Monday, September 1, 2014

WAZE senang nak pergi kenduri kahwin.

Kenduri kahwin dulu-dulu, perlukan kad kahwin untuk kita tahu destinasi melalui peta yang disediakan. Petanya skala kecil, nampak dalam kad macam ‘ok lepas simpang ni dah dekat nak sampai dah!’ sekali rupanya jauh lagi daaa! Untuk rumah yang keluar tol dan lurus sahaja jalannya memang senanglah, tapi yang belok punyalah banyak, tengok peta berpusing-pusing, ok dari sini…eh dari sini ke.. oh sini la kot.. jadi bunga manggar yang ada nama penganti di setiap simpang memang diperlukan sebab nak confirm betul.  Land mark yang biasa digunakan, stesen minyak, pili bomba, jambatan, sekolah. Cara akhir kalau tak jumpa juga, berhentilah di stesen minyak dan tanya. 

Kemudiannya tukar kepada GPS dah ada yang taruh koordinat untuk GPS  di dalam kad kahwin di samping peta rumah. Ok sekarang lebih mudah dengan adanya telefon pintar masing-masing, pakai aplikasi Waze sahaja untuk mencari di mana destinasinya. 

Saya jarang guna Waze ni sebab tak berapa suka pakai. Memanglah cepat sampai tapi bila kita asyik menumpukan kepada arahan yang diberikannya kita tak dapat menikmati keadaan sekeliling. Saya suka jalan-jalan santai-santai. Sama seperti tension nya bila ikut rombongan, kita kena ikut kereta depan.  Kita kena kekalkan jarak untuk tak terputus rombongan. Tak dapat menghayati sangat keadaan sekeliling apa yang menarik.

Kalau memang kena berkumpul ikut masa yang ditetapkan, memanglah kena guna Waze. Tapi bila guna ni kena percaya betul-betul  pada Waze. Jangan cepat rasa goyah bila tengok jalan macam orang tak pernah lalu pun.  Macam yang ni semasa di Kulim, pasang Waze lewat sikit sebab macam tau jalannya pada mulanya. Waze akan cari yang paling terdekat dan cepat sampai tak kiralah ikut jalan kampung pun. 


Tanpa kad kahwin terus bagi location akad nikah akan dijalankan menggunakan group whatsapp. So dari google map pun dah boleh dapat direction.

Menggunakan Waze untuk cari destinasi
Kita boleh tahu berapa minit perjalanan dan waktu yang dijangka sampai.
 Ya Allah dibawanya jalan bengkang bengkok yang tak nampak kereta banyak lalu tetiba masuk dalam kelapa sawit. Dalam hati dah risau dah ni, hai takkanlah nak pergi kawasan perumahan teres tapi lalu kelapa sawit pulak ni. Teruskan. Yakin pada Waze.  Nak nak pula tak de kereta yang lalu, haish kalau seorang mahu rasanya patah balik.  Nasib baik kemudiannya nampak kereta banyak sikit. Ha gamaknya Waze bawa orang lain ke jalan situ jugak hehehe.  Akhirnya, alhamdulillah nampak le kawasan perumahan. Fuh.

Lepas tu mulalah masing-masing berkongsi rasa, tadi ikut jalan mana. Masing-masing gelaklah cerita Waze bawa ikut jalan mana. Kalau nak keluar balik ikut jalan tadi memang tak boleh cam, sebabnya kita tak fokus land mark apa yang ada di sekeliling kita sebab memikirkan ke manalah Waze ni bawak, pada sayalah.



Tahniah buat Mundzir dan Nurul. Barakallahulakumawabaraka’ alaikuma wajama’a  bainakuma fi khair.

3 comments:

IdaShazana said...

x pernah pass guna waze. sedeh sangat

zarina said...

dia kenal betul lokasinya.. macam aku pernah nak pergi kenduri kat dewan penjara.. penjara lama dibawaknya..SALAH..so kita kena bijak la jugak mengagaknya

Android Apps said...

For a long time i used to be usually advised I had a brilliant voice for radio so I used it in navigation. In my domestic studio I recorded the same terms for the GPS app Waze. as soon as Waze is downloaded all you need to do is go to the settings and pick sound/navigation steerage