleh tengok ada gambar rhino (badak) yang naik skateboard dengan tanda Beware dalam tram. Tram tu diibaratkan seperti badak. Bila sekumpulan badak berlari kan bunyi gegaran yang kuat. Iklan ini untuk beri ingatan kepada pejalan kaki berhati-hati dengan tram. Kita kena berdiri di belakang garisan kuning. Kadang-kadang sedang asyik menangkap gambar-gambar bangunan kita tak perasan kita dah duduk di hadapan garisan kuning dan tak dengar bunyi tram ni. 

Monday, March 11, 2013

Tip Jalan Sendiri (Melbourne) – Bahagian 3

entah la pantai apa. Kan sama je semuanya.

1.Bila pergi ke Great Ocean Road akan nampak banyak pantai yang indah. Jangan berhenti kesemuanya sebab nanti bila ambil gambar semuanya nampak sama saja. Banyak buang masa pula bila asyik berhenti. Pandu ikut had laju sebab ada kawan yang beritahu polis menunggu di dalam semak atau kontraktor jalan yang akan ‘menangkap’ gambar anda. Mahal tu kalau kena saman.

Panduan untuk tunggu tram. Jangan tersalah naik tram pulak. Tengok baik-baik nombornya.


2.Kamera (AES?) di dalam bandar atau lebuh raya banyak. Jangan diikut tabiat memandu di Malaysia yang tak ikut peraturan. Kita tak biasa jalan kat sini. Paling laju pun 100 km/j kat sana.

Kamera beroperasi di sini.
3.Tram ada tunjuk masa berapa minit lagi akan datang. Jadi kita boleh tengok panduan di situ. Nampak macam tulis biasa aje sebelum ni tapi rupa-rupanya dia berubah-ubah. Tak perasan pun.  Ada satu peristiwa tak dapat dilupakan entah macam mana boleh terjadi.Kira-kira 3 blok tempat yang nak pergi tu tapi malas nak jalan kaki. Naik tram kat satu stesen. Pastu dah nampak tempat yang akan pergi dan akan turun di stesen seterusnya tapi bila turun rupa-rupanya sampai stesen yang sama masa naik tu. Hahaha bingung dibuatnya. Last-last jalan kaki juga, buat habis duit je bayar tambang, dekat RM10 pulak tu.

10 minit lagi nak sampai

menarik konsep library ni untuk menggalakkan orang membaca. Di dalam pasar raya.  

Kiranya dia mempercayai orang yang pinjam buku tu akan pulangkan buku tu balik.  Tak de or

4.Kebanyakan orang kat sini suka lepak-lepak. Ni kat library pun ramai lepak kat luar ni. Mungkin derang suka tengah-tengah musim panas ni. Kalaulah library kita mesra pengguna tentu ramai orang datang. Sempat tengok dalam library, menarik.


Sunday, March 10, 2013

Tip Jalan Sendiri (Melbourne) – Bahagian 2

Ada sesetengah tempat yang ada trafik light ni. Nampak ni dia suruh "wait"

1.Di sini ada hook turn. Kalau kita nak ke kanan, kita kena ambil lorong kiri dan bila lampu hijau kita kena ke depan sikit (di tengah jalan). Biar tram lalu dulu. Bila jalan clear baru kita jalan. Dari hari mula sampai lagi duk perati tapi tak faham-faham macam mana tapi dah nak balik tu baru faham tapi tak yakin juga kalau disuruh bawa kereta dalam bandar. Ada macam-macam lampu isyarat kat situ dan di jalan raya pula ada macam-macam anak panah dan kotak. Huish complicated. Kereta yang nak masuk ke kiri juga dia akan bagi signal walaupun dia memang dah duduk di lorong kiri. Tak tau kenapa tapi memang kebanyakannya buat macam tu.

Tu ada nampak anak panah dalam kotak tu. Maksudnya tunggu di situ sekejap


2.Tunggu tram di tengah-tengah jalan. Sesetengah tempat tu adalah berbumbung. Kadang-kadang tak perasan pun itu hentiannya macam tunggu di tengah-tengah jalan. Jadi kita tengok je papan tanda tram untuk tahu sekarang jalan apa dan tram apa yang lalu di situ. Harus ada peta di tangan.

3.Ada bus free untuk pelancong. Masa perjalanan 1 jam ½. Ada 13 hentian tempat-tempat menarik .  Saya naik di hentian 1 Arts Precint iaitu di National Gallery of Victoria. Masa tu hari akhir, nak habiskan masa, jadi naik dari mula sampai akhir lepas tu pusing sekali lagi baru decide nak turun kat mana hehe. Seronoknya pusing-pusing. Di hentian terakhir  tukar driver so penyampaian mereka berbeza-beza. Jadi walaupun laluannya sama tapi penerangannya lain. Sepatutnya naik bas ni masa hari pertama so boleh tahu jalan-jalan kat sini.

Bas warna merah. Dalam  bas ni ada pamflet yang tunjukkan tempat-tempat menarik.
Tunggu bas di papan tanda ni. Dan di situ juga ada tulis hentian ke berapa.

