Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Sunday, December 9, 2018

Debaran di Kaunter Imigresen (Chengdu, China 12 Sept – 18 Sept)


Teksi dari Chunxi Road ke airport 54 RMB (RM34). Kami sampai awal di airport jadi lepak-lepak di situ sambil tengok sourvenir yang boleh dibeli. Flight malam.
 
Bahagian Departure. Panda panda panda

Tempat simpan bagasi, 0-6 jam untuk beg saiz besar (ada ukuran tertentu) 20RMB, Saiz sederhana 12RMB, saiz kecil 8RMB.
Pukul 8 malam dah nampak kaunter Air Asia akan dibuka. Kami jadi orang pertama yang tunggu di barisan dan diikuti orang lain.  Memang kami berdua juga la yang bertudung. Menjadi orang pertama yang selesai check in bagasi dan orang pertama yang menuju ke imigresen.

“Hello, ni hao?” Excited tegur pegawai tu dulu.
Dia belek-belek pasport sambil tanya dalam BI, “Berapa lama tinggal di Chengdu?” Sambil kira dengan tangan, 12,13,14,15,16. 5 days (padahal sampai 18hb. Tak expect dia akan bertanya soalan)
“Tujuan datang ke Chengdu?”
“Vacation”
“Ha?”
“Visiting.”
“Tourist?”
“Yes.”
Kakak yang berurusan dengan kaunter sebelah boleh lepas je tanpa banyak soal.

Pegawai depan saya tu cakap dengan kaunter sebelah. Cakap mandarin tapi macam gayanya … ni translate ikut rumusan sendiri ya. Biji butir sebenar idaklah tau, “Eh kenapa bagi lepas?”
 “ Habis tu, dah tak ada apa-apa masalah.”

Pegawai tu panggil seorang lagi rakan di belakang. Ketua dia kut. Perempuan.

Ha sudah, dup dap dup dap pulak rasa di hati. Saya syak sebab pasport dah nak mati je. Banyak pula soal ni.

Kedua-duanya cakap Cina sambil belek-belek pasport. Yang saya faham, “ …. tapi, Malaxiya!. Malaysia diulang banyak kali.

Kali ni pegawai perempuan tu pula tanya.
“Di Chengdu pergi mana?”
“Tengok panda.” Derang senyum je. Sudahnya lupa dah nama tempat lain yang pergi. Pegawai seorang tu masih belek-belek pasport. Saya perasan dia berhenti di muka surat yang ada cop imigresen warna hitam.
“Awak boleh cakap mandarin?”
“Little. Ni hao?”
“Datang seorang?”
“With my sister. Over there,” Kakak yang dah lepas tadi patah balik belakang dan tanya pada pegawai tu, “Any problem?”
“No! Chengdu tinggal di mana?”  Bla bla airbnb bla bla.
Lepas tu baru pegawai lelaki tu cop pasport.
“Xie xie.” Fuh.
Kaunter security pula. Letak beg. Pastu derang “bla bla bla ” cakap mandarin sambil sebut-sebut Malaysia.
Adoi la siap kena berhenti lagi screen seluruh badan. Orang lain yang sebelum ni tak kena pun. Ikut sahajalah arahan. 

Alhamdulillah lepas. Cepat-cepat saya buka pasport muka surat yang ada cop hitam. Saudi Arabia!.’Woit derang ingat saya ni terrorist ke apa?  Punya la banyak dalam tu cop Jepun, Thailand, Vietnam. Dia boleh perasan Saudi Arabia sebab visa umrah yang melekat dalam tu satu kertas A4 yang dilipat. So memang jelas sangat terus buka di halaman yang tu.

Tak apalah, derang buat kerja untuk negara. Kita pun tak ada buat perkara yang salah. Chill. Ya begitulah pengakhiran pasport saya. Akan renew bila ada keperluan nanti.

Mengimbas semula tabiat orang sana. Agak kasar dan tak layan orang. Tapi ehh jangan buat kesimpulan begitu untuk semuanya. Ada satu teksi ni dia menunggu di tepi jalan. Kami memang nak cari teksi sebab tukar tempat penginapan. Tunjuk dekat dia nama jalan. Dia geleng kepala maksud tak pergi.  Jadi kami tunggu je la disitu dengan tenang dan sabar dalam cuaca yang mendung menanti teksi yang lain. Dalam 10 minit kemudian dia keluar dari teksi dan tanya,”Fei? (to fly) sebab kami bawa bagasi dia ingat nak pergi airport. Geleng kepala dan tunjuk dekat dia alamat. Dia cakap mandarin berserta isyarat tangan, “terus, kiri, daoda (sampai). Haha dekat beno, 1 blok je. Xie Xie ni.

