Keluar dari kesibukan Victoria dan melihat alam semula jadi
ciptaan Tuhan. Merupakan sebatang jalan di pesisiran pantai dan sepanjang
perjalanan kita dapat melihat pemandangan yang memukau. Kemuncak perjalanan
biasanya orang nak lihat Twelve Apostles. Ikut jalan pantai mengambil masa
lebih kurang 4 jam lebih tapi bila dah menyinggah mengambil gambar lebih
lamalah lagi. Oleh kerana perjalanan jauh dan memenatkan kami menempah
Guesthouse di Port Campbell.
Split Point Lighthouse |
Sewa kereta dan peta sebagai panduan. Perjalanan melalui
lebuh raya M1 ikut Geelong. Tiada tol dikenakan. Papan tanda di sepanjang jalan
lengkap dan memudahkan perjalanan. Di dalam peta juga sudah tersenarai
tempat-tempat Informasi dan kita boleh juga berehat di situ.
Jalan berliku-liku dan tebingnya tinggi. Macam bawa kereta
di Sabah tapi kat bawah ada gaung, yang ni bawahnya laut. Setiap tempat yang
menarik disediakan look out point untuk pelancong ambil gambar. Cuaca panas dan
berangin.
Cantik gabungan langit dan laut membiru |
Singgah di tugu peringatan yang dikenali sebagai The Diggers. Tugu
sebagai penghargaan kepada askar yang membina Great Ocean Road dengan tangan
dari tahun 1918 hingga 1932 setelah mereka pulang dari berkhidmat dalam Perang
Dunia 1.
Memandu panas-panas memang memenatkan, nasib baiklah ada
bandar-bandar kecil yang boleh berhenti rehat. Makan tengah hari di Appolo Bay
cari vegetarian dan fish n chiplah nampaknya. 88km lagi perlu diteruskan.
Selain pemandangan pantai, nampak juga ladang-ladang dengan lembu yang meragut
rumput. Malah ada papan-papan tanda yang menyatakan kalau langgar ternakan
penalti $500. Kopak la bila convert RM. Betapa pentingnya ternakan tu pada
mereka. Berbeza dengan kita sekadar berhati-hati, lembu melintas.
Snek kesihatan bekalan sepanjang perjalanan. Beli dekat Geelong. $3.50. |
Akhirnya dari jauh dah nampak Twelve Apostles di sebelah
kiri tapi tempat meletak kereta di sebelah kanan. Rupa-rupanya telah dibina
laluan pejalan kaki untuk ke sana tapi nampak dari jauh sajalah. Kalau nak
tengok dekat-dekat mungkin boleh cuba Great Ocean Walk.
Keletihan memandu berbaloi bila melihat batuan pasir
/tunggul bentuk tiang (apa ek nak panggil, orang Geologi mesti tau ni) yang
terbentuk hasil hakisan angin dan laut. Proses ini berlaku berjuta-juta tahun
yang lalu. Dalam 40 minit di situ kami terus ke Port Campbell untuk berehat.
Lepas tu teruskan perjalanan sebab ada dua lagi tempat menarik iaitu The Arch dan
sempat tengok matahari terbenam di The London Bridge. Ya Allah petang-petang
angin punyalah kuat, baju dua lapis pun tak cukup sambil bergetar gigi.
Layan perasaan |
Pada 15 Jun 1990 runtuh, tu sebab ada lubang di tengah-tengah tu. |
Bermalam di Port Campbell dan kembali ke Victoria di awal
pagi. Memilih jalan lain pula dan lebih pendek masanya dalam 2 jam lebih. Kali
ni memang lalu ladang-ladang dan nampak jerami yang bergulungan. Teringat pula
cerita Little house in the prairie. Tapi laluan ni banyak kereta dan trak.
Sepanjang perjalanan banyak pesanan khidmat masyarakat untuk mengingatkan
pemandu supaya berhati-hati dan kalau letih berehat. Ada power nap tempat untuk
tidur sekejap. Antara pesanan yang
menarik, open your eyes fatigue can kill, yawning, a microsleep can kill a
second, speed ... consider the cost, dead people can drive, only sleep cures
fatigue. Kat Malaysia lebih banyak iklan menjual barang dari mengingatkan
pemandu, cuma kelmarin je nampak papan
tanda memandu dengan berzikir Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakbar. Kalau
diperbanyakkan bagus juga.
No comments:
Post a Comment