Sebenarnya bukanlah pandai sangat nak memberi tip tapi dari
pengamatan sepanjang 8 hari di sana.
1.
Memerlukan visa. Boleh buat online sahaja. Bayaran
AUS$20(RM64).
2.
Pengangkutan dari airport ke bandar (stesen Southern Cross)
ambil Sky Bus www.skybus.com.au dan dari situ boleh terus ke apartmen yang
disewa. AUS$17 (RM55) untuk sehala. Lebih kurang selang 15 minit sekali. Keluar
pintu airport nanti jalan-jalan nampaklah kaunter tiket.
3.
Di Port Campbell kami sewa Port Campbell Flashpackers.
Ambil family room sesuai untuk 4 orang. Memandangkan kami 3 orang lagilah
selesa. Bilik air di dalam. Biasanya kalau guesthouse kurang 4 orang, bilik air
kena berkongsi dan letaknya di luar. TV, peti ais dan pinggan mangkuk semua
disediakan. Juga ada sarapan pagi.
4.
Kami menyewa di hotel apartmen. Banyak kemudahan
dalam ni, kadang-kadang rumah sendiri pun takde kemudahan tu. Ada mesin basuh
dan pengering, kelengkapan dapur-pinggan mangkuk, cawan, sudu garpu, toaster,
dapur, microwave, mesin basuh pinggan, peti ais. Jangan lupa bawa sabun basuh, sana AUS$2 (RM7)
untuk paket kecil. Apartmen ni memang selesa. Letak pula kat tengah-tengah
bandar memang mudah. Tak perlu naik tram sangat, boleh jalan kaki sahaja.
Kadang-kadang dah beli-beli barang tu hantar dulu barang ke apartmen lepas tu
keluar balik ke arah lain pula. Apartmen ni juga agak dekat dengan hentian
tram.
5.
Kena bawa international adaptor. Plugnya lain dengan
Malaysia.
6.
Sewa kereta di Budget Car Rental. Ada banyak cawangannya dan bila
jalan-jalan tu memang banyak nampak papan tanda ni. Biasa dekat Malaysia kita
kena isi minyak, kan? Tapi kat sana dia dah siap isi penuh, nanti bila kita
pulangkan balik kenalah isi penuh gak.
Kalau kita tak isi dia akan caj sekali ganda harga minyak. Sana 1 liter
AUS$155.9. Dan isi minyak dulu baru pergi ke kaunter bayar.
7.
Menggunakan MyKi
untuk naik tram atau keretapi. Sama seperti Touch n Go. Ada dijual khas
untuk pelancong bernilai AUS$ 14 (RM45) termasuk AUS$ 8 (RM25) dalam tu. Boleh
top up di 7E. Tapi kami tak beli sebab masa baru sampai tu jumpa orang KL yang
dah nak balik. Derang jual AUS$5 dan ada AUS$9 dalam tu. Kira percaya sajalah
masatu, takkan nak tipu pulak kan.
Kalau baca di dalam pamphlet kita kena touch on dan touch
off tapi ada juga baca, dalam 2 jam boleh guna tak payah touch off, maksudnya
bila kita naik tren pertama pastu tukar tren seterusnya dalam 2 jam tu tak
payah touch off. Entahlah tak faham juga
. Nanti korang bacalah betul-betul sebab
saya banyak jalan saja. Tambang dikira mengikut zon. Zon 1 $3.50, Zon 2 $2.42,
Zon 1 + 2 $5.92.
Sebelum ini ada gak terfikir tak ada orang pun check kalau
kita touch on atau off, rupanya ada pegawai yang akan check dengan bawa mesin
pengesan camtulah. Derang akan masuk di celah-celah orang ramai untuk tengok
siapa yang tak bayar. Jadi jangan menipu.
3 comments:
Assalamualaikum zarina apt sewa mcmana rate nye. Boleh bg contact tak. Sila email kpd akak jamaliah@mps.gov.my.
Entri you ni byk bg info tq.
jamaliah@mps.gov.my
Salam..boleh tak akaknak tau apartment apa tu..tak boleh bukak link tu... pusingkipas@gmail.com
Post a Comment