Kami naik bas dari Panda Base memandangkan dah ada bas yang
boleh pergi dari sini. Nak berhenti kat mana nanti pun tak pasti lagi.
Kami duduk di seat belakang sekali sebab di situ sahaja seat yang ada. Masalah kalau naik bas ni nak berhenti di mana pun tak tau. Mujur ada orang selepas kami ni pergi tempat yang sama, tengok je dia turun ke tak. Nasib jugalah driver bas ni akan menjerit nama tempat yang memang dia berhenti. Tapi udah duduk belakang sekali kadang tak berapa tangkap apa yang dia cakap, memang berpandukan orang yang berhenti tempat sama tu jugalah hihi. Kalau dia sesat, sesat jugalah nanti.
Nak tangkap gambar pintu gerbangnya, asyik ramai je orang. Tangkap ini sahajalah yang menunjukkan sampai kat Jinli. |
Dia berhenti bukan betul-betul depan Jinli Street. Kena
jalan sikit. Waduh-waduh ramai sungguh. Bermacam-macam kedai yang menjual tapi
paling menarik tengok kedai jual makanan atau desert. Memang tak halal tapi
seronok tengok cara penyediaan.
Kedai barang kemas/aksesori |
Beg kait |
Selain itu ada juga servis korek telinga. Sanggup anda nak
korek telinga tengah-tengah orang ramai? Ni amalan tradisi. Siap ada peralatan
khas. Bukti ada disebut tentang korek telinga ni sejak zaman Dinasti Ming.
Kisahnya, dua orang di kedai teh. Seorang tengah duduk dan seorang lagi tengah
berdiri. Ada seorang tanya, tengah buat apa. “Cai er” (korek telinga). Kisah
ini direkod dalam cerita terpilih yang dikumpul oleh Zui Yue Zin. Kalau disemak
dalam Google, Dinasti Ming tahun 1368-1644. Lama beno dah tu. Ringkas je ceritanya kan, ha. Sumber dari
catatan yang ada kat tempat servis korek telinga tu.
Bunyi-bunyian |
Manisan ni macam bihun tapi digulung-gulung. |
Manisan lagi. Berwarna-warni. |
Aneka cili di dalam setiap mangkuk tu. |
Di sepanjang jalan/kedai ada tanglung merah. Cantik je
suasana tu.
Tiket masuk ada 3 persembahan. |
Kami juga menonton opera chinese face mask changing.
Dikatakan popular di sini. Harga tiket ikut tempat duduk yang dipilih. Kami
pilih yang paling murah, duduk belakang sekali. Dewannya kecil je, adalah
dalam 5 baris. Jadi duduk paling last pun takde la jauh sangat daripada pentas.
Ok apa beza duduk baris depan dengan baris belakang?
Sebelum persembahan bermula, teh dihidangkan kepada para penonton. Orang duduk
di depan, pelayan tu tuang air di setiap cawan. Orang yang duduk di belakang,
dibaginya teko, pandai-pandai sendiri tuang. Hihihi.
Persembahan dimulakan dengan seni membancuh dan menghidang
teh. Bukannya macam yang kita buat tu. Taruh teh, taruh air pastu minum je. Ada seninya. Penerangan
bahasa mandarin sepenuhnya. Cuma boleh
buat rumusan, teh yang disediakan begitu ada kebaikannya. Kemudian teh tersebut dihidangkan kepada
penonton. Orang depan dapatlah dulu.
Persembahan kedua, seni akrobatik dengan teko muncung
panjang. Dia akan menuang air di dalam setiap mangkuk gaya akbotik dari jarak
jauh dan tidak tumpah. Untuk memeriahkan keadaan dia memanggil penonton yang
ingin mencuba menuangnya. Haa tepuk!
Persembahan terakhir face mask changing. Dia boleh tukar
topeng muka dengan sekelip mata. Jenuh perhati macam mana dia boleh tukar, ada
spare topeng kat topi dia tu ke, ha tidak dapat dikesan. Wau! Bertukar-tukar topeng dan sehinggalah yang akhirnya muka sendiri. Sebelum balik dia promote patung yang boleh
tukar-tukar topeng muka tu. Harganya 25 RMB (RM15.10). Tapi saya tak beli pun.
Semasa google sebelum ini memang banyak maklumat lebih senang naik bas.
Cuma ada satu yang terjumpa dia kata stesen Metro yang boleh dinaiki Gaoshengqiao. Tanya
seorang ni arah stesen, ditunjuknya seberang jalan. Bila dah seberang jalan,
tanya pula dekat kedai pakej pelancongan ni, dia kata seberang jalan yang tadi.
Dah pulak. Jalan-jalan dekat 1km lebih
tiada signboard yang nampak. Tanya orang lain yang lalu-lalang, eh boleh dia
buat tak nampak je saya tahan dia. Haish. Jalan ajelah. Lagipun ramai orang
jalan. Akhirnya baru nampak nama Gaoshengqiao. Jumpa juga dekat bangunan yang
ada KFC. Oh patutlah ramai yang suggest naik bas sebab metro terdekatnya lebih
2 km kut.
Bersambung seterusnya:
Nak cakap apa eh
No comments:
Post a Comment