Dekat sahaja dengan apartmen yang kami sewa, lebih kurang 5 mint jalan kaki, jadi lepas
subuh terus pergi sana. Wah memang segar-segar, dengan buah-buahan dan
sayur-sayuran yang besar-besar dan tak pernah tengok. Di dalam bangunan pula
ada ditempatkan untuk ayam, daging, udang, dan hasil-hasil laut yang lain. Fuh
kalau pergi pasar biasa, leceh sebab basah lantai tu. Kat sini macam membeli di
pasar raya. Bau fresh di awal pagi.
|
Sekitar pukul 6.15pg. Di Malaysia 3.15pg. Bila
difikir-fikirkan bolehlah pulak bangun pukul 3pg. Maknanya bolehlah selalu buat
solat tahajud kalau diikutkan. Ni banyak pula alasannya tak boleh bangun pagi
hmmm ... ingatan buat diri sendiri.
|
Di bangunan yang lain ada cheese, kopi, coklat, pasta dan
semuanya dijual secara teratur. Baju-baju, barang dapur, fridge magnet yang
boleh dijadikan cenderahati pun banyak di sini tapi lewat sikit buka. Pukul 8
ke atas baru ada.
|
Pelbagai jenis buah, besar-besar dan segar tu |
|
Sayur pun cantik, cantik.. |
|
Kentang bersihnya kulit |
|
Mangga Australia lain macam. Hmm lupa lak nak beli sebiji rasa.
|
|
‘Peraknya’ rasa bila tengok banyak blueberi. Setiap gerai pun ada. Selalu tengok
jam ngan filling aje.
|
|
Selalu tengok cendawan butang dalam tin je.. Ni putih bersih. Lupa pulak nak merasa kiwi sana, barulah betul-betul fresh ye dak? |
|
Nektarin adik-beradik peach tapi kecil sikit dan kulitnya
beza sikit. Best.
|
|
Berlakon sekejap |
|
Bahagian makanan laut |
|
Tiram, kan? |
|
Sedang asyik tangkap gambar, ada orang tegur, Malaysia?
Pekerjanya orang Malaysia dan dah lama duduk di sana, tapi BM masih fasih lagi. Hanya orang Malaysia je kenal Malaysia hehe
|
|
Roti-roti bergantungan.. rasanya ini makanan turkish |
|
Belajar nama-nama cheese
|
|
Pasta anyone? |
|
Bahagian organic ni banyak jual madu. Orang kata madu hanuka
elok tapi mahal juga. Tak jadi beli. Makan madu tualang sajalah
|
|
Coklat coklat coklat coklat |
|
Pelbagai jenis kopi dan teh. Lawa uncangnya sebab bungkus
macam kain net.
|
|
Masa ni valentine day, so ramai juga yang singgah sini beli
bunga segar
|
|
Beli buah fig di sana. Rupa-rupanya buah tin. Selalu orang
balik Mekah bawa yang kering ni yang segar punya sampai tak tau nak makan macam
mana. Nak makan dengan kulit sekali ke tak? Akhirnya makan macam orang malas
makan kiwi. Belah dua, ambil sudu korek.
|
|
Beli cenderahati di sini. Memang banyak barangan yang boleh dibeli di pasar ni. |
Tutup hari Rabu dan Isnin.
Selasa 6pg-2ptg
Khamis 6pg-2ptg
Jumaat 6pg-5ptg
Sabtu 6pg-3ptg
Ahad 9pg-4ptg
No comments:
Post a Comment