Friday, December 31, 2010

Kek Keju Marmar

Gara-gara cream cheese dah nak expired ... terpaksalah merajinkan diri buat macam-macam. Buat tart dah jenuh makan. Cari resepi lain pulak. Belek-belek khazanah lama, jumpa resepi ni. Dulu-dulu rajin beli Kosmo hari Jumaat sebab dalamnya ada ruangan Kuali oleh Norzailina Nordin. Beliau bukan bagi resepi je tapi cerita keseluruhan cara nak buat hidangan tu dan ada petua-petua sekali. Sejak ruangan ni takde, Kosmo pun tak beli dah kecuali kalau ada cerita menarik.


Sharing is caring...sila klik kalau nak cuba gak :)


Sedia untuk dibakar.

Ni dia hasilnya.
Ada lagi sikit baki cream cheesenya. Kena cari resepi lain pulak. Tu yang malas beli keju ni bukannya tahan lama.

Wednesday, December 29, 2010

Set coklat

Good Luck Marina. Dikurierkan ke Tanjong Karang.

Repeat order daripada Dayah. Terima kasih.

Terima kasih Rozaida yang memberikan peluang.

Sunday, December 26, 2010

Piala Suzuki AFF 2010


Bola itu bulat. Apa pun boleh terjadi.

Lampung

Hairan betul lampung takde dalam kamus...kalau pelampung tu ada la. Orang lain panggil apa gamaknya?

Yang penting lampung goreng ni sedap makan dengan kuah sambal pecal. Potongnya pun senang je..ikut suka hati setelah direbus. Taruh garam dan kunyit pastu asam jawa sikit untuk elakkannya meletup. Sambal pecal pun pakai yang ready made punya...bancuh je dengan air. Ringkas tapi sedap.

Saturday, December 25, 2010

Bijak Memasak

Terima kasih Mak Pah di Ipoh yang bagi buku ni sempena hari lahir. Makin membesar ni makin banyak dapat hadiah mungkin sebab selalu mengingatkan orang-orang di sekeliling. Ada agenda memaksa gak sebenarnya. Hehe.

Simple but nice.

Tada!! Buku terbaru! Panas lagi ni.

Kalau tak pandai lagi tentang hal ehwal memasak ni..tak taulah. Hemm...

Tajuk: Bijak Memasak Soal Jawab dan Panduan Dunia Masakan
Penerbit: Grup Buku Karangkraf, Shah Alam
Penulis: Norzailina Nordin
Bilangan halaman: 382 m/s Tahun terbitan: Cetakan 1-2011
Harga: RM 16

Sinopsis:
Anda sering menghadapi masalah dalam masakan? Kek anda tidak menjadi? Biskut mudah lemau? Masakan yang dimasak tidak seperti yang dijual di restoran. Buku ini memberikan jawapan pada segala permasalahan dalam dunia masakan yang anda cari selama ini.

Ia bukan saja dilengkapi dengan resipi, malah turut memuatkan tip serta petua dalam menghasilkan masakan yang sempurna. Segala persoalan dikategorikan mengikut bahagian bagi memudahkan anda membuat rujukan.

Komen:
Buku ni baru dapat. Tak habis baca pun lagi cuma baca terbang langkap kata orang Perak. Maknanya baca lompat-lompat la tu. Memang menarik dan saya dah dapat jawapan apa dia air abu seperti yang ada dalam resepi buat mi. Air abu diperbuat daripada proses lixivation abu sumber tumbuhan atau pokok. Air abu digunakan untuk mengenyalkan mi. Dalam ni ada juga resepi-resepi tapi takde la gambarnya. Seronok juga membacanya.

Norzailina Nordin
Bijak Memasak / Norzailina Nordin
ISBN: 978-983-124-598-9
1.Cookery, Malaysian. 2.Recipes-Malaysia. I.Judul.
641.59595

Mi buatan sendiri

Kali ni mak saya teringin nak buat mi...last buat masa tahun 80-an, punya la lama tu...lepas dah tengok resepi mi dalam Mari Memasak2 Langkah Demi Langkah mula la mak teringat balik memori-memori lalu dengan arwah Wan Yang (mak saudara saya) yang mengajarnya. Lagipun mesin tu selalu guna buat karipap je...tak menggunakan sepenuhnya lagi.


Ni yang dah siap. Sudah dicelur.


