Saturday, July 7, 2012

Beduk Diketuk

Tajuk: Beduk Diketuk
Penulis: Pahrol Mohd Juoi
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.            Cetakan Pertama April 2011
ISBN: 978-967-388-036-2
Harga:RM 26.00 di MPH. Kalau sesiapa yang malas nak pergi ke kedai-kedai buku boleh order di sini.
Muka surat:280 halaman





Sinopsis: Kisah-kisah yang diberi nafas Islam yang mencuit perasaan, mengocak fikiran dan menyalakan api perubahan. Ketukan beduk mampu membangunkan dirimu dan menyeru orang lain.

Komen: Merupakan kompilasi dari artikel Beduk Diketuk dalam majalah Solusi. Memang mencuit perasaan dan membuatkan kita berfikir dan memberi peringatan. Kadang-kadang memang terkena ke muka sendiri. Contohnya:

Wang atau tenang?
Mana lebih utama wang atau ketenangan? Mungkin dari sudut ilmiahnya, mudah dijawab, tentulah ketenangan. Tetapi sayangnya, apabila dipratikkan sehari-hari kita sering mengutamakan wang berbanding ketenangan.

Tidak payah dibawakan hujah yang besar-besar, cukup sekadar insiden kecil  yang saya bawakan di bawah ...
“Mengapa asyik keluar masuk, keluar masuk sahaja?” tanya saya kepada seorang kenalan. Kami sama-sama menunggu dalam bank untuk melakukan urusan kewangan. Tetapi, sejak dari tadi, saya lihat dia begitu resah, rimas dan tak senang duduk. Sekejap-sekejap keluar, sekejap-sekejap masuk.

“Saya takut kereta kena saman. Saya tak masukkan duit di mesin tempat letak kereta,” jawabnya.

“Kenapa?” bertanya saya hairan.

“Ala, kejap sangat. Tak berbaloi. Mungkin urusan saya hanya mengambil masa sekadar lima ke tujuh minit sahaja. Nak letak 50 sen? Tak patut...”

“Tapi rasanya macam ni lagi tak patut,” balas saya.

“Macam ni yang macam mana?”

“Yalah, saya tengok awak resah sepanjang masa menunggu. Tak tension ke?”

“Memang tension juga. Tapi dah terpaksa. Nak jimat,” jawabnya.

“Sampai  begitu sekali? Mana lebih berharga? Wang 50 sen atau ketenangan hati dalam tempoh lima hingga tujuh minit itu?” ujar saya lagi.

Dia senyum. Merenung sebentar.

“Eh, eh ... penjaga tu dah datang. Saya perlu cepat,” katanya sambil bergegas keluar.

“Nasib baik sempat saya bayar ... kalau tidak dah kena saman,” katanya sambil termengah-mengah apabila duduk kembali di sebelah saya.

Saya pula tersenyum. Melihat peluhnya yang memercik dan nafasnya yang turun naik.

Tiba-tiba dia menjerit kecil. “Aduh ... nombor saya sudah terlepas!” Dia segera menuju ke kaunter urusan. 

Saya lihat dia merayu-rayu sambil menunjuk-nunjuk jarinya ke luar. Mungkin memberi alasan kenapa dia terlepas bila nombor gilirannya dipanggil.

Ah, tension lagi ... tentunya. Ya, mana lebih berharga, wang atau ketenangan.
                                                ***
Memang betulkan? Kadang  kita sayang nak keluar duit 40sen untuk bayar parking sebab rasa sekejap je urusan tu. Konon nak beli satu barang je. Dulu-dulu saya selalu buat macam tu juga, tapi lepas kena saman tak buat dah. Kompaun RM10 pun dah beri pengajaran yang besar. Satu lagi kes double parking, ada orang boleh senang hati park belakang orang lain. Pastu bila dengar bunyi hon, mulalah terkejut, takut orang  tu nak keluar. Hati pun tak tenang. Apa salahnya jalan jauh sikit, ni nak juga park betul-betul depan kedai. 

1 comment:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

tak letak parking kena saman lerrr...

Related Posts with Thumbnails