Ikut
perancangan nak bergerak awal pagi sebab biasanya ramai orang tapi akhirnya
pukul 7 baru nak gerak. Selamat sikit bila
tiket masuk dah beli siap-siap daripada Klook.
Chunxi Road ------> Panda Avanue
(8
stesen)
Tambang 4 RMB (RM2.45)
Ada tunjuk exit panda 3.5 km lagi.
Keluar sahaja dari situ ada kedai di tepi yang boleh beli
tiket masuk dan tiket bas. Memandangkan kami dah beli tiket masuk, kami beli tiket
bas sahaja 2 RMB (RM1.30). Dalam bas ada seorang perempuan yang bagi penerangan
mengenai panda … gamaknya la,udah cakap cina sepenuhnya. Perjalanan dalam 15
minit. Di tepi-tepi jalan boleh nampak pokok-pokok buluh. Panda, kan makan
buluh.
Sightseeing bus |
Luas kawasan ni. Ada pilihan boleh jalan kaki atau naik sightseeing bus. Yang ni kena bayar. Barisan menunggunya pun punyalah panjang. Pagi-pagi kita jalan kaki je. Udara segar melintasi rumpun pokok buluh.
Melalui swan lake |
Ada angsa hitam di sebalik rumpun tu. |
Tengah breakfast. |
Ingatkan panda ni cari sendiri makan memandangkan banyak je
pokok buluh dalam ni tapi tak rupanya ada pekerja yang datang selambak dia
bagi. Dah siap proses. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka
hati. Kiut je semua.
Kiut-kiut pun dia masih spesies beruang. Maksudnya ganas.
Sudah ditulis di situ jangan diacah-acah dengan ranting, makanan atau apa
sahaja di dalam kandangnya. Kena senyap. Tapi ada je yang tak ikut arahan. Tepuk-tepuk
tangan panggil dia datang.
Kawasan tu punyalah luas, mungkin ada juga yang terlepas
pandang dan tak masuk. Kena bawa bekal air dan snack. Penat juga dibuatnya.
Yang ditunggu-tunggu
nak tengok anak panda. Diletak di bilik yang berkaca. Ramai yang dah
berbaris. Sabar menunggu giliran.
Apabila giliran nak sampai, kamera sudah sedia on. Kat sini tak boleh
lama-lama, tengok dalam beberapa saat dan terus jalan. Kalau kita berhenti lama sedikit, mulalah
guard di situ suruh jalan. Hehe
tergolek-golek anak panda tidur. Memang macam nursery je. Ada satu tempat lagi
besar sikit, dah pandai merangkak. Ish dah terbayang macam dekat taska je..hihi.
Berselimut dan bertoto bagai. Comel sangat ni. |
·
1 atau 2 minggu selepas
lahir dah nampak tanda hitam.
·
Dalam masa sebulan dah ada
tompokan hitam di telinga, sekeliling mata, kaki dan bahu.
·
6 hingga 8 minggu mata akan
terbuka.
·
Dalam 3 bulan, gigi pertama
akan mula nampak.
·
100 hari, akan mula
merangkak.
·
4 hingga 6 bulan jadi lebih
kuat dan aktif.
·
1 tahun dah mula makan
buluh.
·
1 ½ tahun semua gigi dah
penuh.
·
Masa ni berat dah mula
bertambah.
Sumber: Banner yang ada di situ.
Berbeza dengan panda yang biasanya malas nak bergerak je. Red panda ni sangat aktif bergerak ke sini sana. |
Wajah red panda. Saiznya lebih kurang besar musang. |
Satu lagi keistimewaan di pusat ini. Ada red panda. Memang
berbeza sangat lah dengan Giant panda ni walaupun namanya panda juga. Macam Si
Kuntum je rupanya. Oh siapa si Kuntum tu? Kucing saya. Hihihi. Kat sini juga ada ‘hospital’ ibu mengandung
untuk red panda. Dia diasingkan dengan red panda yang lain. Red panda ni boleh
memanjat. Jadi kalau nak tengok dia, cer tengok juga kat dahan pokok.
Ni sebenarnya anak panda yang tengah belajar merangkak. Tak berapa nampak sebab nak kena berebut tempat depan pula dengan orang lain. |
Panda ni baring di atas timbunan buluh (makanannya). Heaven la ni. Baring sambil makan |
Semasa mencari toilet, di situ ada ruang sofa dan tv sedang
tayang rencana tentang panda ni. Bagaimana sejarah panda ni jadi simbol
diplomatik dengan negara lain sejak dari dulu lagi. Malah diterangkan juga
kenapa pusat ini diwujudkan dan ditunjukkan bagaimana mereka membiakkan panda
ni dengan cara permanian beradas. Panda jantan ada sikit je.
Paling banyak panda ni melahirkan anak, 2 ekor tapi ada
kemungkinan seekor tu akan mati sebab maknya akan tumpu pada yang seekor
sahaja. Jadi petugas di pusat ini akan tukar ganti anaknya untuk menyusu. Bila
satu diberi pada maknya, satu lagi letak dalam inkubator. Jadi keberangkalian
untuk kedua-duanya hidup lebih tinggi.
Lawaknya bila dikenang semula, pergi tempat panda patutnya
baca maklumat dekat pusat pameran tapi yang ni kami dapat info daripada tv yang
diletak di toilet. Hahaha, dari mula sampai akhir tu tunggu. Dekat setengah jam duduk situ.
Kenapa kita selalu nampak giant panda ni selalu makan dan
tidur.
Setelah habis pusing, kami bergerak pulang memandangkan
hujan pun dah mula turun. Di luar pintu masuk ada orang menjual tiket-tiket bas
untuk ke tempat-tempat popular seperti Jin Li Street, Chunxi Road dan
lain-lain. Tambang 10 RMB (RM6.40) untuk ke Jinli Street.
Jinli Street
No comments:
Post a Comment