Showing posts with label kraftangan. Show all posts
Showing posts with label kraftangan. Show all posts

Wednesday, September 17, 2014

Dam Ular dan Tangga versi kain bersama dadu.

Saya membesar dengan board games. Zaman Saidina, Sahiba, Dam Haji, Dam Ular dan Tangga, Cluedo dan macam-macam lagilah yang bentuk papan ni. 3-4 orang main. Sekarang ni semua tu boleh main seorang dalam ipad/pc. Tak berapa best la sebab kenangan tu takde. Kalau macam dulu belajar kira duit main Monopoly dengan Saidina. Yang pandai mengira sedikit biasanya jadi banker.  Seronok setiap kali satu round menunggu duit $1500. Boleh beli tapak, buat rumah dan hotel. Masa ni seronok kutip duit sewa.  Masa ni jugalah boleh jadi bergaduh sesama sendiri sebab ada pulak yang kacau tapak rumah tu. Dah rancang nak sapu habis tiga tapak tapi ada pula yang masuk daun. Dah tak boleh mintak sewa banyak hehehe. 

Jadi bila Berjaya Times Square buat program permainan papan dalam bentuk besar ni, teringat la semula kenangan lama. Eh dah lama dah ni tahun 2000 lebih. Jadinya dapat inspirasi daripada permainan dam ular ni untuk buat versi kain pulak untuk anak saudara main.


Di Berjaya Times Square...suatu ketika dahulu. Ada saidina, jenga, dan macam-macam lagi
Si Kuntum ni akan menyibuk bila orang bentang kain. Camne lak nak siap cepat kalau macam ni.
 Ukuran 45 inci x 52 inci. Dari petak 1 hingga 42. Sebenarnya nak buat sampai 100 tapi nanti akan jadi lebih besar lagi so mana pula nak bentang. Matlamat nak main dekat dalam rumah sahaja. Nanti habis satu ruang tamu penuh. So ni pun kira ok lah. Ukuran satu kotak tu muat-muat untuk kaki budak-budak.

Budak-budak MARA mesti kenal warna kain ni.. hehe balance daripada uniform MARA tahun 90-an punya ni. Angka-angka tu daripada kain felt yang memang ada dekat rumah. Kiranya memang  tak payah nak beli apa-apa. Nak buat ular senang je tapi nak buat jadi cantik tu yang payah.  Janji ada rupa ular cukup.  Kain untuk tangga tu adalah lebih selimut yang pernah buat sebelum ni dan elok pula tu coraknya bentuk kayu. Dadu tu ikut original dadu. Mula-mula dalamnya taruh kekabu tapi bila baling macam tak sedap bunyi nya. Pek..terlepek. Pastu buka balik dan tukar kepada fiber dan taruh loceng. Ambil masa 6 bulan untuk siapkan sebab jahit tangan dan jahit masa tengok tv sahaja. Kalau tengok tv banyak mungkin cepat lagilah siapnya. Selain daripada bermain boleh juga jadikan selimut dan tikar.
Akhirnya siap

Seorang baling dadu dan sesiapa yang jadi tagan (?)nya  akan jalan ikut dadu tu.

Thursday, November 28, 2013

Penanda Buku

Merupakan lebihan kain cross stitch yang kecil-kecil. Nak buang begitu sahaja rasa rugilah pulak. Cari corak menarik dalam buku dan hasilnya, bolehlah dibuat penanda buku. Untuk mengelakkan pertambahan kos, border dibuat guna katalog/majalah yang tak pakai dan digam berlapis-lapis biar tebal. 

Biasapun orang tanda  buku guna apa yang ada di sekiling, getah ke, pen ke, pensel ke, ikut dan je tapi kalau pakai ni idakla rosak buku tu. 



Benang pun lebih-lebih punya je.



Monday, October 7, 2013

Cross Stitch Flowers

Tajuk: Cross Stich Flowers  -over 200 flower-inspired charts for cross stich

Penulis: -

Penerbit: Kandour Ltd, UK      Cetakan Pertama 2006

ISBN: 1-904756-56-5

Harga:RM24.90 di MPH  1U, ahli MPH dapat 20% diskaun lagi.

Sinopsis:
What is more beautiful than nature’s own flowers? Not much, but unfortunately they are not enduring and eternal, whereas a well-crafted cross stitch flower design will last and last and bring fun and happiness to both the creator and those fortunate enough to receive these designs as thoughtful gifts or see them beautifully displayed in the home
This beautiful  full colour book is designed to be a centre-piece in itself, allowing the reader to create thousands of beautiful designs taken from or inspired by its pages.



