Terdapat banyak majalah berunsur Islam sekarang ni. Kalau
dahulu, seingat saya majalah Al-Islam sahaja di pasaran, yang lebih menonjol dan yang banyak di pasaran majalah hiburan. Semakin
meningkat usia, pemilihan bahan bacaan pun kenalah berubah, kan.
|
Majalah Anis
Keluaran Galeri Ilmu, Kota Damansara. RM7, dengan slogan
Pedoman Wanita Solehah & Keluarga Sakinah. Corak penulisannya mudah jadi
lebih mudah difahami. Pembacaan lebih santai.
|
|
Majalah Solusi
Keluaran Telaga Biru, Bandar Sri Damansara. Slogan Panduan Hidup
Bersyariat. Agak ‘tinggi’ sikit cara penulisan. Jadi lambat sikit untuk
dihadam. Ruangan yang paling disukai, Beduk Diketuk dan Angguk Geleng. Tebal,
kertas cantik, warna-warni jadi berpadananlah dengan harganya RM10.
|
|
Majalah Iman |
|
Keluaran Utusan, Bandar Baru Bangi. Slogan Panduan Hidup Umat Islam, majalah
kedua berunsur Islam selepas Al-Islam. Agak baru di pasaran, awal 2012 rasanya.
Topik-topiknya menarik perhatian. Pembacaan lebih santai juga. RM7
|
Majalah Q&A
Baru di pasaran. Merupakan sebuah majalah soal jawab kehidupan.
Dengan Slogan Ilmu Tarbiah Motivasi.
Keluaran Galeri Ilmu, Kota Damasara. RM10. Berbeza dengan majalah lain sebab
dia ada soalan dan jawapan.
|
|
Majalah Aniqah
Diterbitkan oleh MMP Communications S/B, KL. Muka surat
depan biasanya gambar artis dan mesti pakai tudung. Kurang minat nak baca sebab layoutnya dan font
macam tak menarik. Jadi benda tu macam serius. Tapi isu-isunya sentiasa
menarik. Ni kes terlalu banyak bahan bacaan jadi penanda aras saya lebih tinggi
hehe. Memilih tema Inspirasi Muslimah Bestari RM6.50
|
|
Majalah Al-Ustaz
Keluaran Telaga Biru, RM9. Lebih kurang sama macam
majalah-majalah yang lain. Alternatif kepada pembaca selain Solusi.
|
|
Majalah Al Islam
Memang sudah lama di pasaran majalah keluaran Utusan ni.
Dengan slogan Majalah Islam Kontemporari. Kurang menarik perhatian saya,
mungkin kerana olahan yang serius. RM5
|
|
Majalah Gen Q
Keluaran Telaga Biru, Bandar Sri Damansara. Dengan slogan
Manual Remaja Bertakwa. Walapun dikategorikan sebagai remaja, ia sesuai untuk
semua golongan kerana kadang-kadang bila kita terlalu jauh ke depan, kita perlu
mengundur balik ke belakang kerana dah lupa perkara-perkara yang asas. RM7
|
No comments:
Post a Comment