Seorang pekerja kedai vegetarian ni pula tolong panggilkan teksi. Sebenarnya cuma nak tanya tunggu teksi arah mana tapi dia suruh ikut dia hingga ke jalan utama. Tak payah tunggu dekat taxi stand pun, lambai teksi ikut dan (ikut sempat/ikut suka) je. Teksi tu mulanya di lorong tengah macam laju je, dilambainya, terus teksi tadi belok ke arah kami. Ohh gitulah cara panggil teksi di sini agaknya.Hihi.
 “Welcome to Chengdu again," kata orang yang tolong kami tadi.
“Xie xie."

Cuma tak berapa tahan bila kat sini, derang biasa meludah. Di dalam kapal terbang lagi, mak cik ni batuk  teruk. Punya le nak tarik kahak tu, kuat suaranya pastu “Ptui”. Beberapa kali juga dia buat tarik kahak tu sepanjang perjalanan dari Malaysia lagi. Dari dalam kereta pun boleh je "ptui". Masa tengah berjalan pula, tetiba “ptui” dekat dengan kita. Tu yang tak tahan tu.

Menu durian dan mangga banyak di sini. Manggis kat tempat kita musimnya dah habis, kalau teringin makan la kat sini. Cantik pula, berkilat-kilat kulit. Adakah taruh lilin sama macam apple?? Ha entahlah hihi.
Longgokan durian tu.



Friday, December 7, 2018

Huanglongxi Ancient Town(Chengdu, China 12 Sept – 18 Sept)


Di Chengdu banyak kawasan-kawasan yang rupa ala-ala bandar sejarah. Tapi tak sempat nak membaca haha, bergambar ajelah. Yang penting, masuk pun free.

Oleh kerana tempat ni jauh dari bandar. Memang kena naik bas. Ini merupakan hari terakhir. Flight malam nanti. Kena check out pukul 12 tengah hari. Memikirkan kalau check out awal, jenuh pula nak bawa bagasi turun naik Metro time orang pergi kerja ni. Akhirnya buat keputusan keluar awal pagi dan balik semula sebelum pukul 12.

Chunxi Road ------> Xinanmen
                 (1 stesen)

Untung duduk di area Chunxi ni jimat sikit duit tambang dan masa sebab stesen-stesen yang nak pergi hanya satu atau dua stesen sahaja.  Kami nak pergi Stesen Bas Xinanmen.

Stesen Bas Xinanmen. Di sini ada service tempat simpan barang/bagasi. Yang papan tanda warna biru tu. 
Ada exit yang memang betul dekat dengan stesen bas ni, tapi kami keluar salah exit. Kena pusing satu blok. Stesen bas ni ada 2 tingkat. Beli tiket bas di tingkat atas. Mujurlah orangnya boleh berbahasa Inggeris. Jadual bas macam sejam satu. Kami ambil yang pukul 8.40 pagi. Kena beri pasport untuk dia catat maklumat. Tiket 16 RMB (RM9.60). Tunggu bas di tingkat bawah. Digital board yang boleh dibaca hanya bahagian waktu dan platform. Yang lain tulis Cina. Scan tiket sendiri dan cari bas. 

Nama tempat dalam character Cina (yang atas angka 16.00 tu). Tengok tulisannya sama dengan gambar di bawah.

Bandingkan tulisan Cina tu dengan tiket. Untuk nak confirmkan, tanya dengan driver yang sudah sedia menunggu. Betul. Dia suruh naik.

Ada 6 orang penumpang dalam tu. Siap kena pakai tali pinggang. Ada orang yang check. Bagus. Jaga keselamatan betul.

Sampai pukul 9.40 lebih kurang. Konon nak beli tiket balik siap-siap. Tanya di kaunter ada pukul berapa. Punyalah jenuh nak tanya sebab dia tak faham. Dia bagi satu kertas yang tulis skrip English.

1)Pukul berapa

2) Berapa orang.

Masalahnya saya cuma nak tanya bas yang ada pukul berapa. Dia bagi juga kertas skrip tu. Buang masa pula bersoal jawab dahlah nak mengejar masa ni. Pergi tengok tempat tu dulu, nanti baru fikir. Kalau di stesen bas tadi dalam sejam satu, maybe yang balik pun sama.

