Tuesday, November 30, 2010

Memorabilia Quilts

Buku ni beli dekat Kedai Buku Xcess di Amcorp Mall, PJ. Masa tu kedai ni baru buka. Jadi banyaklah promosi buku-buku berkulit tebal yang murah-murah. Kalau kat Amcorp Mall tu selain dari Popular bolehlah lepak kat sini juga. Dengan moto 'read more for less' memang berbaloi beli kat sini.



Tajuk: Memorabilia Quilts Fabulous Projects with Keepsakes & Collectibles
Penerbit: Sterling Publishing Co. Inc, New York
Pengarang:Rita Weiss dan Linda Causee
Bilangan halaman: 128 m/s
Tahun terbitan: 2007
Harga: RM 24.90

ISBN no: 978-1-4027-3353-6

Sinopsis:
Keep your memories alive on beautiful quilts. Showcase remembrances on quilts that will evoke warm memories every time you see them. Once you learn how to reproduce photos, love letters, and other mementos on fabric, you can personalize any of the lovely projects, adding treasures you like, from collectible pins too blue ribbons. Celebrate weddings, birth, high school years, anniversaries, and other events in a special way.

Komen:
Saya ni memang jenis sentimental sikit..memang suka mengenang memori. Jadi sesuailah sangat buku ni. Dalam buku ni ada gambar foto, tiket konsert, poskad, surat cinta dan memo yang dijadikan hiasan dinding atau selimut. Tapi susah gak nak buat projek ni sebab benda-benda tu dia kena print kat kain, macam edible image yang kat cup cakes tu.

Projek yang sesuai boleh buat dari buku ni, t-shirt lama, tai dan baju baby yang dah tak boleh pakai tu dipotong menjadi selimut atau hiasan dinding. Lagipun teringat pula masa tengok Eclipse haritu mak Bella bagi selimut yang diperbuat dari t-shirt lama. So saya pun telah mulakan projek ni semalam dengan mengguntingnya dulu. Tak taulah bila boleh siap ni...banyak lagi projek dalam kepala. Tunggu dan lihat sahaja hasilnya nanti.


Baju ni sayang sangat...sebab baju ni 1st time menang contest kat majalah Pesta Hiburan (majalah ni pun dah lama takde) Kiranya baju nilah perintis saya terus menyertai peraduan-peraduan sehinggalah sekarang. Walaupun dah lusuh still simpan lagi dan akan ditukar kepada selimut.


Yang ni masa 1st time pergi melancong. Tahun 1996. Bapak bawa jalan-jalan ke China. Sedap pakai baju ni... sampai dah tak nampak logo kat depan tu.


Yang ni dapat masa masuk persatuan dulu. Still elok lagi cuma ada koyak sikit-sikit kat depannya. Sayang kalau dibuang atau dijadikan kain buruk, ibarat membuang kenangan gak. So sentimental...hehe.

Semoga saya berjaya menyempurnakan projek ini!!

Sunday, November 28, 2010

Happy Birthday Alesha



Dapat jemputan dari kawan sekolah pergi birthday party anaknya. Susah jugak nak mencari hadiah. Maklumlah dia ni dulu duduk luar negara, anak-anaknya dah banyak benda-benda mainan ni. Lagipun kat sana lagilah macam-macam ada. Akhirnya buat keputusan bagi coklat...bolehlah makan-makan nanti.

Kat sini juga jumpa kawan-kawan sekolah balik. Kerana FB dah ramai jumpa kawan-kawan lama yang memang berbelas-belas tahun tak jumpa. Kalau jumpa mesti dok bergelak sakan ingat masa zaman sekolah. Tak sangka, zaman sekolah lain...sekarang lain. Setelah jumpa kawan-kawan lama ni... bolehlah dibuat penilaian...orang yang dulu-dulu kelas pandai biasanya mengikut landasan yang betul, semakin maju. Orang yang kelas hujung-hujung pun sebenarnya pun semakin berpotensi sekarang. Cuma orang sederhana semasa sekolah, sampai sekarang la sederhananya...mungkin sebab selesa dengan keadaan tu kot. Rasanya mak bapak tak payahlah risau sangat kalau anak-anaknya dapat nombor corot masa sekolah. Panjang lagi perjalanannya.