Di belakang tabir. Resepinya mudah je semua ada dalam rumah. Tepung gandum, pewarna kuning, garam, air. Jadikan doh. Dalam resepi ada taruh air abu. Tapi kena la membeli pulak. Tak taulah fungsi air abu tu, tapi pakai sikit je. So tak taruhlah.


Gelek dulu.

Pindah pulak kat bahagian yang buat mi. Yang sebelahnya lagi sesuai buat kuetiau atau fettucini.

Masa buat ni teringat tengok Masterchef kat Star World...buat spageti sendiri. Oleh kerana terpengaruh gak dengan rancangan ni tu pasal yang rajin menolong mak buat mi. Derang pun pakai mesin yang sama gak.

Resepinya di dalam ni.


Komen: Memang senang je buatnya. Tapi lain kali beli aje la. Hehe. Malas la jugak. Kecualilah kalau tiba-tiba darurat dan tak boleh keluar rumah. Kuetiau, spageti dan mi semuanya akan dibuat sendiri.

Monday, December 20, 2010

Akhirnya ... Cinta Kirana dah habis

Saya jarang-jarang sekali tengok cerita Indonesia sebab ceritanya kadang-kadang tak logik. Ada watak yang lurus bendul sangat sampai kita yang tengok pun sakit hati. Kalau baik, baik sangat. Lepas tu meleret-leret pulak. Tetiba pulak duduk rumah kawan dalam 3 hari boleh terpengaruh tengok Cinta Kirana ni. Kuat betul pengaruh rakan sebaya. Masa puasa tu kiranya dah tengah jugak ceritanya tapi makin lama plotnya makin menarik sampai tak boleh tinggal. Mungkin bestnya sebab cerita cinta kot. Watak sampingannya walaupun hanya untuk melawak tapi wataknya kuat juga. Lama betul nak tunggu habis, dekat 4 bulan..walaupun boleh je cari kat internet...tapi lebih suka cara tradisi, tengok kat tv je tiap-tiap hari.


Apa kaitannya kucing ni dengan Cinta Kirana?

Anak kucing ni baru lahir. Seperti biasa kat rumah ni bila tak tau dah nama apa nak bagi, nama pelakon-pelakon mula mengambil tempat. Sebelum ni masa popular cerita Meteor Garden..ada kucing yang nama Ah Si dan Ah Lei. Pernah juga nama Amitabh Bachan sebab kakinya panjang. Kali ni lahir 3 ekor, elok pula ada satu betina dan dua jantan. So yang hitam putih tu nama Rana, oren putih tu nama Galang dan oren tu Raka. FYI maknya tu nama Bobot..Hehe

Sunday, December 19, 2010

Rich Chocolate Melted Cake



Tengok gambar kat majalah ni memang sedap keknya. Kek-kek comel yang terdapat inti di dalamnya. Majalah ni tahun 2009 punya tapi tak pernah try resepinya cuma simpan je sampai ada kelapangan. Baru berkesempatan membuatnya. Tak susah sangat tapi resepinya ada yang salah tulis sebab gulanya ditulis dua kali... so terus ubah suai sendiri. Hentam sajalah Labu! Intinya buat macam ganache. Prosesnya sama macam buat coklat.

Tu nampak tak intinya yang berkilat-kilat dalam kek tu. Patutnya dia kata inti taruh satu sudu..konon-konon saya pandai masak kan...taruh suku sudu je sebab takut tak cukup. Last-last inti yang berlebih. Tu lah pasal pandai-pandai sangat. Kalau tak mesti intinya melimpah macam dalam gambar tu.

Wednesday, December 15, 2010

Main Masak-masak bersama Chef Kamarul

Buku ni dapat sebab menang peraduan.


Tajuk: Main Masak-masak bersama Chef Kamarul
Penerbit: Telaga Biru
Pengarang: Chef Kamarul
Bilangan halaman: 82 m/s Tahun terbitan: Cetakan 1 - Okt 2010
Harga: RM 30.00 (Semenanjung) RM 32.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN:978-967-5102-97-4

Kamarul Hasni Che Ros, 1976
Main masak-masak bersama Chef Kamarul/ Chef Kamarul
ISBN 978-967-5102-97-4
1. Cookery, Malaysian. 2. Recipes--Malaysia. I. Judul.
641.59595

Sinopsis:
Chef Kamarul menunjukkan kaedah memasak bersama anak-anak dengan pilihan sajian yang sesuai untuk kanak-kanak, sukatan yang mudah dengan menggunakan cawan dan sudu, gambar yang menarik serta nota dan tip ringkas sebagai panduan.

