Thursday, March 7, 2013

Tip Jalan Sendiri (Melbourne) – Bahagian 1

Sebenarnya bukanlah pandai sangat nak memberi tip tapi dari pengamatan sepanjang 8 hari di sana.


1.
Memerlukan visa. Boleh buat online sahaja. Bayaran AUS$20(RM64).

2.
Pengangkutan dari airport ke bandar (stesen Southern Cross) ambil Sky Bus www.skybus.com.au dan dari situ boleh terus ke apartmen yang disewa. AUS$17 (RM55) untuk sehala. Lebih kurang selang 15 minit sekali. Keluar pintu airport nanti jalan-jalan nampaklah kaunter tiket.


3.
Di Port Campbell kami sewa Port Campbell Flashpackers. Ambil family room sesuai untuk 4 orang. Memandangkan kami 3 orang lagilah selesa. Bilik air di dalam. Biasanya kalau guesthouse kurang 4 orang, bilik air kena berkongsi dan letaknya di luar. TV, peti ais dan pinggan mangkuk semua disediakan. Juga ada sarapan pagi.

 4.
Kami menyewa di hotel apartmen.  Banyak kemudahan dalam ni, kadang-kadang rumah sendiri pun takde kemudahan tu. Ada mesin basuh dan pengering, kelengkapan dapur-pinggan mangkuk, cawan, sudu garpu, toaster, dapur, microwave, mesin basuh pinggan, peti ais.  Jangan lupa bawa sabun basuh, sana AUS$2 (RM7) untuk paket kecil. Apartmen ni memang selesa. Letak pula kat tengah-tengah bandar memang mudah. Tak perlu naik tram sangat, boleh jalan kaki sahaja. Kadang-kadang dah beli-beli barang tu hantar dulu barang ke apartmen lepas tu keluar balik ke arah lain pula. Apartmen ni juga agak dekat dengan hentian tram.

 5.
Kena bawa international adaptor. Plugnya lain dengan Malaysia.

6.
Sewa kereta di Budget Car Rental. Ada banyak cawangannya dan bila jalan-jalan tu memang banyak nampak papan tanda ni. Biasa dekat Malaysia kita kena isi minyak, kan? Tapi kat sana dia dah siap isi penuh, nanti bila kita pulangkan balik kenalah isi penuh gak.  Kalau kita tak isi dia akan caj sekali ganda harga minyak. Sana 1 liter AUS$155.9. Dan isi minyak dulu baru pergi ke kaunter bayar.


7.
Menggunakan MyKi  untuk naik tram atau keretapi. Sama seperti Touch n Go. Ada dijual khas untuk pelancong bernilai AUS$ 14 (RM45) termasuk AUS$ 8 (RM25) dalam tu. Boleh top up di 7E. Tapi kami tak beli sebab masa baru sampai tu jumpa orang KL yang dah nak balik. Derang jual AUS$5 dan ada AUS$9 dalam tu. Kira percaya sajalah masatu, takkan nak tipu pulak kan. 

Kalau baca di dalam pamphlet kita kena touch on dan touch off tapi ada juga baca, dalam 2 jam boleh guna tak payah touch off, maksudnya bila kita naik tren pertama pastu tukar tren seterusnya dalam 2 jam tu tak payah touch off.  Entahlah tak faham juga .  Nanti korang bacalah betul-betul sebab saya banyak jalan saja. Tambang dikira mengikut zon. Zon 1 $3.50, Zon 2 $2.42, Zon 1 + 2 $5.92.

Sebelum ini ada gak terfikir tak ada orang pun check kalau kita touch on atau off, rupanya ada pegawai yang akan check dengan bawa mesin pengesan camtulah. Derang akan masuk di celah-celah orang ramai untuk tengok siapa yang tak bayar. Jadi jangan menipu.

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum zarina apt sewa mcmana rate nye. Boleh bg contact tak. Sila email kpd akak jamaliah@mps.gov.my.
Entri you ni byk bg info tq.

Unknown said...

jamaliah@mps.gov.my

Wa said...

Salam..boleh tak akaknak tau apartment apa tu..tak boleh bukak link tu... pusingkipas@gmail.com