Thursday, November 25, 2010

frame>by>frame asian


Buku ni adik-beradik ngan buku yang pernah saya cerita sebelum ni frame>by>frame baking. Tapi yang ni versi masakan asian. Satu buku lagi versi masakan italian. Kalau ikutkan hati dua-dua nak beli tapi kena tengok bajet gak. Saya pilih asian sebab lebih dekat dengan masakan kita. Kalau di MPH beli buku ni dapat sudu penyukat. Tu dia, yang ditayangkan tu..I like! *purchase RM50 & above on any Parragon cookery title and receive an exclusice set of "Love Food Measuring Spoon". Tapi bila tengok kat Popular 1 Utama dapat diskaun 20% untuk ahli untuk buku ni. Alamak! I like jugak!


Tajuk: frame>by>frame asian
Penerbit: Parragon Books Ltd, UK
Pengarang: - Talking Design
Bilangan halaman: 224 m/s Tahun terbitan: Cetakan 1 - 2010
Harga: RM 39.90
ISBN:978-1-4075-5334-4

Sinopsis:
There's nothing difficult about Asian cooking - just make sure that you have the most authentic ingredients available and complete each stage in the right order. Using the frame-by-frame photographs as a guide, you cannot fail with soups, tempura vegetables, wontons, wraps, rice, noodles, desserts and many other delicious dishes.

Komen:

Tak payah cerita panjang tengok je gambar yang besar dan terang. Memang ralit dibuatnya.



Antara yang menarik untuk dilihat cara-cara membuatnya: Tempura vegetable, prawn toast, thai noodle salad, chicken satay skewers with peanut sauce, crab wontonsm, gado-gado dan coconut ice cream.

Wednesday, November 24, 2010

Periuk Pasta

Ingat lagi entri saya sebelum ni pasal hadiah periuk pasta ni.? Ya semalam ke Karangkaraf di Jalan Sepana Sect 15 Shah Alam mengambilnya. Saya memang tak suka pergi Shah Alam…tak biasa, dahlah banyak bulatan, seksyen pun banyak…aduh pening kepala. .tapi sebab nak ambil hadiah redahlah juga…4 kali berjumpa bulatan, mengikut signboard rasanya dah betul dah..tapi ke lain la pulak..memang pusing bulatan je kerjanya. Akhirnya berjumpa juga..dah nampak bangunan yang dicat ungu dan lambang Karangkraf dari jauh. Satu hal la pulak parking takde. Masuk ikut pintu belakang memang nampak banyak parkingnya..sekali guard tu kata ikut depan. . Dah dua kali pusing kat depan tu..memang takde tempat nak letak..penuh.. kereta yang lain tu parking di tepi-tepi jalan je. Letak la juga kat tepi tu memandangkan sekejap je urusannya. Harap-harap janganlah kena saman.


Maher Zain datang KarangkrafAntara majalah keluaran Karangkraf

Kamera biasa dibawa ke mana-mana..sementara tunggu orang yang bawa hadiah tu..apalagi tangkaplah gambar konon-konon wartawan sedang membuat laporan..hehe..Tak sangka editor majalah RASA tu sendiri yang bawakan, Puan Yati. Beliau pun bertanya regular baca RASA ke? Betapa peramahnya diri ini..hehe..”Saya memang biasa majalah keluaran Karangkraf…sebelum ni pun pernah menang bla..bla …bla”. Puan Yati pun kata lah next year punya keluaran pun ada peraduan juga. Kena kumpul majalah untuk 3 keluaran dan ada slogan. Confirm memang akan masuk. Memang tak pernah ketinggalan pun beli RASA ni..walaupun masak kat rumah ala kadar je sebenarnya..hehe.

Bersama Puan Yati Rohani Rahim (Editor Pengurusan Kanan RASA)

Ada juga toko yang jual buku dan majalah keluaran Karangkraf kat sini. Mana boleh tak pergi, kan..mestilah menyinggah dan mencari apa yang patut. Dah nak balik tu hujan lebat la pulak. Lepak sekejap kat situ.

