Alhamdulillah, sasaran tercapai. Tahun ni dapat buat korban,
Insya-Allah. Mula kumpul sejak 1 Oktober 2015, RM2 sehari. Tip diberi oleh
Ustaz Muhammad Abdullah dalam slot
rancangannya di radio Ikim setiap Isnin 10.15 pagi. Terima kasih ustaz. Tercabar rasanya bila ustaz
kata, pekerja Bangla yang kerja di sini pun mampu buat korban hampir setiap
tahun di negaranya kerana pada derang rasa macam wajib buat.
Borang dah isi |
Kalau nak terus keluar duit selambak gitu, memang macam
susah sangat nak buat. Ada je rasa keperluan lain yang nak didahulukan tetapi
bila diasingkan ni memang tak rasa langsung menyimpan. Simpan … simpan dan
lupakan.
Pernah cuba tabung 5 ringgit dan tabung 10 ringgit. Tak pernahnya berjaya sebab bila nak masuk je mula rasa ish, baik gunakan. Tapi bila 2 ringgit ni tak rasa berat sangat.
Meh intai hasil tabungan tak sampai setahun |
Ada balance lagi, so reward diri sendiri |
Nama je tabung 2 ringgit tapi yang masuknya macam-macam
duit. Kadang ikut mood dan rezeki yang ada haritu, ada yang masuk RM10 dan RM20 sehari tapi di kotak tu catatlah tarikh tiap-tiap hari. Letak sticker
warna-warni ni untuk menarik perhatian sendiri. Baru semangat.
Sticker 30 sen je untuk satu warna. Tak habis pun guna. |
Kotak ni dah 3 kali recycle. Dah 5 tahun kot. Mula-mula
dapat hamper, lepas tu jadi tempat ambil undian cabutan bertuah, lepas tu jadi
tempat simpan resit dan yang terakhir jadi tabung.
Kotak biasa-biasa je |
Target seterusnya, untuk melengkapkan rukun Islam. Giliran
haji, tahun 2037, insya-Allah. So antara tahun 2016-2037 ni target buat umrah
untuk memudahkan urusan bila dapat buat haji nanti. Semoga istiqamah dalam
menabung. Tapi ni tak boleh simpan lama-lama duit kat rumah, sebelum hujung
tahun tu bolehlah masuk tabung haji, boleh juga dapat dividen, kan.
Tabung 2 ringgit-Umrah
telah pun dilancarkan pada 10hb Ogos 2016 hehe.
2 comments:
cayalah. duit seratos pun ada dlm tabung 2 ringgit ye
udah banyak 2 hengget. Masa raya haritu tukar je dlm tabung ni tak yah p mebeng hehe
Post a Comment