Komen:
Kalau tengok dari tajuknya macam tak serius je kan. Jangan tak percaya ni bukan main-main punya resepi. Chef mengambil inspirasi buat tajuk buku ni dari istilah "main masak-masak" yang kita selalu pakai masa kecil-kecil dulu. Buku ni sesuai untuk ibu bapa melakukan aktiviti memasak bersama anak-anak di dapur. Malah orang yang tak pandai masak gak sesuai cuba resepi dalam ni. Antara resepi yang menarik Ayam Boxing(saya memang dah pernah cuba buat ni..susah juga nak diboxingkan huhu..ntah macam mana nak tarik kepak tu), Lasagna Daging, Tart Telur Mudah, Pisang Coklat, Queen Puding dan Zesty Anggur Smoothies. Resepinya disusun dari A-Z.

First time tengok chef ni masak kat NTV7 rancangan A La Carte. Memang masakannya mudah main campak-campak je. Saya dah beli kedua-dua buku masak Chef Kamarul "Resepi 30 minit Chef Kamarul" dan "Dapur Ekspres Chef Kamarul". Kalau saya tak dapat free buku ni pun, memang saya akan beli. Buku keluaran Telaga Biru selalunya menarik. Berkualiti, kertas tebal, layout menarik dan ada info serta tips yang menarik di setiap muka surat.

Tuesday, December 14, 2010

Hadiah: Inspirasi Koko


Yahoo!! Terima kasih Lembaga Koko dan The Chocolate Effects. Baru je nak belanjakan hadiah duit ni...teringat la pulak road tax mati bulan depan. Huhuhu...tapi best dapat hadiah-hadiah sampingan yang lain. Boleh bergaya dengan apron baru dan starter kit lepas ni. Diam tak diam dah nak habis siri ni. Masa untuk mencipta slogan. Cari idea!!!!

Hantaran Coklat

Hantaran ni ditempah oleh Faezah untuk pihak lelaki dan pihak perempuan. Temanya biru dan kuning. Terima kasih ya, harap memenuhi permintaan nak tulisan warna marble.

Terima kasih Pak Cik Helmi, 3 minggu bercuti terus dapat tempahan.

Sunday, December 12, 2010

Agrobazaar K-Shoppe

Saya tertarik nak menghadiri kelas ni lepas tengok iklannya dalam majalah Seri Dewi & Keluarga. Sebenarnya tak terfikir pun nak masuk kelas masakan yang disediakan cuma nampak bimbingan menjadi usahawan dan dalam program tu ada cara memasarkan produk, promosi dan pembungkusan. Minum pagi, tengah hari dan petang disediakan dan yang penting dapat sijil. Lagipun dah kenal K-Shoppe ni masa tengok AMMax kat TV3 dulu.

Agrobazaar K-Shoppe adalah premis perusahaan runcit yang mempromosikan produk-produk usahawan Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana. Selain itu memberi peluang kepada orang ramai yang ingin mempelajari teknik-teknik memasak menggunakan pelbagai produk yang dijual. Kelas demonstrasi dan masakan diadakan pada setiap hujung minggu dan hari-hari lain seperti yang tertera di jadual. Antara kelas yang telah dan akan diadakan, aneka kek perkahwinan, kek buah, kek karot, cup cake dan muffin, makanan beku, aneka talam, burger dan chicken chop dan aneka roti.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
tel03-55123961
hp 013-7267929
019-3857731

atau kunjungi terus:
Agrobazaar K-Shoppe
Jalan Wau 11/C, Seksyen 11
40100 Shah Alam, Selangor



Puan Manja tengah terangkan pasal Agrobazaar K-Shoppe. Beliau bekerja dengan Fama dahulu.

Chef Khairul yang mengajar buat muffin dan cup cake. Senang je resepinya.


Demo menghias cupcake

Sesi petang. Encik Zamharil dari Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun). Sesiapa yang berminat untuk memohon pinjaman untuk perniagaannya bolehlah melawat TEKUN

Puan Nazipah Jamaludin dari Fama pula menerangkan topik pemasaran.