Malangnya..nak balik tu..seperti dijangka, kena saman polis trafik. Adoi! Sebagai warganegara yang bertanggungjawab hehe..terus pergi Balai Polis Shah Alam..malas nak berhutang..settle terus..tak payahlah nak merayu-rayu memang tau salah pun. Malang tak berbau lagi cash rupanya tak cukup..lupa pulak pagi tu isi minyak penuh, top up touch n go dan siap beli buku kat Karangkraf tadi. “ Saya bayar guna wang pos nanti boleh, saya nak balik kampung ni. Duit tak cukup. Saya memang tak datang Shah Alam dah.” Rupanya saman trafik kat mana-mana pun boleh bayar..kat kampung pun boleh..buat gelak dek orang tu je..malu..malu.



Monday, November 22, 2010

Mee Rebus Ramli


Orang Perak kalau tak tau Mee Rebus Ramli ni..sajee je la...sejak kecik bapak dah bawak makan kat sini. Kalau dari Ipoh tu ikut jalan lama nak balik Kuala Kangsar bolehlah singgah kat Tasik pekena mi rebus. Yang ni mak saudara belanja masa kitaorang pergi Ipoh hari tu. Terima kasih Wan memang lama tak makan mi rebus ni. Wan cerita arwah Ayah Tam (suaminya) kalau makan kat sini mesti pesan 2 pinggan dan boleh habiskan seorang je.

Saya juga pernah belikan untuk kawan yang kat KL. Dia orang Kampung Gajah so dah taulah reputasi Mee Rebus Ramli ni. Jauh perjalanan mi ni. Tapi kawan tu kata kuahnya macam dah kureng sikit rasanya tak macam dulu-dulu. Bukan dia saja, kawan yang duk Sungai Siput tu pun kata tak berapa sedap. Tapi saya memang suka makan apa-apa jenis mi pun so Mee Rebus Ramli ni memang termasuk kategori sedap jugak. Kalau nak dibandingkan memori masa makan kecik-kecik dulu idak le teman ingat dah. Kat sini juga popular dengan nasi ayamnya. So kalau datang kat sini memang pilih antara 2 menu ni lah walaupun ada menu yang lain lagi.

* ejaan mee mengikut kamus dewan sebenarnya adalah mi - sj bahan makanan yg rupanya spt laksa tetapi biasanya berwarna kuning (diperbuat drpd tepung gandum dll)

Sunday, November 21, 2010

Felt

Saya memang suka belajar benda-benda kraf ni.. belajar kraf dari kain felt pula kali ni....macam-macam yang boleh dibuat, magnet peti ais, cekak rambut, bekas pensel, klip rambut dan dari teknik-teknik ni kita boleh buat bermacam2 benda lagi. Thanks to Norlie dan Rafidah yang mengajar, saya paling suka dengan lady bug tu..soooo cute. Senang je jahit ni, tanpa menggunakan mesin...sambil tengok tv pun boleh buat..tapi kalau cerita yang tengok subtitle tu susah la jugak..mau tercucuk jarum pulak..ahaks. Dulu-dulu mak ajar jahit sulam, blanket stitch, back stitch..sembat dan macam-macam teknik lagi..tapi tak belajar betul-betul..rupanya guna balik semua tu dalam kelas ni..tu la lain kali apa yang mak ajar tu, belajar betul2....





Terima kasih juga kepada ida yang menyediakan tempat dan makanan tapi dia sendiri tak berkesempatan nak belajar. Ada hal lain yang lebih penting..takpe lepas ni kita study sama-sama.

Monday, November 15, 2010

Cheese Tart

Projek bersama mak saudara. Mak Pah di Ipoh..berkongsi pelajaran dan pengalaman. Terima kasih sebab bawa jalan-jalan kedai barang kuih kat Ipoh. Lepak kat kedai-kedai sini la pulak nampaknya.


Di sebalik tabir pembikinan.

Wednesday, November 10, 2010

Kari Ikan Sembilang


Orang Utara memang suka makan kari tak kira lah kari ikan, kari daging, kari telur, kari sotong dan macam2 jenis kari lagilah. Kalau hari ni lauk kari esoknya apalagi, sarapan roti Gardenia cicah karilah. Sedap dan mudah disediakan.

