Sunday, September 1, 2013

Tupperware

Merupakan satu jenama yang sudah lama di pasaran. ‘Penyakit’ minat Tupperware ni sebenarnya penyakit berjangkit dan keturunan. Hehehe. Sejak zaman Pah saya memang dah beli Tupperware dan masih ada disimpan lagi kira-kiranya dah lebih 40 tahunlah macam bekas agar-agar ni. Tempat bunga pahar pula mak cik saya punya, mak pun ada tapi dah hilang sebahagiannya sebab pindah dulu-dulu. Di dalamnya kita letak beras untuk beratkan bekas tu so senanglah nak cucuk bunga telurnya. Saya juga masih ingat Tupperware ada keluarkan penggelek doh. Kita isi air dalamnya supaya berat barulah boleh gelek  tapi yang ni pun dah hilang entah ke mana.
 

Ada sesiapa yang masih simpan lagi?


Pulut kuning terbentuk cantik.

Sebenarnya tempat bunga, dalam dia isi air. Tapi orang dulu-dulu kreatif dia pinda jadi tempat bunga pahar. Bekas pinggan empat segi yang bawah tu orang letak wajik.
 Dulu-dulu punya Tupperware warna putih sahaja dan kalau diperhatikan penutupnya ada tulis nama-nama negara yang terdapat cawangan Tupperware. Berbeza dengan sekarang yang lebih berwarna-warni yang membuatkan hati lebih tertawan. Kalau tutupnya koyak/pecah bolehlah datang ke kedai Tupperware untuk ganti (bayar 20sen saja rasanya) tapi pastikan bukan sebab digigit tikus atau kena api NO NO NO yang tu memang kena beli ya.Tapi tutupnya pun kadang-kadang tak sama dengan warna asal sebelum ni, janji ada penutup ye dak.

Perbezaan tutup yang dulu dan sekarang.

Saya terjebak dengan Tupperware ni bila nampak iklan masak piza tanpa oven. Piza yang memang peberet punya  fasal  terjebak parti Tupperware rupanya. 1st time p parti ni. Uli tepung guna bekas Tupperware dan masak dalam kuali Tupperchef . La begitu je kekdahnya. Kemudian seorang satu dapat Tupperware kecil. Oleh sebab dah malu alah makan-makan dekat rumah orang tu, jadi jugaklah ahli lagipun boleh bayar ansur.
Setiap kali tengok katalog mesti rambang mata bila tengok bekas-bekas yang warna menarik dan penggunaan yang praktikal tu. Kalau murah, memang dah lama penuh almari dapur dengan Tupperware. 

Freezer mate ni senang juga buat aiskrim sebab memang khas untuk simpan bahagian sejuk beku.

Antara yang menjadi idaman sebelum ni, Turbo Chopper. Berjaya promote dua orang suruh beli hehe tapi sendiri tak beli sebab mahal, RM 129. Walaupun ada diskaun masih rasa mahal sebab jarang masak, macam rugi je beli. Tup tup hujung tahun lepas ada peraduan dalam majalah RASA dapat hadiah ni. Mencuba nasib dengan melengkapkan slogan I Love Tupperware kerana … . Oleh sebab saya pengguna Tupperware, slogan mudah disiapkan tanpa perlu propa.
Alhamdulillah berjaya. Dapat sebelum Hari Raya haritu dan memang dah banyak kali guna. Nasib baik Karangkraf hantar guna pos laju, kalau ambil sendiri memang menyusahkan jiwa dan raga macam sebelum ni.


Senang dibawa ke mana-mana sama ada perkhemahan atau perjumpaan keluarga. Kalau nak buat sambal tumis tu mudahlah. Sebesar tapak tangan je jadi bolehlah selit dalam bagasi. Kalau pakai ni orang tengok macam nak start enjin bot atau mesin rumput hehe. Tarik je tali tu dan pisau tu akan gerak untuk chop. Lepas ni kalau dapat tempat beras pun best jugak, mahal jugak tu. Sebelum ni pun ada peraduan dapat hadiah tu tapi tak menang.

2 comments:

IdaShazana said...

aku dengkiiiii

zarina said...

Hahaha wei aku dah dapat lampu perangkap habuk tu