Hasil yang dibawa balik. Cup cake tu saya yang hias. Ada bakat tak? Bolehlah kan!! Hehe

London & Paris

Memandangkan bajet 2010 tak de peruntukan untuk berjalan-jalan dah so tak dapatlah ikut kakak dan adik berjalan ke London dan Paris. Musim salji dah kat sana...suhu dah negatif dah..kalaulah saya yang pergi entah dapat atau tak bertahan. Air cond kat dalam kereta pun dah rasa sejuk melampau. Memang tak boleh nak menetap negara 4 musim la nampaknya. Hehe.


Pandai orang yang buat t-shirt ni. Huhuhuhu

Menarik bookmarks ni


Eiffel Tower

Thanks Yong,Yang & Cik Lea untuk souvenir

Friday, December 10, 2010

Penanda Buku / Bookmark

Ramai orang yang mengumpul magnet peti ais sebagai hobi tapi saya pulak mengumpul penanda buku sebagai hobi. Kalau melawat ke mana-mana tempat yang menarik tu memang cari penanda buku sebagai cenderahati. Penanda buku pun istimewa tau sebab biasanya ada kait-mengait dengan tempat yang kita pergi tu.

Yang ni semua kakak bagi sebab dah pesan kat dia suruh beli. Yang tengah tu dari Korea. Belah kanan tu siapa yang pergi Singapura memang biasa nampak cenderamata yang gambar orkid. Yang bawah ada gambar gajah tu dari India. Menarik sebab diperbuat daripada kayu.


Gambar yang ada kambing biri-biri yang kiut tu dari Taiwan. Pesan kat kawan. Masa tu dia beli kat ladang biri-biri. Menarik. Yang tengah tu dah boleh nampak lambang Singapura, Merlion. Kawan bagi juga.

Sebelah kanan tu simpan sebagai kenangan zaman persekolahan. Rajin tengok Ninja Turtle dulu. Yang gambar Batman tu beli makanan ringan. Saya memang beli sebab nak dapatkan bookmark tu. Lain daripada yang lain.


Yang ni semua beli sendiri. Yang ada gambar ikan tu la bookmark pertama yang dikumpul. Masa pergi Langkawi, Underwater World tahun 80-an. Lamanya tak pergi Langkawi dah!!

Gambar kucing tu kiut, beli kat MPH. Sebelah tu pula beli masa pergi Ocean Park, Hong Kong. Kat HK tak jumpa penanda buku menarik so beli aja untuk kenangan.

Masa kat Singapura memang jumpa penanda buku yang menarik, penanda buku yang menyerupai Singapore Flyers. Sebelahnya beli masa pergi Brunei. Nampak je macam ringan tapi berat tu, emas.

Buat kawan-kawan blog yang melawat ke mana-mana tempat menarik, jangan lupa belikan saya penanda buku ek..hehe. Terima kasih. Jasamu akan dikenang.

Wednesday, December 8, 2010

Pejabat Nuffnang

Jalan-jalan ke pejabat Nuffnang nak ambil tiket.


Naik LRT je pun senang.


Heritage House di Jalan Yap Ah Shak

Tok! Tok! Tok!


Thanks TGV

Tuesday, December 7, 2010

Bergedel

Bergedel - makanan yang dibuat daripada ubi kentang dan daging yang dilumatkan bersama, dibentuk bulat-bulat kecil, dan digoreng.

Saya suka makan bergedel. Kalau singgah mana-mana kedai dan nampak ada jual, mesti beli. Tapi mahal sangat la pulak sekarang ni 50 sen - RM1 harganya, padahal kecik. Dahlah tu kentang je yang lebih isi yang lain takde. Memandangkan tak puas hati dapat makan sikit je, kali ni buat sendiri. Versi apa yang ada kat dapur tu je..hehe.

Bahan-bahannya: daging lembu kisar jenama Ramly. Ada balance dari buat sos spageti hari tu. So habiskan je semuanya(setengah). Bawang besar sebiji. Kentang 3 biji. Lada hitam ditumbuk. Ikut suka hati banyak mana nak... untuk bagi rasa.

Lada hitam yang ditumbuk digaul dengan daging kisar. Goreng sehingga empuk. Kemudian masuk bawang. Sementara tu rebus kentang. Nak senang, rebus je kentang tu dengan kulit-kulitnya sekali. Bila dah empuk baru buang kulitnya. Kalau kupas dulu kentang tu mesti terkupas sekali dengan isi-isinya. So kalau cara macam ni, kita tarik je kulitnya. Lagi senang. Kentang kemudiannya dilenyek-lenyek dan dimasukkan daging dan bawang yang digoreng tadi.
Gaul sebati dan boleh dileper-leperkan macam ni.