Kari ikan sembilang ni lagi sedap bila ada telurnya. Masa kecil-kecil mak selalu gak masak telur ikan tapi bukan sembilang, ikan pelotan kot namanya... tak sedap pun, tu yang tak pernah makan telur ikan dah. Sekali bila makan telur ikan sembilang, saja-saja nak try makan telurnya pulak...fuh sedapnya hingga menjilat jari. Fahamlah saya perasaan mak si Pekan dan Melur yang menyerah diri ke Batu Belah Batu Bertangkup sebab tak dapat makan telur tembakul..hehe..memang sedap rupanya telur ikan ni. Kalaulah ada orang habiskan memang terasa kecil hati gaklah sebab tak tinggalkan untuk kita. Kempunan. Nak lari ke batu mana ek. Batu Feringgi bleh?? Mahal gak ikan sembilang bertelur ni..1kg RM19..patutlah sedap. Masak sambal kering pun sedap gak.

Kait Jarum Dua


Dulu masa sekolah selalu tengok cerita kantonis. Biasa dalam cerita cina ni ada watak perempuan mengait baju sejuk sambil tengok tv. Masa tu pun dah minat nak belajar mengait jarum dua ni. Pernah juga nak belajar kat kedai masa tu. Kat kedai tu ajar percuma je tapi kena beli barang kat kedai dialah. Berbelah bahagi gak nak belajar sebab jenis slow learner gak ni. Takut kena marah dengan cikgu!!! Kait jarum satu tu boleh juga tapi tali air je hehe belum lagi siap apa-apa seperah. Tak reti sangat nak baca pelannya.

Dah besar panjang ni minat masih ada dan sekarang lebih mudah, dah ada siap jual buku dengan kit sekali. Macam-macam buku jarum kait dua ni dah beli tapi tak mula-mula lagi. Sekarang baru ada masa untuk menelaah semula buku-buku yang dah lama beli ni. Beli kit untuk budak-budak sebab berpendapat kalau budak-budak punya senanglah. Tapi susah gak rupanya belajar tanpa guru ni. Dekat setengah jam pegang jarum tu asyik terburai je? Sasarannya nak buat mafela sebab senang je rupanya. Abih tahun bila nak siap ni ek..hehe

Tepek


Adik-beradik lepat pisang sebab dalamnya ada kelapa. Tapi kalau kat KL rasanya tak jumpa lepat pisang yang ada kelapa kan? Selalunya dicampur sekali dengan pisang tu. Tak best macam tu.

Kat kampung senanglah nak buat tepek ni. Ambil je daun pisang belakang rumah tepek ngan bancuhan bisang tu. Taruh nyor. Sedap untuk sarapan atau minum petang.

Sunday, November 7, 2010

Happy Deepavali

Merayakan Deepavali dengan menyiapkan tempahan. Maklumlah, asal cuti umum je orang balik kampung jadi ramailah nak bagi gift kat saudara, menantu atau makan sendiri.


Terima kasih Wan Teh

Terima kasih Pak Salim

Terima kasih Puan Amira

Sorry Sharmini tak dapat datang rumah. Happy Deepavali!

Saturday, November 6, 2010

Coklat Betul vs Coklat Tipu



Akhirnya dah praktis buat faux cake yang belajar haritu. Antara coklat betul dan coklat tipu ni yang mana satu pilihan kalbu? Cuba teka yang mana satu yang betulnya.

Friday, November 5, 2010

Ditag

Kali ini ditag oleh BSB. Kenal BSB ni dalam blog je..tapi macam kenal rapat je maklumlah sama-sama senegeri dan minat KRU..hehe.. Semoga BSB sefamili dan pembaca-pembaca blog ni berbahagia selalu. Selamat bercuti dan berhujung minggu.

Thursday, November 4, 2010

Hak Pengguna


Pagi tadi kat pasar ada orang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang memantau harga barang kat pasar. Bagus betul, 2 minggu lepas baru lagi nampak derang datang ... datang lagi. Ada satu sudut tu letak brosur pasal hak-hak pengguna ni. Saya memang minat ngambik benda-benda gini untuk simpanan. Walaupun dalamnya membosankan...biasalah benda-benda gini skema sikit, cerita pasal objektif tribunal pengguna, tatacara, bidang kuasa dll. Nasib baik ada contoh2 kes dalam ni so terus faham macam mana hak pengguna tu.

Contoh Kes 1:

Hain telah mendapatkan khidmat pakej perkahwinan (gambar dan pakaian) berharga RM1,488.00. Beliau tidak berpuas hati dengan khidmat tersebut kerana ia hanya indah khabar dari rupa.

