|
Prayer Room di Southern Cross. Macam kl sentral la kat sini. Tunggu bas, tren dan kalau dari airport memang bas turun kat sini |
1.Prayer Room ada di Southern Cross dan Airport tapi jangan
haraplah keadaannya sama macam surau kat tempat kita. Dari pembacaan
sebelum-sebelum ni ada juga tempat untuk solat di bandar tetapi memandangkan
kami pun duduk di kawasan bandar, senang saja, balik ke rumah
|
Naik bas ni dari Southern Cross |
2.Ni bas yang kami naiki pergi ke Cowes di Philip Island. Tak
ramai orang pun naik, tapi driver bas peramah sehingga terasa nak ucap terima
kasih. Bas selesa dan tepat pada masanya. Kalau naik kereta bila duduk di
belakang tu mesti malas nak pakai tali pinggang keledar, memandangkan bas kita
tak de tali pinggang keledar, punyalah berdisplin, belum jalan pun dah
siap-siap pakai hehe
|
Waktu operasi Queen Victoria Market |
3.Waktu siang yang panjang. Kita ingat selalu bila terang
kedai-kedai banyak buka lagi tapi rupanya pukul 4pm pun dah tutup. Kebanyakannya
tutup pukul 5pm tapi kalau hari minggu ada yang tutup pukul 3pm. Jadi kenalah
rajin-rajin tengok waktu operasi supaya kita dapat aturkan jadual tempat mana
yang patut pergi dulu sebelum ditutup.
|
Kalau dah letih berjalan tu, lepak-lepak dulu kat taman |
4.
Banyak
taman-taman di dalam bandar. Dengan pokok-pokok yang rendang memang
menenangkan. Naik je tram atau bas free kalau nak singgah.
5.Tanda S berpalang ini membuatkan tertanya-tanya apa ke
bendanya, no sleeping? haha teka secara rambang. Rupa-rupanya no standing.
Tanda parkir 2P bermakna kita boleh park kat situ 2 jam je lepas tu kena cari
tempat lain. Ada 3P dan 1P. Tiket parkir AUS$3.50 (RM11) untuk satu jam.
6.
Grafiti
di celah bangunan-bangunan yang mempunyai seni bina lama dan seni bina
pelik-pelik
|
Awas ! Gerak langkah mu oooh |
|
Tram |
7. Bila kita naik tram biasanya dia akan berhenti di setiap stesen tapi
kalau malam dan bila sikit sahaja penumpangnnya, kita kena tekan locen atau
tarik tali yang merentang atas pemegang tu untuk beritahu pemandu supaya
berhenti. Boleh tengok ada gambar rhino (badak) yang naik skateboard dengan
tanda Beware dalam tram. Tram tu diibaratkan seperti badak. Bila sekumpulan
badak berlari kan bunyi gegaran yang kuat. Iklan ini untuk beri ingatan kepada
pejalan kaki berhati-hati dengan tram. Kita kena berdiri di belakang garisan
kuning. Kadang-kadang sedang asyik menangkap gambar-gambar bangunan kita tak
perasan kita dah duduk di hadapan garisan kuning dan tak dengar bunyi tram ni.
No comments:
Post a Comment