Ada juga Tram berbayar yang warna ni so tengok dulu depan tu dia tulis apa.
4.
Untuk pelancong, ada tram free yang bawa kita pusing-pusing bandar.  City Circle Tram nombor 35. Warna hijau dan maroon. Tengok papan tanda bulat City Circle Tram maksudnya tram tu ada lalu di situ. Kita boleh turun atau naik di mana-mana sahaja laluan yang popular.

Ahad hingga Rabu  tram bermula 10 pg – 6 ptg
Khamis hingga Sabtu tram bermula 10 pg -9 ptg

Biasanya bila tengah hari ramai orang dan bersesak-sesak dalam tu. Masa tengah tunggu tram ni datang ada omputih tu tanya, “Are you from here?” hehe orang pun tunggu tram free lah pak cik. “No” Sudahnya saya tunjukkan kata mana perlu tunggu tram yang betul.

Tram maroon

5. Sepanjang jalan Swanston, Elizabeth banyak juga nampak makanan halal. Ada kebab, makanan Indonesia so tak adalah susah sangat nak cari makan cuma tak tahan mahal sahaja. Kalau yang ada nasi pun lebih kurang AUS$8 (RM 25). Ada yang pakej dengan air AUS$10 (RM32). Ada yang murah dan mengenyangkan di Norsiah Kitchen, naik tram ke arah Universiti Melbourne, tak ingat berhenti di stesen mana tapi memang nampak di sebelah kanan. Nasi putih dengan dua lauk $6 (RM19). Banyak juga makanan ala Malaysia di sini tapi restoran Cina. Tidak dapat dipastikan halalnya.

Tanda halal di Melbourne

Pakej dengan air sekali.


Papparoti. Ada roti je..takde nasi.

Thursday, March 7, 2013

Tip Jalan Sendiri (Melbourne) – Bahagian 1

Sebenarnya bukanlah pandai sangat nak memberi tip tapi dari pengamatan sepanjang 8 hari di sana.


1.
Memerlukan visa. Boleh buat online sahaja. Bayaran AUS$20(RM64).

2.
Pengangkutan dari airport ke bandar (stesen Southern Cross) ambil Sky Bus www.skybus.com.au dan dari situ boleh terus ke apartmen yang disewa. AUS$17 (RM55) untuk sehala. Lebih kurang selang 15 minit sekali. Keluar pintu airport nanti jalan-jalan nampaklah kaunter tiket.


3.
Di Port Campbell kami sewa Port Campbell Flashpackers. Ambil family room sesuai untuk 4 orang. Memandangkan kami 3 orang lagilah selesa. Bilik air di dalam. Biasanya kalau guesthouse kurang 4 orang, bilik air kena berkongsi dan letaknya di luar. TV, peti ais dan pinggan mangkuk semua disediakan. Juga ada sarapan pagi.

 4.
Kami menyewa di hotel apartmen.  Banyak kemudahan dalam ni, kadang-kadang rumah sendiri pun takde kemudahan tu. Ada mesin basuh dan pengering, kelengkapan dapur-pinggan mangkuk, cawan, sudu garpu, toaster, dapur, microwave, mesin basuh pinggan, peti ais.  Jangan lupa bawa sabun basuh, sana AUS$2 (RM7) untuk paket kecil. Apartmen ni memang selesa. Letak pula kat tengah-tengah bandar memang mudah. Tak perlu naik tram sangat, boleh jalan kaki sahaja. Kadang-kadang dah beli-beli barang tu hantar dulu barang ke apartmen lepas tu keluar balik ke arah lain pula. Apartmen ni juga agak dekat dengan hentian tram.

 5.
Kena bawa international adaptor. Plugnya lain dengan Malaysia.

6.
Sewa kereta di Budget Car Rental. Ada banyak cawangannya dan bila jalan-jalan tu memang banyak nampak papan tanda ni. Biasa dekat Malaysia kita kena isi minyak, kan? Tapi kat sana dia dah siap isi penuh, nanti bila kita pulangkan balik kenalah isi penuh gak.  Kalau kita tak isi dia akan caj sekali ganda harga minyak. Sana 1 liter AUS$155.9. Dan isi minyak dulu baru pergi ke kaunter bayar.


7.
Menggunakan MyKi  untuk naik tram atau keretapi. Sama seperti Touch n Go. Ada dijual khas untuk pelancong bernilai AUS$ 14 (RM45) termasuk AUS$ 8 (RM25) dalam tu. Boleh top up di 7E. Tapi kami tak beli sebab masa baru sampai tu jumpa orang KL yang dah nak balik. Derang jual AUS$5 dan ada AUS$9 dalam tu. Kira percaya sajalah masatu, takkan nak tipu pulak kan. 

Kalau baca di dalam pamphlet kita kena touch on dan touch off tapi ada juga baca, dalam 2 jam boleh guna tak payah touch off, maksudnya bila kita naik tren pertama pastu tukar tren seterusnya dalam 2 jam tu tak payah touch off.  Entahlah tak faham juga .  Nanti korang bacalah betul-betul sebab saya banyak jalan saja. Tambang dikira mengikut zon. Zon 1 $3.50, Zon 2 $2.42, Zon 1 + 2 $5.92.

Sebelum ini ada gak terfikir tak ada orang pun check kalau kita touch on atau off, rupanya ada pegawai yang akan check dengan bawa mesin pengesan camtulah. Derang akan masuk di celah-celah orang ramai untuk tengok siapa yang tak bayar. Jadi jangan menipu.