Memandangkan saya ni comel je..hehe..makanan pun saya suka buat yang comel-comel cinonit je.
Siap untuk digoreng. Salut dengan telur.

Goreng sehingga kuning keemasan dan bukannya hitam kehangusan ya!!
Kalau telur tu ada lebih lagi, buat telur dadar je. Ekonomik. Kan dah tambah 1 satu lauk lagi.

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah

Muharam, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijah. Berapa ramai di antara kita yang boleh menyebut bulan-bulan Islam dengan lancar sama ada dari Muharam hingga Zulhijah atau dibaca daripada belakang iaitu dari Zulhijah ke Muharam. Sukar nak diingat kalau tidak diamalkan. Saya sendiri terpaksa menyanyi ikut rentak nasyid (tak ingat kumpulan mana yang nyanyi lagu bulan-bulan Islam) kalau nak menyebutnya. Paling ingat lepas Ramadan tentu saja Syawal. Tahun pula teragak-agak juga lah menyebutnya. Begitulah jadinya kalau ingat Tahun Masihi je. Kita akan melangkah ke tahun baharu 1432 Hijrah. Seelok-eloknya di penghujung bulan Zulhijah ni kita baca doa akhir tahun selepas solat asar. Selepas solat maghrib, doa awal tahun bagi menyambut tahun baru.

Doa akhir tahun

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan Pemerintah sekalian alam. Rahmat Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW. Ya Allah apa yang aku kerjakan pada tahun ini daripada perkara yang Engkau tegah, aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak meredhainya, dan Engkau tidak melupainya, dan Engkau tidak memarahi daku sedangkan Engkau berkuasa menyeksa akan daku, dan Engkau memerintahkan daku untuk bertaubat setelah aku berani melakukan maksiat terhadap-Mu, maka aku memohon keampunan kepada-Mu, ampunilah akan daku daripada yang aku lakukan padanya daripada perkara yang Engkau redha dan Engkau menjanjikan untuk memberi pahala, oleh itu aku pohonlah daripada-Mu. Ya Allah, wahai Tuhan yang Maha pemurah, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan Engkau terimalah dariku, janganlah Engkau putuskan harapanku terhadap-Mu wahai Tuhan yang Maha Mulia. Allah telah menurunkan rahmat dan kesejahteraan-Nya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW ke atas keluarga dan sahabat handainya sekalian.

Doa awal tahun

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah kagi Maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah tuhan pemerintah seluruh alam. Allah menurunkan rahmat dan kesejahteraan-Nya ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW, ke atas keluarga dan sahabat handainya sekalian. Ya Allah Engkaulah yang abadi lagi kekal dan tidak ada permulaan . Di atas kurniaan-Mu yang besar, kemurahan-Mu yang luas – Ini adalah tahun yang baru sahaja muncul. Kami memohon kepada-Mu supaya memelihara kami daripada syaitan, penyokong-penyokong dan tentera-tenteranya, serta menolong kami menentang nafsu yang mengajak kepada kejahatan. Dan menolong akan daku supaya sibuk melakukan amalan untuk mendekatkan daku kepada-Mu wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Allah telah menurunkan rahmat dan kesejahteraan-Nya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW keluarga dan sahabatnya kesemua. Segala puji bagi Allah Tuhan Pemerintah Sekalian Alam. Amin.

Sumber: Buku Amalan Harian Sepanjang Zaman. (Disemak oleh Al Ustaz Dato’ Hj Ismail Kamus). At Tafkir Enterprise, Kampung Baru. KL

ISBN: 983-99902-4-1

Selamat tahun baharu. Moga hijrah yang dilakukan akan lebih baik dan sentiasa dalam keberkatan-Nya.

Sunday, December 5, 2010

Personaliti Diri Mengikut Bulan Kelahiran

Ingat tak dulu2 dalam majalah mesti ada artikel personaliti diri mengikut bulan, ikut bintang, ikut tarikh lahir, ikut bulan Islam dan ikut tahun kalendar Cina. Walaupun tak percaya tapi mesti tertarik juga nak baca. Kebetulan? atau memang semua orang yang dilahirkan mengikut bulan tu memang perangai macam tu. Lepas dah tengok mengenai diri sendiri mesti tengok orang lain punya pulak.."Oh patutlah dia ni suka marah-marah. Memang macam tu rupanya!"