Keluar dari stesen tu ke kanan dan terus. Tak adalah apa-apa panduan papan tanda. Ikut gerak hati, jalan terus je dan tengok arah orang ramai. Dalam 700 meter, nampak pintu gerbang. Ah betul dah ni. Fuh lega.
 
Pintu gerbang
Seni bina tradisional

Yang ni tak tau ciri tradisional ke idak
Air pancut
Mangkuk besar tu memang gaya lama, kan
Katak dan kura-kura gergasi zaman dulu. Hehe hiasan je untuk naik seri kawasan ni. Terdapat tanda amaran yang diletak untuk tidak bergambar di batu-batu yang melintasi kawasan ini. Memang bahaya takut licin.
Ada bot di sini yang boleh dinaiki dan dikenakan bayaran.
Kincir air kayu
Cantik tempat ni ada kincir air, tali air, sungai. Kat sini pun banyak kedai-kedai jual makanan dan sourvenir tapi tak adalah nak membeli sangat. Bergambar je.

Patutnya tempat ni pergi awal-awal lagi, tapi keputusan pun baru buat sehari sebelum sebab tempat yang dirancang semua dah pergi. Ni saja nak isi waktu sebelum nak balik.

Masa berlalu dengan pantas dan dah pukul 10.30 pagi takut pula terlepas bas nanti terlewat check out.

Sampai situ lagi 5 minit pukul 11. Terus minta tiket pukul 11. “Eleven. Two tickets.” Ha senang je. Faham dia. Orang yang sama di kaunter tadi. Mujur bas jalan 11.05. Sama ada memang bas tu jalan lambat atau memang tunggu kami. Hihi. Walaupun terkejar-kejar, jadilah melawat sekejap sahaja.

Masa kami datang tadi (dengan Metro), keluar Exit D, sekali bila balik dekat dengan Exit C. Naik metro ni memang senang, cumanya bila keluar tu kena tahu Exit yang mana. Silap Exit, boleh pusing lagi jauh jadinya.


Bersambung seterusnya:
Debaran di kaunter imigresen

Wednesday, December 5, 2018

Tai Koo Li dan sekitarnya (Chengdu, China 12 Sept – 18 Sept).


Adanya airbnb sekarang ni dapatlah merasa pengalaman seperti orang tempatan. Ada satu rumah tu kawasan macam rumah PPR kita je tapi bila masuk dalam, "Wow!". Hiasan dalamannya stylo. Tiada tv, tapi pakai projector dengan layar yang besar macam tengok wayang. Satu rumah lagi hiasannya barang-barang daripada Ikea kebanyakannya. Hiasan pun memang menenangkan jiwa. Wayar aircond yang biasa kelihatan tu pun dia boleh taruh bunga-bunga hiasan yang terjuntai dan terus nampak cantik je dinding. Di ruang tamu ada buku dan dalam toilet pun ada buku. Sayangnya kebanyakan buku tulis Cina je. Tengok gambar je la.

Kedua-dua airbnb ni berhampiran dengan Tai Koo Li, jadi memang lalu sini setiap hari sebab nak pergi stesen Chunxi.

Di Sino-Ocean Tai Koo Li, terdapat 300 buah kedai fesyen, hiburan dan makanan yang berjenama. Window shopping tiap-tiap hari jadinya.


1st day sampai, jalan-jalan di sekitar waktu malam. Ramai juga orang.

Kedai Apple
Kedai Innisfree dua tingkat.


Antara kedainya seperti Tesla, Gucci, Hermes, Versace, Jimmy Choo, Cartier, Omega, Hugo Boss, Estee Lauder, Lancome, Muji, ZARA, Apple, Lulu Lemon, Sephora, Innisfree, Michael Kors, Levi’s. Converse, Adidas, Nike, Mango Six dan banyak lagi. Yang saya nyatakan tu sebab itu yang saya kenal. Banyak lagi yang tak pernah didengar. Siang malam pun ramai je yang orang jalan-jalan di sini.

Jalan-jalan waktu siang pula. Kat dalam kawasan ni ada tokong. 

Kedai Cartier
Di kawasan sini juga ada hiasan reka bentuk seni. Saya nak tangkap gambar satu model bapak dan anak yang diperbuat daripada besi tapi ditergur oleh guard di sini. 'Can't take picture'. Eh, tak tulis pun kat situ. Hmm. berkenaan hak cipta agaknya. Ada , 3 atau 4 karya seni di sini yang diletak berasingan.
Agaknya patutlah mercu?  yang ada nama Tai Koo Li ni pun macam special je bentuknya. Art agaknya.
Setiap kedai mempunyai reka bentuk sendiri.
Mall berdekatan ialah Chengdu International Finance Square (IFS). Iabersambung dengan Metro. Ada exit tertentu boleh tembus ke IFS ni.


