Tarikan di sini, tengok koala dan penguin. Biasanya ada
dijual pas masuk untuk tiga tempat, Koala Conservation Centre, Churchill Island
Heritage Farm dan melihat Penguin Parade. 90 minit perjalanan dari Melbourne.
Sepatutnya sewa kereta untuk ke sini supaya mudah perjalanan. Malangnya bila
balik dari Great Ocean Road termasuk dalam bandar dan ia merupakan mimpi ngeri
sebab trafiknya memang lain daripada biasa. Ada hook turn kerana kereta
berkongsi jalan dengan tram. Kita kena berada di belakang tram. Camne kalau
tersalah masuk nanti masuk pulak jalan tram tu yang dah risau nak bawa kereta.
Ditambah lagi dengan AES merata-rata yang perlu dipatuhi. Had laju boleh
berubah-ubah. Tension duh.
Tempat rawatan Koala supaya tidak pupus. Macam Sepilok orang utan di Sabah. Dalam ni juga ada Wallabe-macam Kangaroo tetapi lebih kecil dan gelap sikit warnanya. |
Alternatif, naik bas untuk ke pulau ni. Malangnya bas akhir
balik ke Melbourne pukul 6.30 pm dan nak tengok Penguin Parade (penguin balik
ke ‘sarang’ ) pukul 8.30pm. Untuk menyedapkan hati, motivasi diri dalam hidup
ni bukan semua kita boleh dapat, ada benda yang perlu dilepaskan walaupun dah
bayar.. cewah nak sedapkan hati.
penerangan disediakan untuk menceritakan tentang koala |
nampak belakang je la, dia sedang bermalas-malasan
|
gebunya |
Ambil bas di Southern Cross (macam KL Sentral) untuk ke
Cowes $24.80(RM80) seorang . Tiket pergi balik. Perlu tukar bas di Koo Wee Rup
dan teruskan perjalanan ke Cowes. Bas selesa, tak ramai orang pun yang naik.
Sampai di Cowes rupanya tempat-tempat yang nak pergi tu jauh-jauh. Ada
perkhidmatan boleh sewa kereta di sini tapi tak dapat call. Tak angkat. Pilihan
lain, naik teksi. Walaupun mahal tapi kira oklah, kongsi.
Ada pelbagai info di sini dan kedai cenderahati |
Tengok anjing laut dan penguin. Kalau pakai teropong boleh nampak kot |
Satu-satunya penguin yang nampak jelas. Yang lain pergi cari makan. Ke laut weh |
Jumpa seekor lagi menyorok dalam ni. |
Antara yang menarik juga di sini tapi tak sempat pergi
Amaze’n Things – optical illusion, mind games
Churchill Island – farming activities
Pannys- chocolate factory
Kesimpulannya: kena ada kereta juga kalau nak ke sini.
Phillip Island Facts and Figures
People – 10,000 permanent residents
Penguins – 16,000 breeding pairs
Birds-346 species
Koalas-50
Seal Rocks-25,000 seals call this home, 6000 pups born each
year
Area-10,000 hectares (26kms x 9kms)
No comments:
Post a Comment