Tapi ada satu artikel je yang saya jumpa memang kebanyakan perangai tu memang kena dengan diri ini. Jom tengok...untuk sesiapa yang lahir bulan Disember ni:

What your Birth month means:
  • loyal and generous
  • patriotic
  • active in games and interactions
  • impatient and hasty
  • ambitious
  • influential in organisations
  • fun to be with
  • loves to socialise
  • loves praises
  • loves attention
  • loves to be loved
  • honest and trustworthy
  • not pretending
  • short tempered
  • changing personality
  • not egoistic
  • takes high pride in oneself
  • hates restrictions
  • loves to joke
  • good sense of humor
  • logical
19 daripada 21 yang rasa cam kena dengan personaliti. Hehe..

Saturday, December 4, 2010

Happy Birthday daripada Nuffnang & TGV

Selalu tengok blog orang lain cerita pasal BE daripada Nuffnang. Yang kita ni tak pernah la dapat,kan...macam anak tiri je rasanya hahaha. Tapi semalam dapat e-mel daripada Nuffnang ucap Happy Birthday dan TGV ada surprise untuk Nuffnangers:

As part of the TGV Birthday Surprise for Nuffnangers, you've been selected to receive FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed :)

Macam tau-tau je saya suka tengok wayang. TGV Cinema dah peruntukkan 1000 pas setiap bulan untuk meraikan hari lahir dan bermula Disember 2010. Nampaknya saya merupakan one of lucky Nuffnangers sebab penerima pas ni dipilih secara rawak. Terima kasih Tanjung Golden Village. Antara filem yang menarik perhatian sekarang ni, Rapunzel, Narnia, Hantu Mak Limah Balik Rumah, Aku Tak Bodoh dan Ngangkung. Tunggu ambil tiket dulu baru boleh cerita.

Friday, December 3, 2010

MAHA 2010

Berbaris panjang orang beli burger kat sini. Ada pakej ngan fun fries lagi. Tak larat nak baris sama tengok je dari jauh.

Ada booth coklat di sini bolehlah tengok cara marketing diaorang.

Dapatkan maklumat di sini.

Menyokong orang kampung. Kat booth ni beli kerepek pegaga.

Saya suka makan!!! Tak sangka kat MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism) ni asyik mengunyah je kerjanya. Banyak gerai produk makanan di sini dan kesemuanya memang bagi sample untuk rasa. Pantang ditolak dengan sambal tumis, coklat, sate, murtabak, kerepek-kerepek, mi bandung, kek lapis, koleh kacang, stik dan banyak lagi. Rasa sedap je beli. Memang beli makanan je pun sudahnya. Itu baru pergi Hall B, C dan D je. Belum pergi lagi gerai bunga, sayur dan gerai makan yang banyak kat ruang bawah tu. Masa pergi tu dah lewat petang memang tak sempat nak lawat semua. Hujan pula tu, lagilah menyekat pergerakan nak tengok gerai-gerai kat luar. Kat sini juga ada pavilion rumah-rumah mengikut negeri di Malaysia. Tengok dari jauh aja sebab dah senja. Lagipun datang ke sini naik bas. Memandangkan asyik dengar orang cakap sesak je jadi buat pilihan untuk menaiki bas. Dari Kotaraya naik bas Metro no 17 ke MAEPS. Tambang RM3. Dah sampai kat situ ada feeder bus Rapid KL yang disediakan di tempat meletak kereta. Semua orang memang naik bas.

Namun kegembiraan melawat ke MAHA dicacatkan insiden pihak atasan penganjur masa nak balik tu. Bas yang nak balik ke KL tu tak dibenarkan masuk ke kawasan yang dekat dengan pintu masuk (di bulatan). Kena jalan sampai ke pintu gerbang. Jauh tu nak jalan dengan bawa barang berat lagi pulak tu. Dua-dua belah tangan penuh okehh!!!. Yang paling kesiannya kanak-kanak ngan orang tua bertongkat lagi kena menapak juga. Kalau macam inilah caranya memang tak sanggup datang untuk kali kedua. Terima kasih pada Rapid KL yang baik hati bawa kami ke Komuter Serdang. Harap-harap pihak berwajib turun padang tengok apa yang patut untuk memudahkan orang ramai datang ke sini.