Contoh frasa ringkas yang
saya gunakan di sini (Chengdu) mengikut situasi. Bahasa Mandarin ada
tone(nada) sebutan. Kadang tak sempat fikir entah betul atau tak. Belasah je.
You – ada
Mei You – tidak ada
Biasa dalam menu, makanan yang kita minta tu tak ada. “Mei
you.” Sila la pilih yang lain
Tapao/ Da Pao – bungkus
Kalau makanan tak habis makan dan nak minta dia bungkuskan
. Tapi kedai yang saya pergi tu, bungkus pun kena caj 3RMB (RM1.80) untuk
setiap bekas.
Shui – air
Setiap kali di Metro sebelum kita nak masuk tren, ada
security yang perlu dilepasi. Kena scan beg dan dia akan suruh keluarkan “Shui”
untuk skan/tag. Oleh itu baik pegang botol air tu awal-awal. Kalau letak dalam
beg, susah time tu la nak buka beg, orang belakang dah ramai tunggu.
Niu-lembu
Rou-daging
Niu rou –daging lembu
Dekat sini banyak menunya mi dengan daging. Nak tahu inti
dalam wantan atau pau pun boleh tanya ni.
Mi-nasi
Fan-cooked rice
Mifan – cooked rice
Kalau tekak dah biasa makan nasi, kadang sesekali nak juga
minta nasi setelah makan mi je. Dapat juga nasi cendawan.
Nasi cendawan dan teh |
Zuo –kiri
You- kanan
Xiexie (ni) – terima kasih
Wo- Saya
Bu – tak
Mingbai-faham
Wo bu mingbai – saya tak faham
Wo de mingbai – saya faham
Ni bila ada mak cik berbaju kelabu tahan nak minta derma
dan bagi kad gambar sami Buddha. Walaupun dah cakap bu yao tapi dia tetap akan
suakan. Walaupun saya tak faham bahasa Cina tetapi rasa-rasa macam dia cakap,
“Saya dah doakan awak baik (kesihatan) tapi kenapa awak tak nak.” Siap nak bagi gelang dan
taruh dekat tangan. Balas dia,“Wo bu mingbai” dan lari dari situ. Hihi.
Yao-nak
Bu –tak
Yao bu yao? – nak ke tak nak
Bila ada orang nak jual gelang (macam sami Buddha) pada
kita. Saya beritahu don’t want sambil angkat tangan. Bla bla bla bla. Boleh
pula dia tinggi suara tanya yao bu yao? Balas balik, “ Bu yao.”
Shi – 10
Shi er - 12
Nak beli barang atau tiket bas kena tau jugak bilangan ni.
Liang ge
Bila naik lif nak naik tingkat dua.
Bahasa mandarin ni dia macam suku kata suku kata. Dia kena
ikut suku kata character (tulisan) Cina tu. Kita tak boleh sebut Malaysia macam
biasa kita cakap tu. Sebab dia tak faham. Kena sebut Ma La Xi Ya. Baru dia
boleh ‘tangkap’ kita dari negara mana.
Ejaan Malaysia menggunakan Apps Google Translate |
Apps Google Translate menjadi penyelamat jika sesuatu tujuan tu tidak dapat dicapai. Kita boleh guna Camera dan tangkap gambar tu, dan akan terus translate kesemuanya. Handwriting, boleh tulis di atasnya character cina. Voice, kita cakap bahasa cina dan akan dialih bahasa inggeris. Ada satu lagi fungsi Conversation yang lupa digunakan semasa di sana.
Menggunakan Apps Google Translate, halakan sahaja telefon ke arah info tersebut. Bolehlah faham apa yang dikatakan. |
Ada satu restoran ni, tukang masak dia pakai kopiah dan ada orang perempuan yang bertudung. Saja nak confirmkan kedai ni halal tak? Tanya halal tak tau. Kalau muslim kan biasa je halal...hmmm..
"Assalammualaikum"
Menu |
Mi daging. Sedap. |
Bersambung seterusnya:
Anshun Bridge
No comments:
Post a Comment