Wednesday, September 18, 2013

Muzium Arkeologi Lenggong

 
Gambar tahun lepas ni. Kawan datang dari KL dan Ipoh derang membuat kembara tempat bersejarah arah utara. Bermula di Kuala Kangsar, derang nak melawat ke Lenggong tengok Perak Man. 

 


Lembah Lenggong tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Ini merupakan kali kedua saya datang ke sini selepas bertahun-tahun jugalah, nampaknya ruang pameran lebih teratur. Dah namanya muzium arkeologi jadi sudah semestinya banyak menceritakan tentang kaji purba, kesan-kesan tinggalan lama berkaitan gua-gua, penggalian, sejarah Paleolitik, Mesolitik & Neolitik

Masalah vandalisme yang menyukarkan ahli antropologi untuk mengkaji tinggalan purba.

74,000 tahun dahulu, migrasi manusia Homo sapiens. Setelah membuat perjalanan keluar ke Yemen, mereka merantau sedunia. Ada yang mengembara ke arah timur. Melalui bukti yang ditemui oleh ahli antropologi abu letupan Gunung Berapi Toba didapati di atas alat-alat batu yang telah dibuat dan ditinggalkan oleh manusia moden awal Homo sapiens pada 74,000 tahun dahulu di Kota Tampan. Bukti ini menunjukkan kehadiran awal Homo sapiens di Asia Tenggara. Tambahan pula dari analisis DNA kaum Semang tertua di kawasan ini menunjukkan bahawa mereka berasal dari orang yang mula-mula meninggalkan Afrika 80,000 tahun dahulu.

Debu Gunung Berapi di Toba, Sumatera setebal lebih kurang 10 meter telah ditemui di Lenggong, Perak. Kajian juga mendapati debu ini bukan sahaja sampai ke Malaysia malah sehingga ke India.


Tarikan utama sudah tentu Perak Man iaitu rangka manusia lelaki tertua yang pernah ditemui di Malaysia.
Manusia Perak merupakan di antara rangka manusia Paleolitik yang terlengkap ditemui di Asia Tenggara. Ia dilahirkan dengan kecacatan fizikal Brachymesophalinga Type A2. Manusia Perak hidup lebih kurang 10,000 hingga 11,000 tahun dahulu. Ia telah dikebumikan dengan penuh adat resam di mana kedua-dua kakinya terlipat ke dada seperti anak dalam kandungan. Mayatnya dilapik dengan lapisan siput sedut dan dikelilingnya terletak alat batu dan daging. Beliau mati kerana sakit tua pada umur 40-45 tahun, yang agak tua sekali kerana pada masa itu manusia hanya hidup 20-30 tahun sahaja.


Perak Man pun ada MyKad

Antara tempat yang telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia di Malaysia

Taman Geologi Hulu Perak terletak di luar muzium.

Kalau naik ke atas lagi ada anjung tinjau, dapat tengok kawasan sekitar yang mendamaikan.
Pemandangan dari anjung tinjau.
Kawan suruh tunjuk tempat Al-Maunah, saya pun tak tau jadi cuma bawa ke pekan Sauk tunjuk suasana di situ.

Tempat wajib tangkap gambar, ciri-ciri sejarah penjajah gak la ni, London hehe

Masjid Ubudiah Bukit Chandan juga ada sejarah tersendiri dari segi pembinaannya.



MCKK. Kalau nak tengok kejohanan ragbi, di padang inilah selalu diadakan.

Pavilion, tempat sultan berehat lepas main polo. Dululah sekarang bangunan ni tidak lagi digunakan. Tinggalan sejarah

2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

ante idok singgah tasek raban ker..

zarina said...

Idak la BSB oi, tapi gerai tasik raban yang kat ipoh tu ada gak menyinggah makan tengah hari