Wednesday, December 5, 2018

Tai Koo Li dan sekitarnya (Chengdu, China 12 Sept – 18 Sept).


Adanya airbnb sekarang ni dapatlah merasa pengalaman seperti orang tempatan. Ada satu rumah tu kawasan macam rumah PPR kita je tapi bila masuk dalam, "Wow!". Hiasan dalamannya stylo. Tiada tv, tapi pakai projector dengan layar yang besar macam tengok wayang. Satu rumah lagi hiasannya barang-barang daripada Ikea kebanyakannya. Hiasan pun memang menenangkan jiwa. Wayar aircond yang biasa kelihatan tu pun dia boleh taruh bunga-bunga hiasan yang terjuntai dan terus nampak cantik je dinding. Di ruang tamu ada buku dan dalam toilet pun ada buku. Sayangnya kebanyakan buku tulis Cina je. Tengok gambar je la.

Kedua-dua airbnb ni berhampiran dengan Tai Koo Li, jadi memang lalu sini setiap hari sebab nak pergi stesen Chunxi.

Di Sino-Ocean Tai Koo Li, terdapat 300 buah kedai fesyen, hiburan dan makanan yang berjenama. Window shopping tiap-tiap hari jadinya.


1st day sampai, jalan-jalan di sekitar waktu malam. Ramai juga orang.

Kedai Apple
Kedai Innisfree dua tingkat.


Antara kedainya seperti Tesla, Gucci, Hermes, Versace, Jimmy Choo, Cartier, Omega, Hugo Boss, Estee Lauder, Lancome, Muji, ZARA, Apple, Lulu Lemon, Sephora, Innisfree, Michael Kors, Levi’s. Converse, Adidas, Nike, Mango Six dan banyak lagi. Yang saya nyatakan tu sebab itu yang saya kenal. Banyak lagi yang tak pernah didengar. Siang malam pun ramai je yang orang jalan-jalan di sini.

Jalan-jalan waktu siang pula. Kat dalam kawasan ni ada tokong. 

Kedai Cartier
Di kawasan sini juga ada hiasan reka bentuk seni. Saya nak tangkap gambar satu model bapak dan anak yang diperbuat daripada besi tapi ditergur oleh guard di sini. 'Can't take picture'. Eh, tak tulis pun kat situ. Hmm. berkenaan hak cipta agaknya. Ada , 3 atau 4 karya seni di sini yang diletak berasingan.
Agaknya patutlah mercu?  yang ada nama Tai Koo Li ni pun macam special je bentuknya. Art agaknya.
Setiap kedai mempunyai reka bentuk sendiri.
Mall berdekatan ialah Chengdu International Finance Square (IFS). Iabersambung dengan Metro. Ada exit tertentu boleh tembus ke IFS ni.


Bas gambar panda ni terletak di luar IFS.  Boleh beli tiket nak pergi Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding di sini.

Cer tengok kat atas bangunan tu, nampak Giant Panda tengah nak memanjat. 

'Gigih' Panda ni memanjat
Baru lepas hujan. Kawasan ni memang happening la untuk nak window shopping.

Special, kan?. Punya besar pasar raya ni,tarikannya dekat patung Panda yang memanjat tu. 
Basikal-basikal untuk disewa.

Walaupun tempat ni macam barang mewah dan moden je kan tapi sebenarnya ada tempat-tempat yang tradisional di celah-celah bangunan. Berjalan ikut langkah kaki, tiba-tiba je jumpa spot menarik.


Tak tau siapa punya basikal. Pinjam buat prop.


Dinding bangunan ni nampak cantik. Di Chunxi Road.
.
Bersambung seterusnya:
Huangloxi Ancient Town



No comments:

Tempe Kentang Goreng Sambal