Bas gambar panda ni terletak di luar IFS.  Boleh beli tiket nak pergi Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding di sini.

Cer tengok kat atas bangunan tu, nampak Giant Panda tengah nak memanjat. 

'Gigih' Panda ni memanjat
Baru lepas hujan. Kawasan ni memang happening la untuk nak window shopping.

Special, kan?. Punya besar pasar raya ni,tarikannya dekat patung Panda yang memanjat tu. 
Basikal-basikal untuk disewa.

Walaupun tempat ni macam barang mewah dan moden je kan tapi sebenarnya ada tempat-tempat yang tradisional di celah-celah bangunan. Berjalan ikut langkah kaki, tiba-tiba je jumpa spot menarik.


Tak tau siapa punya basikal. Pinjam buat prop.


Dinding bangunan ni nampak cantik. Di Chunxi Road.
.
Bersambung seterusnya:
Huangloxi Ancient Town



Tuesday, December 4, 2018

Masjid Huang Cheng (Chengdu, China 12 Sept – 18 Sept)

Mencari makan halal yang senang sudah semestinya di area Masjid.

Chunxi Road ----à Tianfu Square
                    (1 stesen)

Tianfu Square

Exit ke arah Tianfu Square dulu. Anda berdiri berdepan dengan tugu Mao Zedong. Masjid berdiri di kiri anda. Sebelah bangunan yang besar tu. (Hall ke apa? Entah tak ingat)


Set burger
Set burger ikan dan udang
Menu yang ada
Dumpling soup
Beef noodle dan sebelah kanan tu macam nugget dia punya rasa

Kami mencuba kedai makan yang lain. Bila dah masuk kedai baru tau kedai makanan segera (fast food). Burger daging, ayam, ikan, air gas, fun fries. Haish takkan dah datang dari Malaysia nak makan fast food je, mestilah nak cari makanan yang bercirikan tempatan. Belek-belek menu, jumpa juga beef noodle dan dumpling soup.

Tak ramai pelanggannya masa tu, 3 meja je yang penuh. Tetiba ada pak cik ni dan isterinya masuk. Excited tengok sana-sini. Ada gambar masjid di dinding dan dia tanya pekedai tu ni gambar dekat mana. Pekedai tu tak tahu dan macam malas je nak layan pak cik tu.

Kalau tak silap gambar Masjid Baiturrahman di Acheh tapi tak naklah masuk campur, karang banyak cakapnya lagi tak faham pula.

Lepas tu pak cik tu datang meja kami sambil tunjuk mangkuk saya dan cakap-cakap. "Bla ... bla ... bla."
Hmm … “wo bu mingbai”. Dia masih bercakap.
Orang belakang saya sebut menu.
Oooh dia nak tanya saya makan apa. Mungkin nampak menarik dan nak order juga.

Waktu zohor sudah hampir. Alang-alang  masjid di seberang sahaja,  singgah solat di sini sebelum meneruskan  perjalanan. Ada lagi 10 minit sebelum masuk waktu. Duduk dulu di kerusi luar. Nak tengok macam mana orang sini azan.

Pintu masuk

"Tiada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah"
Di ruang legar masjid

Waktu-waktu solat


Dalam duk lepak tu, jumpa lagi pak cik mak cik yang sebelum ini di kedai. Riak muka macam, “Eh kita jumpa tadi!”
“Assalammualaikum,” kata pak cik dengan pelat Cina.
“Waalaikumsalam.”
Dah lupa soalan yang dia tanya hihi tapi saya jawab Malaysia..
“Ha?”
Opps terlupa pulak, derang faham bunyi cina, “Malaxiya.”
Dia macam heran, Malaxiya? Malaxiya? Ada orang lain lalu dan pakcik beritahu, kami orang Malaxia. Malaxia?. Orang tu balas balik, ” Malaysia pun tak tahu ke?” Hahaha, sebenarnya saya pun tak tahu biji butirnya tapi berdasarkan riak muka dan cara cakap tu. Gitulah.
 Pak Cik dan mak cik tu datang dari Guangdong kalau tak silap.

Tak abis lagi pakcik nak bercakap. Akhirnya saya tunjuk buku ‘15 minute Chinese’ yang ada memuatkan tulisan Cina dan suruh dia tunjuk perkataan yang mana dia nak cakap. Dia tunjuk ayat ‘Nice to meet you.’