Hain tidak berpuas hati dengan kualiti gambar yang dihasilkan. Beliau telah meminta Syarikat Cinta Abadi memastikan kulit tunangnya cerah di dalam gambar kerana tunangnya seorang yang berkulit gelap. Apabila menerima contoh gambar, beliau dapati kulit tunangnya menjadi lebih gelap.

Hain juga berasa tidak selesa dengan pakaian yang disewa kerana ia seperti tidak dicuci. Akibatnya, Hain mengalami gatal-gatal badan kerana beliau memang alah pada pakaian yang tidak dicuci. Malah pakaian tersebut ada yang koyak dan pudar warnanya.

Bunga hadapan kereta juga kotor dan tidak teratur. Pakaian untuk ‘flower boy’ tidak disediakan. Setelah didesak barulah mereka sediakannya tetapi kelihatan sangat lusuh.

Award: Syarikat Cinta Abadi diarahkan mencuci gambar perkahwinan tersebut sehingga Hain berpuas hati.


Komen saya: Susah jugak ada pelanggan yang macam ni. Kalau dah gelap tu terima jelah hakikat. Hehe...

Jangan terperangkap dengan Skim Cepat Kaya. Awas dengan ayat-ayat sebegini:
  • Anda tidak perlu menjual untuk mendapatkan ganjaran / keuntungan.
  • Letak saja duit untuk buat duit
  • Beli atau labur sekarang, ambil barang kemudian.
  • Dijamin tiada risiko dan wang akan dikembalikan
  • Anda hanya perlu mengeposkan kepada orang yang kemudiannya akan membuat deposit ke dalam akaun anda.

Komen saya: Kalaulah nak jadi kaya tu senang tentu dah ramai jutawan kat Malaysia ni.

Wednesday, November 3, 2010

Dekorasi Inggeris

Sekarang ni banyak orang menghias rumah dengan dekorasi Inggeris. Ada hiasan decoupage la, folk art la. Semua ada bunga-bunga kecil dan berdasar putih. Pastu perasan tak kadang-kadang ada ayam jantan sebagai hiasan. Tengok je kat Anjung Seri atau Impiana mesti ada.

Rumah saya tak payah berhias-hias ayam jantan dah...ni ha ayam ni datang nak bertelur. Sesat gamaknya, nak mencari perlindungan. Kesian ayam ni ... bertelur sebijik dah dicuri kera. Banyak kera kat sini. Pandai-pandai pulak kera tu. Tutup Tupperware pun boleh buka tau! Dah tak boleh claim tutupnya. Cerita keralah pulak, berbalik pada ayam tadi ... untuk memastikan ayam ni sentiasa duduk di sini dan tak kacau pokok bunga pulak, mak saya ambil telurnya dan simpan dulu pastu umpankannya dengan batu. Jadi dia ingat telurnya ada di situ. Lepas dah habis bertelur barulah letakkan semua telur tu balik untuk dieramkan. Letak lalang tu supaya lebih selesa lagi nak mengeram. Rupa-rupanya ayam ni kalau mengeram memang dia duduk je kat situ. Idak la bergerak-gerak, dalam 3 hari barulah dia keluar cari makan itu pun kawasan terdekat je. Idakle teman tau.

Kalau kuali ni dihias decoupage mesti grand habis.

Monday, November 1, 2010

Tart Coklat Sarawak

Memandangkan Cheese Tart biasanya tak memenuhi standard ISO, terpaksalah cari alternatif..hehe. Jadi cari yang dekat di hati, coklatlah apalagi. Dengan yakinnya beli segala bahan-bahan nak membuatnya. Dalamnya ada walnut yang dibakar dan dicincang. Untuk hiasan pun sama. Tetiba time nak buat baru perasan, 'awat walnut ni lain macam je rupanya' (berkata-kata di dalam hati)... pastu tanya mak, "Ni, walnut ke?"
"La, ni pecan."

Salah beli la pulak ... ceh...bantai je la, adik-beradik kekacang jugak. Walnut tu tak berbentuk tapi kulitnya dah macam sama dengan pecan. (Cover kesalahan). Yang penting, menjadi jugak. Untuk makan sendiri, kita bagi melimpah sikit coklatnya ... wah sedapnya... hehe. Diakui oleh jiran sebelah yang memang terror bab buat kuih ni ... bukan masuk bakul angkat sendiri tau!