Rasanya masa sekarang jarang orang panggil bapak, selalunya ayah, abah, daddy dan papa. Kiranya bapak ni klasiklah. Istimewanya, semua sepupu-sepupu pun panggil bapak. Kalau orang lain dengar mesti cakap, ramainya anak. Bapak garang. Kadang-kadang takut nak cakap. Kalau dalam kereta tu mahu diam seribu bahasa. (Dululah, sekarang tak garang sangat dah.) Tapi ada sekali tu, masa bapak hantar adik pergi sekolah, tiba-tiba bapak tegur. Kalau KRU bawak kereta ni mesti banyak cakap. Hehehe bapak buat lawak rupanya. Adik memang minat KRU.
Sebagai seorang pesara tentera, ketepatan masa memang diamalkan dari dulu sampai sekarang. Kalau nak keluar pukul 9, maknanya memang pukul 9 lah. Tak boleh lambat-lambat. Teringat, bapak pernah cakap, dalam operasi, kalau musuh serang dan kita lambat nanti mati kena bom. Betapa pentingnya ketepatan masa, dan kitaorang pun dah biasa. Janji Melayu tak ada dalam kamus hidup. Kalau berjanji dengan kawan, kalau dia lambat mesti saya cakap, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian” . Saja je, bengang la tu. Bukan diaorang heran pun. Balik-balik kena tunggu juga. Kalau sesekali tu tak apalah, ni semedang je lambatnya.
Masa bapak kerja Penang dan KL dulu, tiap-tiap minggu balik ke KK. Pengorbanan yang tak dinampak masa budak-budak dulu. Di kala umur 74 tahun walaupun sihat walafiat, kebelakangan ini bapak banyak berbicara tentang kematian. Selalu saya balas balik, entah-entah ina yang mati dulu. Tapi bapak tetap cakap macam tu juga. Kesudahannya, sendiri mengalir air mata tanpa disedari.
3 comments:
Slamat Hari Bapa buat pakcik Zainal Abidin, semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan murah rezeki...
Aku cadang nk celebrate hari bapa dengan wati..(utk laki kitaorang ler...) kami dh takde bapak..huhuhuh...
hari ni sepatutnya Syah pegi Kuala, ada keje kat Sungai Siput...tiang tumbang kat sana....tp memandangkan aku dah takde rumah, takde kg, so dia tak nak ler pegi, ganti ngan orang lain...
Huhuhuh... aku tak tak tau pun dia dah cancel, kalo idak, leh jugak tido umah kakak aku kat Salak tu...itu ler..hampeh jer kan...
kalau tak cancel, bleh la memborong apa2 yang ada kat kuale tu ek :)
oh...ciki yg sensitip
Post a Comment