Saya tanya dia boleh cakap Inggeris tak? Dia jawab tak. Tapi bukan cakap mandarin dia cakap bahasa pasar tapi macam pernah dengar. Mungkin hokkien.
“Wo bu mingbai putonghoa (Standard mandarin)”, automatik keluar ayat tu. Dia faham je. Betul la tu agaknya. 

Ingatkan dia pun nak tunggu waktu solat. Lepas dia bersembang dengan kami  dan tengok sekitar masjid,  dia balik. Hmm heran pulak. Dia saja nak singgah nak tengok masjid agaknya. “Assalammualaikum,” katanya lagi.


Bilal bersedia untuk melaungkan azan. Tanpa mikrofon suaranya didengari di ruang legar masjid.

Di tengah kawasan masjid, seorang pemuda berjubah berdiri. Sesekali dia tengok jam. “Allahuakbar ! Allahuakbar! Suara pelat cina memenuhi ruang mengajak menuju kejayaan.  Walaupun tak nampak orang lalu-lalang masuk masjid tapi nampak ramai jugalah . Entah daripada mana mereka sebelum ini sebab tak nampak pun mereka datang dari pintu utama. Mungkin dah datang awal agaknya.  Bilik solat wanita bertirai dan ada diletak telekung.

Ruang solat lelaki

Sesungguhnya kesemua orang Islam bersaudara walaupun berbeza warna kulit dan budaya. Kita tetap beriman kepada Allah yang Esa.


Bersambung seterusnya:
Tai Koo Li

Saturday, December 1, 2018

Kuanzhai Alley (Chengdu, China 12 Sept – 18 Sept)


Mudahnya duduk di area stesen Chunxi Road sebab ianya stesen pertukaran. Jadi, senang nak tukar Line(laluan) yang mana satu.

Chunxi Road  -----à People’s Park Station (Exit D)
                  (2 stesen)
 
Ikut je arah yang diberi
Dari Metro dah boleh nampak papan tanda arah.
Boleh bergambar di sini
Drama haha

Yang ni tak taulah apa bendanya, permainan ke pertahanan ke. Tapi dia macam besi-besi yang boleh ditarik dan dimasukkan. Kadang ada budak yang boleh berdiri atas tu.


Masuk je pintu gerbang tu dah rasa macam ala-ala sejarah ni. Di dinding/tembok ada seni dan gambar 3D yang kita boleh bergambar. Pergi dah awal pagi, tapi sebab hari minggu makin lama makin ramai. Dah kena menunggu giliran pula untuk bergambar. Di situ juga ada kaunter pelancongan. Orang ramai boleh naik bas atau beli pakej pelancongan sama ada nak pergi tempat panda atau melawat satu patung Buddha besar di luar bandar.
 
Starbuck, gaya tradisional

Ni berasap-asap ni macam aiskrim. Tu la dekat sini makanannya menarik untuk ditengok

Servis korek telinga. Asyik nampak!


Kat sini sama konsep macam di Jinli Street juga, ada servis korek telinga, ada kedai makan, sourvenir, buku, boleh bersolek dan pakai baju macam dulu-dulu, cuma dari segi nak mengambil gambar tu kat sini bangunannya lebih menarik dan tradisional.
 
Dua pelakon ni beraksi dengan pengunjung manakala yang lain bersedia untuk menangkap gambar.
Menarik di sini ada macam show kita boleh bergambar dengan 2 orang ni yang berpakaian macam zaman dulu-dulu dengan prop seperti topi cowboy, hiasan jongkong emas besar dan ada lagi la. Ada bayaran dikenakan. Orang yang nak bergambar tu akan ‘beraksi’ bersama mereka. Mereka akan buat cerita dan setiap kali akan keluar prop kemudian pose. Walaupun tak faham sebab cakap cina je tapi bila tengok dia keluarkan prop dan gaya tu pun dah kelakar. 


Ayor kelapa

Menarik ni. Biasa kalau kedai baju kan ada ruang depan yang berkaca untuk mempamer baju ikut tema, adoi lupa nama konsep tu, selalu dalam The Apprentice. Tapi yang ni tunjuk orang tengah buat popia. Jadi kita tengok je la depan kedai tu.
Gini la rupa luas kawasannya

Ada satu stesen Metro lagi yang boleh naik juga line hijau Wide and Narrow Alley. Tapi dia macam jalan ikut belakang je.


Bersambung seterusnya:
Masjid Huang Cheng