Di Chengdu banyak kawasan-kawasan yang rupa ala-ala bandar
sejarah. Tapi tak sempat nak membaca haha, bergambar ajelah. Yang penting,
masuk pun free.
Oleh kerana tempat ni jauh dari bandar. Memang kena naik
bas. Ini merupakan hari terakhir. Flight malam nanti. Kena check out
pukul 12 tengah hari. Memikirkan kalau check out awal, jenuh pula nak
bawa bagasi turun naik Metro time orang pergi kerja ni. Akhirnya buat keputusan
keluar awal pagi dan balik semula sebelum pukul 12.
Chunxi Road ------> Xinanmen
(1 stesen)
Untung duduk di area Chunxi ni jimat sikit duit tambang dan
masa sebab stesen-stesen yang nak pergi hanya satu atau dua stesen sahaja. Kami nak pergi Stesen Bas Xinanmen.
Stesen Bas Xinanmen. Di sini ada service tempat simpan barang/bagasi. Yang papan tanda warna biru tu. |
Ada exit yang memang betul dekat dengan stesen bas
ni, tapi kami keluar salah exit. Kena pusing satu blok. Stesen bas ni
ada 2 tingkat. Beli tiket bas di tingkat atas. Mujurlah orangnya boleh
berbahasa Inggeris. Jadual bas macam sejam satu. Kami ambil yang pukul 8.40
pagi. Kena beri pasport untuk dia catat maklumat. Tiket 16 RMB (RM9.60). Tunggu
bas di tingkat bawah. Digital board yang boleh dibaca hanya bahagian
waktu dan platform. Yang lain tulis Cina. Scan tiket sendiri dan cari bas.
Nama tempat dalam character Cina (yang atas angka 16.00 tu). Tengok tulisannya sama dengan gambar di bawah. |
Bandingkan tulisan Cina tu dengan tiket. Untuk nak confirmkan, tanya dengan driver yang sudah sedia menunggu. Betul. Dia suruh naik. |
Ada 6 orang penumpang dalam tu. Siap kena pakai tali pinggang.
Ada orang yang check. Bagus. Jaga keselamatan betul.
Sampai pukul 9.40 lebih kurang. Konon nak beli tiket balik
siap-siap. Tanya di kaunter ada pukul berapa. Punyalah jenuh nak tanya sebab
dia tak faham. Dia bagi satu kertas yang tulis skrip English.
1)Pukul berapa
2) Berapa orang.
Masalahnya saya cuma nak tanya bas yang ada pukul berapa. Dia
bagi juga kertas skrip tu. Buang masa pula bersoal jawab dahlah nak mengejar
masa ni. Pergi tengok tempat tu dulu, nanti baru fikir. Kalau di stesen bas tadi dalam
sejam satu, maybe yang balik pun sama.
Keluar dari stesen tu ke kanan dan terus. Tak adalah
apa-apa panduan papan tanda. Ikut gerak hati, jalan terus je dan tengok arah
orang ramai. Dalam 700 meter, nampak pintu gerbang. Ah betul dah ni. Fuh lega.
Seni bina tradisional |
Yang ni tak tau ciri tradisional ke idak |
Air pancut |
Mangkuk besar tu memang gaya lama, kan |
Ada bot di sini yang boleh dinaiki dan dikenakan bayaran. |
Kincir air kayu |
Cantik tempat ni ada kincir air, tali air, sungai. Kat sini
pun banyak kedai-kedai jual makanan dan sourvenir tapi tak adalah nak
membeli sangat. Bergambar je.
Patutnya tempat ni pergi awal-awal lagi, tapi keputusan pun
baru buat sehari sebelum sebab tempat yang dirancang semua dah pergi. Ni saja nak isi waktu sebelum nak
balik.
Masa berlalu dengan pantas dan dah pukul 10.30 pagi takut pula terlepas
bas nanti terlewat check out.
Sampai situ lagi 5 minit pukul 11. Terus minta tiket pukul
11. “Eleven. Two tickets.” Ha senang je. Faham dia. Orang yang sama di kaunter
tadi. Mujur bas jalan 11.05. Sama ada memang bas tu jalan lambat atau memang
tunggu kami. Hihi. Walaupun terkejar-kejar, jadilah melawat sekejap sahaja.
Masa kami datang tadi (dengan Metro), keluar Exit D, sekali bila balik dekat
dengan Exit C. Naik metro ni memang senang, cumanya bila keluar tu kena tahu Exit yang mana. Silap Exit, boleh pusing lagi jauh jadinya.
No comments:
Post a Comment