Zaman baca buku cerita/novel dah berlalu. Sesuai dengan pertambahan usia, pemilihan buku lebih kepada motivasi yang mendidik jiwa. Lagipun dulu-dulu dah puas baca novel dan cerpen.
Di Kuala Kangsar sekarang ni sedang berlangsung Pesta Buku Habibi
di Arena Square sehingga 7 September. Walaupun tak besar mana, lebih satu jam
jugalah nak membelek-belek buku yang nak dibeli. Sambil-sambil tu lagu-lagu
nasyid/kerohanian turut dipasang. Kalau rasa tertarik dengan lagu-lagu tu
bolehlah dapatkan juga CDnya yang turut dijual di situ.
Tajuk: Pujuklah Hati
Penulis: Bonda Nor
Penerbit: Galeri Ilmu, Petaling
Jaya Cetakan Pertama 2014
ISBN: 978-983-097-495-8
Harga:RM 22 tetapi ada diskaun di
pesta buku ini jadilah RM19.80
Muka surat: 320 halaman
Sinopsis:
Bukan setiap masa kita diuji. Ada
masa-masanya, keadaan tenang sahaja. Kita sempat menarik nafas lega. Kita
sempat ketawa dan tersenyum gembira. Cuma, sudah tentu putaran itu akan terus
berulang. Lagu yang tenang, sudah pasti akan kembali dipukul gelombang. Namun,
antara sela gelombang yang menghempas dan rasa damai yang bertunas, ternyata
hingga ke hari ini, kita terus menghela nafas.
Komen:
Sesuai dengan judulnya memang dia
‘mengajar’ kita memujuk hati di dalam setiap ujian yang dilalui. Benda yang
tidak pernah kita terfikir untuk bersyukur baru ni tersedar. Kalau orang
menasihatkan biasanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan tapi bila baca ni
ia seakan menegur dalam diam tapi memberi kesan.
Permulaan setiap bab dimuatkan
bait-bait puisi yang tersusun ayatnya, mudah difahami dan memberi kesan. Dari
puisi tersebut kita boleh mengagak sketsa yang diterangkan berikutnya. Ia lebih
banyak dari pengalaman penulis sendiri dan disuntik elemen mendidik jiwa. Ingatkan
hasil tangan penulis yang berusia sebab pengalaman macam banyak je..rupanya
baru 37 tahun.
Seminggu dah beli tapi tak habis
lagi baca. Sengaja dilewat-lewatkan sekurang-kurangnya sehari 2 cerita, pagi
dan petang. Bukannya apa, kalau baca sebab nak cepat habis rasa macam tak beri
kesan sangat kepada jiwa. Kalau baca sikit-sikit kita akan ambil masa untuk
berfikir. Layout buku pun menarik, ada
corak-corak di dalam, pemilihan tulisan pun sesuai. Kadang tu ada buku yang
line rapat-rapat lepas tu tulisan kecil, serabut jugalah pemikiran.
Pilihan yang tidak sia-sia.
Antara puisi yang terdapat di
dalam ni:
Tiada yang Sia-sia
Ada kalanya
kita perlukan nyamuk,
untuk sedarkan
kita,
yang kawasan
rumah kita perlu dibersihkan,
Ada kalanya kita perlukan lalat
dan langau,
untuk ingatkan kita,
bahawa ada sampah yang belum
dibuang.
Ada kalanya kita perlukan sedikit
luka,
untuk menyelamatkan kita,
daripada terus berada dalam
bahaya.
Ada kalanya kita perlukan orang,
untuk menyakiti hati kita,
menegur dan menghina,
agar kita tahu kelemahan kita,
agar kita dapat memperbaikinya,
agar dapat bermuhasabah sekali
skala,
dan agar kita menjadi seorang
manusia,
yang sentiasa membaik dari satu
episod hidup,
ke episod hidup yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment