Thursday, August 11, 2016

Tabung 2 ringgit – Korban

Alhamdulillah, sasaran tercapai. Tahun ni dapat buat korban, Insya-Allah. Mula kumpul sejak 1 Oktober 2015, RM2 sehari. Tip diberi oleh Ustaz Muhammad Abdullah dalam slot rancangannya di radio Ikim setiap Isnin 10.15 pagi. Terima kasih ustaz. Tercabar rasanya bila ustaz kata, pekerja Bangla yang kerja di sini pun mampu buat korban hampir setiap tahun di negaranya kerana pada derang rasa macam wajib buat.

Borang dah isi
Kalau nak terus keluar duit selambak gitu, memang macam susah sangat nak buat. Ada je rasa keperluan lain yang nak didahulukan tetapi bila diasingkan ni memang tak rasa langsung menyimpan. Simpan … simpan dan lupakan.
Pernah cuba tabung 5 ringgit dan tabung 10 ringgit. Tak pernahnya berjaya sebab bila nak masuk je mula rasa ish, baik gunakan. Tapi bila 2 ringgit ni tak rasa berat sangat.
Meh intai hasil tabungan tak sampai setahun
Ada balance lagi, so reward diri sendiri 
Nama je tabung 2 ringgit tapi yang masuknya macam-macam duit. Kadang ikut mood dan rezeki yang ada haritu, ada yang masuk RM10 dan RM20  sehari tapi di kotak tu catatlah tarikh tiap-tiap hari. Letak sticker warna-warni ni untuk menarik perhatian sendiri. Baru semangat.
Sticker 30 sen je untuk satu warna. Tak habis pun guna.

Kotak ni dah 3 kali recycle. Dah 5 tahun kot. Mula-mula dapat hamper, lepas tu jadi tempat ambil undian cabutan bertuah, lepas tu jadi tempat simpan resit dan yang terakhir jadi tabung.
Kotak biasa-biasa je

Sempoi kot kotak cabut undi untuk cabutan bertuah. Hehe..ikut dan je. Alah bukan formal pun keluarga sendiri. Yang best bila tengok budak-budak ni seronok nak ambil nama dalam tu. Apabila budak-budak diberi peranan seperti orang dewasa, seronok derang. Anak sedara sendiri pun teringat kotak ni, bila dia nampak, nak buka. Haish haruslah dirampas cepat-cepat. Habis terabur duit nanti.

Target seterusnya, untuk melengkapkan rukun Islam. Giliran haji, tahun 2037, insya-Allah. So antara tahun 2016-2037 ni target buat umrah untuk memudahkan urusan bila dapat buat haji nanti. Semoga istiqamah dalam menabung. Tapi ni tak boleh simpan lama-lama duit kat rumah, sebelum hujung tahun tu bolehlah masuk tabung haji, boleh juga dapat dividen, kan.

Tabung 2 ringgit-Umrah telah pun dilancarkan pada 10hb Ogos 2016 hehe.

2 comments:

IdaShazana said...

cayalah. duit seratos pun ada dlm tabung 2 ringgit ye

zarina said...

udah banyak 2 hengget. Masa raya haritu tukar je dlm tabung ni tak yah p mebeng hehe