Tajuk:
Beduk Diketuk
Penulis:
Pahrol Mohd Juoi
Penerbit:
Telaga Biru Sdn. Bhd. Cetakan
Pertama April 2011
ISBN:
978-967-388-036-2
Harga:RM
26.00 di MPH. Kalau sesiapa yang malas nak pergi ke kedai-kedai buku boleh
order di sini.
Muka surat:280 halaman
Sinopsis: Kisah-kisah yang diberi nafas Islam yang mencuit
perasaan, mengocak fikiran dan menyalakan api perubahan. Ketukan beduk mampu
membangunkan dirimu dan menyeru orang lain.
Komen: Merupakan kompilasi dari artikel Beduk Diketuk dalam
majalah Solusi. Memang mencuit perasaan dan membuatkan kita berfikir dan
memberi peringatan. Kadang-kadang memang terkena ke muka sendiri. Contohnya:
Wang atau tenang?
Mana lebih utama wang atau ketenangan? Mungkin dari sudut
ilmiahnya, mudah dijawab, tentulah ketenangan. Tetapi sayangnya, apabila
dipratikkan sehari-hari kita sering mengutamakan wang berbanding ketenangan.
Tidak payah dibawakan hujah yang besar-besar, cukup sekadar
insiden kecil yang saya bawakan di bawah
...
“Mengapa asyik keluar masuk, keluar masuk sahaja?” tanya
saya kepada seorang kenalan. Kami sama-sama menunggu dalam bank untuk melakukan
urusan kewangan. Tetapi, sejak dari tadi, saya lihat dia begitu resah, rimas
dan tak senang duduk. Sekejap-sekejap keluar, sekejap-sekejap masuk.
“Saya takut kereta kena saman. Saya tak masukkan duit di
mesin tempat letak kereta,” jawabnya.
“Kenapa?” bertanya saya hairan.
“Ala, kejap sangat. Tak berbaloi. Mungkin urusan saya hanya
mengambil masa sekadar lima ke tujuh minit sahaja. Nak letak 50 sen? Tak
patut...”
“Tapi rasanya macam ni lagi tak patut,” balas saya.
“Macam ni yang macam mana?”
“Yalah, saya tengok awak resah sepanjang masa menunggu. Tak
tension ke?”
“Memang tension juga. Tapi dah terpaksa. Nak jimat,”
jawabnya.
“Sampai begitu
sekali? Mana lebih berharga? Wang 50 sen atau ketenangan hati dalam tempoh lima
hingga tujuh minit itu?” ujar saya lagi.
Dia senyum. Merenung sebentar.
“Eh, eh ... penjaga tu dah datang. Saya perlu cepat,”
katanya sambil bergegas keluar.
“Nasib baik sempat saya bayar ... kalau tidak dah kena
saman,” katanya sambil termengah-mengah apabila duduk kembali di sebelah saya.
Saya pula tersenyum. Melihat peluhnya yang memercik dan
nafasnya yang turun naik.
Tiba-tiba dia menjerit kecil. “Aduh ... nombor saya sudah
terlepas!” Dia segera menuju ke kaunter urusan.
Saya lihat dia merayu-rayu
sambil menunjuk-nunjuk jarinya ke luar. Mungkin memberi alasan kenapa dia
terlepas bila nombor gilirannya dipanggil.
Ah, tension lagi ... tentunya. Ya, mana lebih berharga, wang
atau ketenangan.
***
Memang betulkan? Kadang kita sayang nak keluar duit 40sen untuk bayar
parking sebab rasa sekejap je urusan tu. Konon nak beli satu barang je.
Dulu-dulu saya selalu buat macam tu juga, tapi lepas kena saman tak buat dah.
Kompaun RM10 pun dah beri pengajaran yang besar. Satu lagi kes double parking,
ada orang boleh senang hati park belakang orang lain. Pastu bila dengar bunyi
hon, mulalah terkejut, takut orang tu
nak keluar. Hati pun tak tenang. Apa salahnya jalan jauh sikit, ni nak juga
park betul-betul depan kedai.
1 comment:
tak letak parking kena saman lerrr...
Post a Comment