Thursday, February 7, 2013

Orang jahat, mati lambat?

Artikel dalam Beduk Diketuk. Secara ringkas petikannya:

"Kenapa orang baik mati cepat?" Tiba-tiba soalan yang sama dilontarkan oleh seorang sahabat lain yang sama-sama menziarahi Allahyarham. Saya terkejut.

Rupa-rupanya ada juga orang lain yang sama rasa dengan saya. Cuma dia berani meluahkannya, saya pula hanya memendamkan.

"Kenapa? Orang jahat mati lambat?" balas saya.

Dia tersenyum.

"Dalam pengalaman saya, ramai orang baik mati cepat. Lihat sahabat kita ini, baru mencecah 40 tahun sudah dijemput pulang.

Saya terkesima. 'Ah saya yang lebih tua ini belum mati. Mungkin saya tidak sebaik dia.' Begitu gerutu di dalam hati.

"Saya rasa orang baik dirasakan mati cepat kerana orang yang masih hidup belum puas menikmati kebaikannya!" letus saya setelah berdiam agak lama.

"Sekarang aku tahu kenapa orang jahat dirasakan mati lambat. Manusia benci dan jemu kepada kejahatan. Satu hari dalam "merasakan" kejahatan dirasakan sudah terlalu lama.

Ya sebab itulah orang jahat selalunya mati lambat. Bukan usia mereka yang panjang, tetapi kejahatan mereka itu yang menjemukan dan meresahkan orang yang masih hidup.

***

Buka MHI hari ini cerita pasal Encik Azli Paat. Tiba-tiba tulis al-Fatihah di akhir ceritanya. Terkejut. Tidak mengenali secara rapat cuma sebagai anak murid di alam maya ketika mendengarnya di KLFM sewaktu pergi bekerja. Allahyarham berbicara tentang IT dengan 'bahasa' yang mudah. Walaupun hanya 10 minit 2 hari seminggu tetapi memberi kesan. Rasa lebih bijak . Sejak pindah luar KL memang dah lama tak belajar IT.

Antara pelajaran yang masih diingat:
  1. ICE (In Case of Emergency). Beliau menyarankan di dalam telefon kita letak ICE di pangkal nama orang yang penting untuk dicari kalau apa-apa berlaku pada kita. Merupakan kod antarabangsa. Jadi orang yang menyelamatkan kita akan terus mencari ICE. Rasanya masa tu dia ada di Aceh ketika menjadi sukarelawan semasa tsunami.
  2. memperkenalkan RAKAN COP. Ketika balik ke kampung waktu Hari Raya, kita hanya sms sahaja waktu kita balik, dan alamat. Keberkesananya dapat dilihat bila lepas kita balik semula ke bandar, Polis call kita balik tanya rumah macam mana. 
  3. Bagi ahli kelab radio amatur juga mengenali En Azli dan pernah meceritakan kod-kod huruf
  4. memperkenalkan DAPAT yang mewakili nombor 32728. Orang selalu lupa kalau hanya sebut nombor sahaja, jadi bila menggunakan perkataan orang akan ingat. Jadi senang nak hantar sms untuk melaporkan keadaan jalan raya ke  KLFM.
  5. kita jarang sekali menggunakan T9 di dalam telefon. Biasanya memang rasa tak guna adanya T9 tu dan menyusahkan. Tapi memang beliau mengajar benda tu menjadi mudah.
  6. Juga mengajar menghantar status FB melalui telefon biasa melalui sms dan bukannya internet. Tanpa telefon pintar pun kita boleh seiring dengan teknologi
Pemergiannya dirasai. Al Fatihah buat Allahyarham yang meninggal kerana demam panas.

No comments: