Saya membesar dengan board games. Zaman Saidina, Sahiba, Dam
Haji, Dam Ular dan Tangga, Cluedo dan macam-macam lagilah yang bentuk papan ni.
3-4 orang main. Sekarang ni semua tu boleh main seorang dalam ipad/pc. Tak
berapa best la sebab kenangan tu takde. Kalau macam dulu belajar kira duit main
Monopoly dengan Saidina. Yang pandai mengira sedikit biasanya jadi banker. Seronok setiap kali satu round menunggu duit
$1500. Boleh beli tapak, buat rumah dan hotel. Masa ni seronok kutip duit sewa.
Masa ni jugalah boleh jadi bergaduh
sesama sendiri sebab ada pulak yang kacau tapak rumah tu. Dah rancang nak sapu
habis tiga tapak tapi ada pula yang masuk daun. Dah tak boleh mintak sewa
banyak hehehe.
Jadi bila Berjaya Times Square buat program permainan papan
dalam bentuk besar ni, teringat la semula kenangan lama. Eh dah lama dah ni
tahun 2000 lebih. Jadinya dapat inspirasi daripada permainan dam ular ni untuk
buat versi kain pulak untuk anak saudara main.
Di Berjaya Times Square...suatu ketika dahulu. Ada saidina, jenga, dan macam-macam lagi |
Si Kuntum ni akan menyibuk bila orang bentang kain. Camne lak nak siap cepat kalau macam ni. |
Ukuran 45 inci x 52 inci. Dari petak 1 hingga 42. Sebenarnya
nak buat sampai 100 tapi nanti akan jadi lebih besar lagi so mana pula nak
bentang. Matlamat nak main dekat dalam rumah sahaja. Nanti habis satu ruang
tamu penuh. So ni pun kira ok lah. Ukuran satu kotak tu muat-muat untuk kaki
budak-budak.
Budak-budak MARA mesti kenal warna kain ni.. hehe balance
daripada uniform MARA tahun 90-an punya ni. Angka-angka tu daripada kain felt
yang memang ada dekat rumah. Kiranya memang
tak payah nak beli apa-apa. Nak buat ular senang je tapi nak buat jadi
cantik tu yang payah. Janji ada rupa
ular cukup. Kain untuk tangga tu adalah
lebih selimut yang pernah buat sebelum ni dan elok pula tu coraknya bentuk
kayu. Dadu tu ikut original dadu. Mula-mula dalamnya taruh kekabu tapi bila baling
macam tak sedap bunyi nya. Pek..terlepek. Pastu buka balik dan tukar kepada
fiber dan taruh loceng. Ambil masa 6 bulan untuk siapkan sebab jahit tangan dan
jahit masa tengok tv sahaja. Kalau tengok tv banyak mungkin cepat lagilah
siapnya. Selain daripada bermain boleh juga jadikan selimut dan tikar.
Akhirnya siap |
Seorang baling dadu dan sesiapa yang jadi tagan (?)nya akan jalan ikut dadu tu. |
No comments:
Post a Comment