Kenduri kahwin dulu-dulu,
perlukan kad kahwin untuk kita tahu destinasi melalui peta yang disediakan.
Petanya skala kecil, nampak dalam kad macam ‘ok lepas simpang ni dah dekat nak
sampai dah!’ sekali rupanya jauh lagi daaa! Untuk rumah yang keluar tol dan
lurus sahaja jalannya memang senanglah, tapi yang belok punyalah banyak, tengok
peta berpusing-pusing, ok dari sini…eh dari sini ke.. oh sini la kot.. jadi
bunga manggar yang ada nama penganti di setiap simpang memang diperlukan sebab
nak confirm betul. Land mark yang biasa
digunakan, stesen minyak, pili bomba, jambatan, sekolah. Cara akhir kalau tak
jumpa juga, berhentilah di stesen minyak dan tanya.
Kemudiannya tukar kepada GPS dah ada
yang taruh koordinat untuk GPS di dalam
kad kahwin di samping peta rumah. Ok sekarang lebih mudah dengan adanya telefon
pintar masing-masing, pakai aplikasi Waze sahaja untuk mencari di mana
destinasinya.
Saya jarang guna Waze ni sebab
tak berapa suka pakai. Memanglah cepat sampai tapi bila kita asyik menumpukan
kepada arahan yang diberikannya kita tak dapat menikmati keadaan sekeliling. Saya
suka jalan-jalan santai-santai. Sama seperti tension nya bila ikut rombongan,
kita kena ikut kereta depan. Kita kena
kekalkan jarak untuk tak terputus rombongan. Tak dapat menghayati sangat keadaan
sekeliling apa yang menarik.
Kalau memang kena berkumpul ikut
masa yang ditetapkan, memanglah kena guna Waze. Tapi bila guna ni kena percaya
betul-betul pada Waze. Jangan cepat rasa
goyah bila tengok jalan macam orang tak pernah lalu pun. Macam yang ni semasa di Kulim, pasang Waze
lewat sikit sebab macam tau jalannya pada mulanya. Waze akan cari yang paling
terdekat dan cepat sampai tak kiralah ikut jalan kampung pun.
Tanpa kad kahwin terus bagi location akad nikah akan dijalankan menggunakan group whatsapp. So dari google map pun dah boleh dapat direction. |
Menggunakan Waze untuk cari destinasi |
Kita boleh tahu berapa minit perjalanan dan waktu yang dijangka sampai. |
Lepas tu mulalah masing-masing
berkongsi rasa, tadi ikut jalan mana. Masing-masing gelaklah cerita Waze bawa
ikut jalan mana. Kalau nak keluar balik ikut jalan tadi memang tak boleh cam, sebabnya
kita tak fokus land mark apa yang ada di sekeliling kita sebab memikirkan ke
manalah Waze ni bawak, pada sayalah.
Tahniah buat Mundzir dan Nurul.
Barakallahulakumawabaraka’ alaikuma wajama’a bainakuma fi khair.
3 comments:
x pernah pass guna waze. sedeh sangat
dia kenal betul lokasinya.. macam aku pernah nak pergi kenduri kat dewan penjara.. penjara lama dibawaknya..SALAH..so kita kena bijak la jugak mengagaknya
For a long time i used to be usually advised I had a brilliant voice for radio so I used it in navigation. In my domestic studio I recorded the same terms for the GPS app Waze. as soon as Waze is downloaded all you need to do is go to the settings and pick sound/navigation steerage
Post a Comment