 Komen:
Buku ni dah lama beli, sampai tak teringat pernah ada dalam simpanan. Masa puasa hari tu terjumpa kain-kain cross stich yang lama dan benang-benang yang tiada nombor lagi. Biasalah sebelum raya, berkemas lebih ekstrem sampai jumpa macam-macam harta benda. Sejak itu  minat menjahit cross stich/silang pangkah ni muncul kembali, nak perabih kan kain-kain lama dan benang-benang ni. Dulu kain murah, sekarang tak tau la berapa tapi ramai gak budak-budak sekarang ni rasanya tak menjahit dah. Kalau dalam family, biasanya projek jahit cross stich ni bermula lepas habis periksa, SRP, SPM, STPM. Setiap orang memang ada kerja tangan masing-masinglah. Nak nak pulak benang dulu-dulu murah. DMC tu kira terbaiklah, 50 atau 40 sen je seuntai. Sekarang ni rasanya dah seringgit lebih kot. Dah lama tak beli. Kalau pakai Minlon tu tak cantik sangat warnanya, sedikit kusam. Kalau Anchor, warna putihnya cantik-putih bersih tapi DMC punya putih beras. So kalau nak buat air terjun biasanya warna putihnya tukar benang Anchor.

Direktori ni menyimpan semua nombor benang dan jadi rujukan dalam simpanan ada nombor apa

Oleh kerana jahit guna benang lebih jadi cari warna yang irap-irap


 Benang ni boleh jadi sampai tak tau identiti sebab biasa kita jahit ikut kain, kalau kecil lubangnya guna dua urat atau tiga urat. Jadi bila ‘pecah’kan  tu yang tinggal ada 3 urat. Ada yang dah tak bernombor tu pulak biasanya bila tarik dah koyak nombornya, bila nak simpan, tak tau nombor apa. Memandangkan benangnya banyak, dengan ini dirasmikan Projek Benang Gumpal, tengok apa yang boleh dihasilkan dari benang-benang ni. Selalu orang ada projek kain perca, teringin pula nak buat projek lain hehe.

Ram tu pun jumpa masa puasa hari tu.  Jadi tak perlu kain jahit je atas ni. Ngam-ngam pulak ngan corak yang nak buat ni tapi memang kena kira dululah takut bila dah siap nanti luar dari kawasan pulak. Nampak kecil je tapi oleh kerana hanya buat masa tengok tv, dekat sebulan jugak nak siapkan.

2nd project. Untung beli selimut ni dekat IKEA boleh bahagi empat tapi haritu dah takde pulak yang corak plain. Ada yang bercorak punya so susah sikit lah kalau nak jahit huruf nanti.

Wednesday, June 12, 2013

Tempat plastik baju-T



Masih lagi dengan sentimental t-shirt nya. Hehe. Baju ni dah sendat huhu sedih. Dapat baucar membeli belah ntah kedai apa tak ingat tapi di Central Market. So adalah ciri-ciri kemelayuan, kebatikan (BM yang salah) tu. Menang peraduan di KLFM. 1st time memanjat bukit angkasapuri. 





Mendapat inspirasi dari buku ni tapi buku ni dia jahit patchwork dan tempat isi barang mainan. Kita tukar jadi tempat plastik. Sumbat je semuanya, kalau nak ambik, seluk aje.

Quilting.  ISBN: 9781840385496. Harga:RM29.90 di Borders. Untung beli ni, sebab bahagian bargain. Kalau tak mahu lebih lagi harganya. Dahlah tebal, ada step by step dan banyak pula projeknya tu.
Masa Borders baru buka dekat Times Square, dah la dua tingkat, bahagian bargain pun banyak buku yang best. Sekarang ni ntah ada ntah idak. Nasib baik sempat memborong banyak sebelum-sebelum ni. Terasa macam pembeli yang bijak pulak kekeke

Monday, June 3, 2013

Cadar Baju-T



Projek terperam sejak sekian lama, akhirnya siap juga. Cadar baju-t tapi boleh juga jadi selimut. Memori kini di abadi. Cewah. Jenuh buatnya, ingat nak jahit mesin, sekali banyak yang ‘lari’ saiznya, dah tak sama so kenalah jahit tangan untuk mengejar balik dan membetul-betulkan balik  bagi sama.



 Baju Charlie 130 ni dapat masa wakil main badminton dekat opis dulu. Semua yang masuk dapat baju ni. Dapat hadiah mangkuk je. Sagu hati. Yang warna hitam gambar singa tu dari majalah cinema online. Dulu rajin masuk contest dari situ so dapat banyak baju yang berkaitan dengan filem.


 Rakan Cinta Alam. Best dulu-dulu masuk rakan muda. Macam-macam aktiviti. Panjat Gunung Bubu tapi balik tu demam. Hehe, orang kata kena 'tegur'. Tak panjat dah. Last naik Gunung Ledang je, berkhemah. Nasib baik takde demam lagi.

Next, projek lain lak...