Naik subway dari
Hongik Universiti (Line2) - - > Wangsimni
-- >Cheongyangini (Jungang
Line) --- > keretapi ITX --- > Gapyeong -- > naik teksi ke pelabuhan -- > naik
feri ke Pulau Nami
Naik turun subway tukar keretapi. Jauh perjalanannya. Bila
dah naik keretapi mula cuak bila tengok orang lain ada tiket. Kami pakai duduk
sahaja sebab transfer dari subway. Arghh takpe, gunakan kuasa pelancong, kata
tak tahu kena bayar. Tiba di stesen Cheongpyeong, orang keretapi minta tiket.
Kami cakap transfer from subway, no ticket. Dia dok belek-belek telefon, tengah
tengok dictionary kot. Dia kata kena bayar KRW 4000 (RM 11.20). Bayar kat situ.
Keluar tiket siap ada nombor tempat duduk dari mesin yang macam orang TNB
selalu check tu. Fuh baru lega bila dah dapat seat. Hahaha tak taulah macam mana sebenarnya,
tak ada pun orang tahan masa bertukar dari subway ke keretapi.
Sampai stesen Gapyeong teksi dah banyak tunggu kat luar.
Sekejap je sampai pelabuhan. Tiket feri pergi balik KRW 8000 (RM22.40). Dari
jauh dah nampak bendera Malaysia di samping bendera Jepun, Thailand, Singapura
dan Indonesia dikibarkan di feri dan pelabuhan. Mungkin sebagai penghargaan
ramai pelancong dari negara tersebut yang datang ke sini. 5 minit sahaja dah
sampai. Feri setiap 20 minit.
Mereka menjadikan Pulau Nami seakan-akan sebuah negeri siap
bendera dengan bulan dan bintang lagi sebagai simbol dan dikenali sebagai
Republik Naminara. Pulau Nami bersempena nama Jeneral Nami, tokoh terkemuka
dalam sejarah Korea. Tokoh yang gagah berjuang di dalam peperangan tapi
meninggal dunia pada usia yang muda iaitu 26 tahun. Kuburnya terletak di sini.
Hujan bermusim menukar tanah ini menjadi pulau dan pembinaan
empangan Cheongpyeong menjadikan ia pulau selama-lamanya. Pada tahun 1965 beribu
pokok ditanam oleh Mr Byeong-Do Minn. Barisan pokok-pokok yang indah sekali di
sepanjang perjalanan. Memang tak sah kalau bergambar antara barisan pokok ni.
Galeri Winter Sonata - mengimbas kembali cerita tersebut. Drama yang membuatkan Hallyu di Malaysia. |
Bae Yong Jun (Joon-Sang) & Choi Ji Woo (Yu-Jin) |
Basikal masa sekolah |
Terpaksa bergilir-gilir nak ambil gambar dengan monumen ni |
Balik:
Teksi -- > Stesen
Gapyeong --) subway terus ke Sangbong transfer line 7
Masa nak balik baru nampak ada mesin subway tapi tak pasti
boleh sampai ke tak nanti tempat yang nak dituju so ikut macam datang tadi.
Beli tiket keretapi ITX di mesin. Lagi 10 minit keretapi nak sampai, sekali
duit yang last tu sangkut terpaksa panggil orang yang bertugas. Dia beri balik duit tapi dah tak sempat nak
naik ITX. Try naik subway, pekerja subway tu kata boleh pakai T-Money M-Pass
yang kami beli masa hari pertama lagi. Boleh guna ke mana-mana sahaja. Maksimum
20 kali perjalanan. Ceh buat rugi duit je naik keretapi masa datang tadi. Ada hikmah
duit tersangkut rupanya. Alhamdulilllah.
No comments:
Post a Comment